BAB 44

11.9K 663 225
                                    

"Kaila teringin sangat nak jadi doktor."

Erina berhenti daripada memotong buah epal yang dibelinya untuk Kaila apabila gadis itu tiba2 bersuara. Mereka sedang berada di wad yang menempatkan beberapa pesakit kanak2 termasuk Kaila.

Sejak mengenali Kaila, hampir setiap minggu Erina datang melawat jika dia ada masa lapang. Entah kenapa dia mahu menemani kanak2 itu. Mungkin kerana Erina simpati dengan nasib Kaila. Tambahan pula gadis kecil itu ramah dan sopan. Kaila juga pernah merayu agar Erina datang melawatnya lagi maka Erina tidak sampai hati mahu menolak.

Apa salahnya dia menjadi kawan Kaila. Tidaklah dia sunyi nanti.

"Wah, Kaila nak jadi doktor?" Soal Erina kembali.

"Haah! Kaila rasa, best sangat jadi doktor!"

Erina tersenyum sedikit. "Kenapa Kaila rasa macam tu?"

"Sebab semua doktor yang ada kat hospital ni hebat2 tau! Setiap kali ada orang sakit mesti dorang tolong! Dorang jugak selalu tolong Kaila. Kaila nak jadi doktor macam dorang suatu hari nanti."

Erina mendengar kata2 Kaila dengan teliti. Dia gembira melihat Kaila bersemangat untuk menggapai impiannya.

"In shaa Allah, suatu hari nanti Kaila dapat jadi doktor. Sebab Kaila budak bijak, baik mesti Kaila dapat tolong ramai orang. Nanti akak sakit Kaila tolong rawat tau!"

Kaila tersenyum lebar. "Hehe, Aminn! Mestilah Kaila akan rawat akak!"

Tiba2, Zakiah muncul di situ dengan senyuman manis. Dia terlalu gembira melihat Erina dan Kaila dapat berbual mesra.

"Mama! Mama pergi mana tadi? Papa mana?" Soal Kaila apabila dilihatnya Rosman tiada di situ.

Zakiah duduk di sisi Kaila lalu pipi anak perempuannya itu diusap lembut. "Mama pergi beli barang kejap. Papa pulak ada kerja sikit. Jadi hari ni mama je yang jaga kaila tau."

Kaila tersenyum sambil mengangguk faham. Dia tidak pernah merajuk atau meragam kerana dia tau mama dan papanya sudah banyak berkorban untuk dia.

"Saya balik dulu la. Dah nak pukul 5 ni. Sekejap lagi Edrian balik kerja." Pinta Erina sambil melihat jam di telefonnya.

Zakiah segera bangun. "Kamu nak balik dah?" Soal Zakiah. Wajahnya sedikit sedih melihat Erina mahu pulang.

Erina angguk. "Ya, saya kena balik."

Kaila memegang tangan Erina. "Alaa, kak Erin nak balik dah? Sekejap je akak datang."

Melihat wajah suram Kaila, Erina mengusap rambut gadis itu sambil tersenyum. "In shaa Allah, nanti akak datang lagi ya. Kaila jaga diri tau. Akak balik dulu."

Kaila mengeluh sedikit lalu mengangguk faham. Kaila menyalami Erina kemudian dia melambai ke arah gadis yang sudah melangkah pergi itu.

Namun, baru saja Erina keluar dari wad itu, kedengaran namanya dipanggil. Erina menoleh ke belakang dan dilihatnya Zakiah sedang menuju ke arahnya.

"Erina, terima kasih banyak sebab sudi datang lawat Kaila setiap minggu. Disebabkan kamu, Kaila makin ceria kebelakangan ni. Saya dan Rosman sangat bersyukur dengan kehadiran kamu."

Erina menggeleng perlahan. "Takde apa la. Saya cuma nak tau perkembangan Kaila. Lagipun, dia budak baik jadi saya suka berbual dengan dia."

Zakiah tersenyum lebar mendengar kata2 Erina. Dia terasa mahu menangis namun ditahan. Zakiah tidak mahu membuat Erina tidak selesa.

"Terima kasih sekali lagi."

"Tak perlu berterima kasih kat saya. Saya cuma mintak puan jaga Kaila sebaiknya. Saya pergi dulu. Assalamualaikum."

My Sweet Cupcake 🧁✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang