BAB 10

1.7K 76 0
                                    

   "Huh! Ada orang tu beria-rialah cakap tak berminatlah tak nak menanglah nak keluar awallah tengok-tengok dia yang menang. Hipokrit!" kata Irine.

   Alice menjeling Irine. Sabar je lah dengan budak ni. Kalau ikutkan hati dah kena dah.

   "Kau kenapa Irine? Kenapa selalu kacau orang?" Ella datang tiba-tiba.

   "Huh! Wow! Adik datang nak backup kakak ke? Auw! So sweet..." kata Irine. "Tapi korang ni bukan adik beradik tiri ke? Baiknya you nak backup kakak tiri you ni" Irine menolak bahu Alice beberapa kali. Alice memegang kuat tangan Irine dari terus menolak bahunya.

   "Kau dengar sini, kau ingat kau siapa? Huh? Mungkin kau tak kenal aku sape, tapi aku nak bagi tau kau. Aku boleh musnahkan hidup sesiapa je dalam sekelip mata. Aku boleh musnahkan dari butik kecil kau tu sampailah syarikat bapak kau. Jangan main-main dengan aku. Kau tak kenal aku sape." Alice menolak kasar tangan Irine dan pergi dari situ.

   Irine cuba mengejar dan melawan balik tapi ditahan oleh beberapa rakannya.

   "Korang kenapa tahan I. Let me go. Perempuan tu nak kena ajar"

   "Ish Irine you jangan cari pasal you tak tau ke dia tu sape?" tanya Suzie.

   "Tau pemilik hotel sesuai la dengan dia" marah Irine.

   "Memang la dia pemilik hotel tapi bukan calang-calang hotel. Lagi pun dia tu pewaris Majestic Empire kot. Bisness bapa you tu bawah kaki dia je" kata Bella.

   "Betul cakap Bell tu. Baik you hati-hati" kata Suzie. Irine hanya menjeling marah dia tak boleh buat apa-apa.

*****

   Alice berjalan ke tempat minuman. Haus pulak tekak dia layan si Irine. Ella pun mengikut dia.

   "Kau kenapa ikut aku?"marah Alice.

   "Saja. Aku takut geng Irine kacau kau lagi" balas Ella.

   "Hei dengar sini eh! Aku tak perlukan pertolongan kau. And lagi satu, aku nak kau stopkan semua rancangan jahat kau" balas Alice.

   "Rancangan apa?" tanya Ella.

   "Tak payah nak pura-pura tak tau. Aku tau rancangan kau nak jatuhkan aku kan. Jangan haraplah. Aku takkan jatuh"kata Alice lalu pergi dari situ meninggalkan Ella.

*****

   Tugasan hari ni ialah memasak. Semua peserta perlu memasak satu hidangan berasaskan ayam. Terkejut semua peserta. Sebab diorang majoriti tak masak kat rumah semua bergantung dengan maid.

   Putera Daniel Izaril pula macam tak bersemangat. Ye la pertandingan memasak ni bukan dia yang nak. Bondanya yang suruh. Dia risau sekiranya gadis yang dicarinya tersingkir. Keputusan semuanya ditangan bondanya. Tapi bila difikirkan balik bagus juga pertandingan ni. Ada sebab kenapa dia pilih masakan ayam. Dahlah ayam tu belum potong.

   Peserta yang lain mulalah merungut. Tu la dulu suruh belajar masak tak nak. Tempat pertama yang Putera pergi ialah tempat Ella.

   "Ella awak masak apa?"

   "Erm ayam masak kurma"

   "Wah favorite saya tu"

   "Wah untungnya saya. Saya cuma ikut gerak hati je"

   "Tuanku tolong saya. Saya tak tau masak"

   "Tuanku saya rasa baik tuanku tengok peserta lain juga" kata Fattah. Putera Daniel menurut dan pergi ke arah Irine.

    "Tuanku I tak pandai masak macam mana?"

    "You masak je apa yang you tau" Putera Daniel beralih ke peserta lain. Malas dia duduk lama-lama kat situ.

   "Mel awak nangis ke?" tanya Putera Daniel.

   "Tuanku... Kesiannya ayam ni saya tak sampai hati nak potong" kata Mel sambil menangis.

   "Ala potong je. Fattah apa kata kau tolong"

   "Saya?!" tanya Fattah terkejut. Aku pulak?! "Ye la" Fattah memotong kepala ayam tu.

   "Huwa!!! Ayam tu dah tak de kepala sedihnya..." kata Mel sambil menyorok belakang Fattah.

   'Aduh apa masalah perempuan ni?' bisik Fattah dalam hati. Putera Daniel bergerak ke arah Alice pula.

   "Awak masak apa Alice?" tanya Putera Daniel.

   "Oh ayam masak kurma" jawab Alice.

   "Eh sama dengan Ella"

   "Sama dengan Ella?!" tanya Alice terkejut. 'Macam mana boleh sama'

   "Hai Alice masak apa tu?" Fattah datang tiba-tiba. Putera Daniel memandang pelik Fattah. Dari mana pulak budak ni datang?

   "What?! Aku dah settlekan ayam tu dah" terang Fattah. Ye la Putera Daniel pandang dia pelik sangat. "Tapi tu la dia tak stop nangis lagi" jarinya menunjukkan Mel yang masih menangis sambil masak.

*****

   Masa sudah tamat. Tiba masa untuk merasa. Dimulakan dari peserta pertama hingga terakhir. Sekarang tiba masa untuk mengumumkan pemenang.

   " Akan ada dua pemenang untuk pusingan kali ini. Tapi jangan risau kamu akan date asing-asing. Seorang pada waktu petang di taman istana. Seorang lagi pada waktu dinner" terang Cik Anna.

   "Dan pemenang pertama ialah Suraya" umum Putera Daniel."Dan yang kedua ialah Ella"

   Su dan Ella kedua-duanya terkejut. Alice juga terkejut. Macam mana Ella boleh menang sedangkan diorang masak makanan yang sama.

   "Ella akan date dengan putera pada waktu petang nanti. Suraya pula disebabkan awak pemenang tempat pertama awak akan dinner bersama Putera Daniel dan Permaisuri Sofia bonda Putera Daniel" terang Cik Ana. Selepas tamat pertandingan semua peserta bersurai.

*****

Hai... Thank you very much kpd yg bce, comment and vote cerita ni... Kalau korang rse ada apa2 yg prlu sye baiki blh comment... ^_^

Another Cinderella StoryWhere stories live. Discover now