PENGENALAN

24 4 2
                                    

Assalammualaikum dan hai semua.

Kalian apa khabar? Sis harap kalian semua sentiasa sihat. kembalinya sis di sini adalah untuk memberitahu tentang terbitnya ebook kedua yang sudah sekian lama sis janjikan dulu. Alhamdulillah. Setelah berbulan-bulan tertunggak akhirnya cerita ini berjaya diterbitkan di bawah penerbitan sis sendiri. Memandangkan baby pertama sis sudah setahun diterbitkan, akhirnya tahun ini dia dapat adik pula. Sis sangat gembira apabila berjaya menerbitkan ebook kedua ini bawah publication sendiri.

Kalian pasti tertanya-tanya ebook ini cerita yang mana satu. Ha mari baca dekat sini.

Mungkin kalian sudah baca dekat description tapi sis tetap akan bagi tahu lagi sekali di sini. Sebelum ini tajuk cerita yang diterbitkan di Wattpad adalah 8 Secret Lover tapi sekarang telah bertukar menjadi 12 Loved Man. Kalau tak silap dulu ada seorang pembaca yang ingin watak Lay dalam cerita 8 Secret Lover tapi memandangkan sis ingin mewujudkan watak tersebut maka sis buat penambahan dalam cerita ini.

Dekat sini sis terangkan apa yang berubah dari tajuk cerita hingga isi kandungannya.

🌹 TAJUK LAMA : 8 Secret Lover

🌹 TAJUK BARU : 12 Loved Man

🌹 NAMA PENULIS : Ebook kedua ini masih menggunakan nama asli sis dan ditambah dengan username wattpad. Habibah TMiracle nama yang sis gunakan sekarang.

🌹 JALAN CERITA : Ya banyak perubahan dari segi jalan cerita, nama watak dan ada penambahan bab.

Begitulah serba sedikit perihal ebook kedua ini. Ebook ini juga sama seperti ebook pertama iaitu sudah berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia. Dengan ini sis beri amaran untuk tidak MENCIPLAK, MEMPLAGIAT, MENCETAK & APA-APA JUA TEKNIK DEMI MENDAPATKAN KEUNTUNGAN. REMEMBER ALLAH ALWAYS SEE WHAT YOU DO.

Jika kalian melihat ebook ini dimana-mana sosial media yang bukan dijual oleh sis atau dropship sis sendiri harap lebih berhati-hati. Sis adalah PEMILIK ASLI ebook ini.

Sis akan update beberapa bab sahaja di sini dan selebihnya hanya teaser. Tunggu update seterusnya ya.

Salam sayang,

Habibah TMiracle

12 Loved Man [ E-BOOK VERSION ] ✔️Where stories live. Discover now