BAB 5

2 0 0
                                    

Hyeri merenggangkan tubuhnya yang sedikit kram kerana tertidur di sofa. Suara jeritan dari luar masih terdengar dan Hyeri tahu suara siapa. Dia bergegas bangun dan berjalan pintu utama

"Ha ada pun orangnya di rumah." Sergah orang tersebut.

"Dahlah tu Hyeon. Hyeri kamu baru bangun ke?" tanya seorang lagi yang lebih tua dari tadi.

"Ohhh. Eomma (ibu), appa (ayah), Hyeon. Silakan masuk," ujar Hyeri dan memberi mereka laluan untuk masuk.

Mereka pun masuk ke dalam dan duduk di ruang tamu.

"Hyeri, kamu tak jawab lagi pertanyaan eomma (ibu) tadi. Kamu baru bangun ke?" tanya Puan Kim.

"Aniya eomma (Tidak ibu). Pagi tadi Hyeri dah bangun. Lepas kemas-kemas rumah, Hyeri penat sangat teruslah baring sekejap dekat sini. Tak sedar pula boleh terlelap."

"Oh ingatkan baru bangun."

"Aniya eomma (Tidak ibu). Mianhae (Maaf) kalau dah buat eomma (ibu), appa (ayah) dengan Hyeon tunggu lama dekat luar."

"It's okay sayang. Eomma (ibu) dengan appa (ayah) faham. Adik kamu ni je yang berlebih-lebih tadi."

Hyeri hanya mengangguk dan pergi ke dapur untuk buatkan air dan menyediakan sedikit kudapan untuk keluarganya. Setelah itu, dia pun membawa ke ruang tamu. Mereka pun berbual pelbagai perkara sehingga sang ayah menanyakan sesuatu.

"Hyeri, esok kamu masih cuti ke?"

"Yes appa (ayah). Waeyo (Kenapa)?"

"Okey baguslah kalau kamu cuti. Esok anak kawan appa (ayah) akan datang sini. Dia nak berkenalan dengan kamu. Pada mulanya dia nak datang rumah kami tapi appa (ayah) bagi tahu yang kami akan datang sini hari ini. Jadinya esok dia akan datang sini."

"Anak kawan appa (ayah)? Yang mana satu ya?"

Hyeri bertanya kerana dia terlalu ramai mengenali anak kawan sang ayah sampaikan dirinya rasa seperti puteri raja yang dikawal ketat. Mana tidaknya semua anak kawan sang ayah semuanya lelaki.

Kalau perempuan pun mereka bukan nak berkawan dengan dirinya. Mereka suka menunjuk-nunjuk kekayaan mereka. Mereka suka membandingkan diri mereka yang bergaya dengan dirinya. Hyeri mengaku memang keluarganya kaya tapi itu semua duit mereka.

Dia hanya menumpang kekayaan mereka. Dia lebih suka cari duit dengan caranya sendiri. Sebab itulah kehidupannya sangat sederhana. Tuan Kim dengan Puan Kim selalu memberi wang kepadanya tapi dia tak pernah menggunakannya. Wang tersebut dia simpan atau sedekah di rumah anak yatim sahaja.

"Anak kawan appa (ayah) yang datang esok kamu tak kenal lagi sebab dia baru balik dari London dua hari yang lepas. Kalau kawan appa (ayah) tu kamu mesti kenal. Kawan appa (ayah) yang appa (ayah) ceritakan bulan lepas yang menabungkan sedikit sahamnya untuk syarikat kita," ujar Tuan Kim.

"Oh okey. Kawan appa (ayah) yang menabung saham. Hmmm. Maksud appa (ayah) Park Corp?"

"Yes that right. Park Corp. His son will come here tomorrow at 9 am."

Keesokan hari, Hyeri bangun seperti biasa dan menyediakan sarapan pagi. Kali ini dibantu oleh sang ibu. Setelah selesai, mereka semua pun memulakan sarapan pagi. Seperti kata sang ayah semalam, tepat jam 9 pagi anak kawannya akan datang ke rumah Hyeri.

Sekarang dia sedang menunggu Hyeri di ruang tamu dengan keluarganya. Hyeri pun telah bersiap dengan pakaian yang disediakan oleh sang ibu semalam. Setelah selesai bersiap-siap dia bergegas menuruni tangga menuju ke ruang tamu.

"Eomma (ibu), appa (ayah)," panggil Hyeri.

Semua memandang ke arahnya termasuk lelaki yang dikatakan tadi. Lelaki tersebut seolah-olah terpukau dengan penampilannya. Lelaki tersebut pun bangun dan mendekati Hyeri. Hyeri hanya berdiri kaku, bukan kerana takut tapi lelaki tersebut sangat tinggi. Dia rasa seperti sangat pendek bila melihatnya.

'Huhuhu. Appa (ayah) kenapa semua anak kawan appa (ayah) ni tinggi-tinggi.' Batin Aeri.

"Annyeong (Hai) Hyeri. My name Park Eunchan. Nice to meet you," ujar lelaki tersebut sambil menunduk tanda hormat.

"Annyeong (Hai). My name Kim Hyeri. Nice to meet you too," jawab Hyeri dan menunduk tanda hormat.

"You look so beautiful with this dress. Hope you like it," ujar Eunchan dengan senyuman.

"Ahh g-gomawo (Terima kasih). Eh?" Hyeri sedikit terkejut kerana dia fikir baju tersebut dari sang ibu.

"Hyeri, baju yang kamu pakai tu adalah hadiah dari Eunchan. Mianhae eomma (Maaf ibu) cakap baju tu dari eomma (ibu)," kata eomma.

"Ahh. G-gomawo (Terima kasih) Eunchan-ssi. It's okay eomma (ibu)."

"Cheonma (Sama-sama). Just call me Chan or Eun sahaja."

"Once again thanks Chan oppa (abang)," kata Hyeri dengan senyuman.

"Kalau dah siap let's go now. Samchon (pak cik) Chan bawa Hyeri keluar dulu ya," ujar Eunchan kepada Tuan Kim.

"Silakan Chan. Berseronoklah kalian. Jangan pulang terlalu lewat," ujar Tuan Kim.

"Baiklah samchon (pak cik). Gomawo (Terima kasih). Kaja (Jom) Hyeri."

Hyeri hanya mengangguk kepalanya. Sepanjang perjalanan macam-macam yang mereka bualkan. Dari masa kecil mereka sehingga dewasa. Hyeri rasa seronok dengan gelagat Eunchan yang ceria. Hyeri juga banyak mengetahui tentang kehidupan Eunchan begitu juga dengan dirinya yang banyak mengetahui tentang diri Hyeri.

Hyeri juga mengatakan bahawa dia lebih suka hidup bersederhana daripada hidup dalam kekayaan yang tak akan kekal. Eunchan memahami dirinya sampaikan dia meminta maaf kerana telah memberikan baju yang Hyeri pakai itu. Hal ini kerana baju yang Hyeri pakai adalah sangat mahal dan direka khas untuk Hyeri oleh Eunchan sendiri.

Hyeri yang rasa terharu berkata tak apa kerana dia tak pernah berfikir nak cari pasangan semata-mata untuk mengikis kekayaannya. Sampai saja di tempat tujuan juga mereka masih berbual bermacam hal. Sehinggalah mereka tidak merasa canggung lagi antara satu sama lain.

Biasanya Hyeri akan berasa canggung dari awal sampai akhir tapi bila dengan Eunchan rasa canggung tersebut hanya berlaku seketika.

Tepat jam 10 malam, Eunchan menghantar Hyeri pulang ke rumah. Mereka juga sempat bertukar-tukar nombor telefon. Sesampai di rumah, Hyeri yakin bahawa keluarganya telah pulang ke rumah mereka kerana petang tadi Hyeonsu ada bagi tahu bahawa kunci rumah di tempat biasa. Eunchan menghantarnya sampai di hadapan pintu rumah.

"Gomawo oppa (Terima kasih abang) untuk hari ini. I really happy," ujar Hyeri dengan senyuman.

"Cheonma (Sama-sama). Thanks to you too," jawab Eunchan.

"Hati-hati memandu. See you next time."

"I'll. See you too."

Hyeri pun berbalik untuk membuka pintu. Tiba-tiba ada tangan yang menahan tangannya dan memusingkan badannya. Eunchan yang tadi nak berlalu telah berpatah balik dan menarik tangan Hyeri.

"Saranghae (I love you) Hyeri," ucap Eunchan dan mencium pipi Hyeri sekilas.

Hyeri yang terkejut dengan tindakan Eunchan hanya mematung. Setelah mendengar deru enjin kereta yang berlalu pergi Hyeri baru tersedar dari lamunan.

Dia menyentuh pipinya dan dadanya bersamaan.

"Adakah ini mimpi? Auchh. Aniya (Tidak) it's not a dream," batin Hyeri dan mengosok pipinya yang dicubit tadi.

Dia pun segera masukke rumah. Setelah sampai dalam bilik dia ternampak kad di atas meja soleknyamemaparkan satu gambar lagi. Kali ini gambar Eunchan pula yang muncul.

12 Loved Man [ E-BOOK VERSION ] ✔️Where stories live. Discover now