BAB 3

1 0 0
                                    

Tepat jam 6 petang, kafe telah tamat beroperasi. Hyeri pun melangkahkan kakinya menyusuri jalan untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba ada sebuah kereta yang berhenti tepat di sebelahnya. Hyeri berfikir orang tersebut akan menanyakan arah jalan tapi dugaannya salah.

"Hai baby," tegur lelaki tersebut.

Hyeri hanya buat tak tahu dan berjalan semula kerana dia fikir lelaki tadi saja nak mengorat dirinya. Tapi kereta tersebut masih mengikutinya dan dia pun dengan malas berhenti berjalan. Lelaki tersebut pun membuka pintu keretanya dan mempelawanya untuk masuk.

Hyeri pada mulanya enggan masuk tapi bila diingat balik apa yang berlaku dua hari lalu adalah sama seperti sekarang. Dengan ragu-ragu dan waspada dia pun naik dan mengikut sahaja kemana lelaki tersebut membawanya.

"How your work today?" tanya lelaki tersebut.

"Everything okay. How about you?"

Meskipun dirinya tak kenal siapa lelaki itu tapi dia harus membawa wataknya sebagai seorang kekasih.

"Okay good. Oppa (abang) also good but little tired today. You know what. Hari ini terlalu ramai pelajar yang nak belajar nyanyi dekat studio oppa (abang)," jawab lelaki tersebut.

"Oh okey. Kalau oppa (abang) penat kenapa tak terus balik rumah untuk rehat?"

"Oppa (abang) nak balik rumahlah ni tapi oppa (abang) nak ajak baby teman oppa (abang) makan malam dulu. Hari ini oppa (abang) tak sempat nak makan langsung."

"Kenapa tak makan. Selalunya oppa (abang) akan datang kafe untuk makan tak pun call kafe untuk membuat pesanan."

"Hmmmm. Oppa (abang) busy sangat hari ni sampai tak sempat nak pergi makan atau sekadar call kafe. Ramai pelajar baru yang daftar hari ini. Bukan baby tak tahu studio oppa (abang) sekarang dah popular sikit selepas Jaejung hyung (abang) datang buat shooting dekat sana. Jadi sebab itulah ramai pelajar yang mendaftar."

"Oh okey. Saya ada baca berita tentang studio oppa (abang) tu. Lepas Jaejung oppa (abang) datang shooting dekat sana, studio oppa (abang) terus popular ya. Terbaiklah oppa (abang). 'Donggyu's Studio' memang terbaik."

Beruntunglah Hyeri kerana dia langsung teringat akan berita tentang studio milik Donggyu yang sempat jadi bualan di berbagai media sosial bahkan rakan sekerjanya. Tanpa di sangka dia sedang keluar dengan pemilik studio tersebut.

"Hahaha... biasa je baby. Tapi hari ni memang sangat memenatkan. Oppa (abang) rasa nak cepat-cepat balik rumah dan rehat."

"Biasa tapi meletop. Kalau macam itu oppa (abang) baliklah ke rumah terus. Saya tak nak buat oppa (abang) memandu dalam keadaan penat macam ni."

"Aniya (Tidak). Oppa (abang) tetap nak baby teman oppa (abang) makan. Oppa (abang) pun dah lama sangat tak keluar dengan baby."

"Hmmmm. Baiklah tapi sekejap saja tau. Saya nak lepas saya teman oppa (abang) makan, oppa (abang) terus balik."

"Baiklah sayangku."

Setelah itu mereka sampai di sebuah kedai makan yang mensajikan jjangmyeon. Hyeri mulanya tak nak makan kerana dah biasa tak makan malam. Makan malam terakhir jam 6 petang. Waktu malam dia biasanya akan buat salad tapi malam ni dia hanya menuruti permintaan Donggyu untuk turut makan jjangmyeon. Selesai makan, Donggyu pun membayar makanan yang mereka pesan tadi.

"Kaja oppa (Jom abang) hantar baby sampai rumah."

"Aniya oppa (Tidak abang). Saya boleh jalan kaki dari sini. Lagipun rumah saya dah tak jauh. Depan sana saja," jawab Hyeri menunjuk ke arah lorong rumahnya.

Ya kedai makan jjangmyeon tadi memang dah dekat dengan rumahnya. Jadi dia tidak mahu menyusahkan Donggyu untuk menghantarnya pulang.

"Betul ni tak nak oppa (abang) hantar sampai rumah?"

"Ya oppa (abang). Saya boleh jalan kaki. Oppa (abang) teruslah balik dan rehat secukupnya."

"Okey baiklah. Baby hati-hati tau. Oppa (abang) balik dulu. Good bye and see you next time," ucap Donggyu dan mencium pipi Hyeri sekilas sebelum memasuki keretanya dan berlalu pergi.

Hyeri yang mendapat ciuman walau di pipi sangat terkejut. Dia termenung selama beberapa minit sebelum dia melanjutkan perjalanannya untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang Hyeri mendapati begnya bercahaya.

Dia pun membuka dan mengeluarkan satu kad yang bercahaya dan menampilkan gambar Donggyu. Setelah itu, dia menyimpan semula kad tersebut ke dalam beg dan melanjutkan perjalanannya.

"Huft. Ada lagi 9 kaddan 9 orang lagi yang akan hadir. Keesokan hari siapa pula gerangan yang akanmuncul," ujar Hyeri dalam hati.

12 Loved Man [ E-BOOK VERSION ] ✔️Where stories live. Discover now