TEASER 7

4 0 0
                                    

Tips yang pelanggan bagi mereka akan gunakan untuk mengubah suai kafe menjadi lebih selesa dan cantik. Pekerjaan hari ini tidak terlalu memenatkan kerana pelanggan yang kurang datang berkunjung. Waktu kerja pun sudah tamat sebentar tadi. Hyeri seperti biasa akan pulang ke rumah dengan berjalan kaki.

Ketika dia melalui jalan biasa, dia sedang mengelamun dan memikirkan apa yang akan berlaku setelah semua kad tersebut selesai dan siapa yang akan dia pilih. Sampailah ada sebuah kereta yang datang dari arah hadapan hampir melanggarnya tapi nasibnya sungguh beruntung kerana ada seorang lelaki yang telah menariknya ke belakang.

Hyeri sangat terkejut dengan apa yang berlaku. Tambahan pula sekarang keadaan dirinya dengan lelaki tersebut seperti berpelukan. Hyeri yang sedar pun menolak badan lelaki tersebut dan mengucapkan terima kasih. Dia baru sahaja nak berlalu pergi tapi malangnya kakinya terseliuh.

"Arghhh!" Hyeri terduduk sambil memegang pergelangan kakinya.

"Are you okay?" Tanya lelaki tersebut.

12 Loved Man [ E-BOOK VERSION ] ✔️Where stories live. Discover now