𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐋𝐮𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐚𝐧 & 𝐍𝐮𝐫 𝐓𝐡𝐞𝐚 𝐄𝐥𝐚𝐫𝐚
"𝑻𝒉𝒆 𝒈𝒐𝒅𝒅𝒆𝒔𝒔 𝒐𝒇 𝒕𝒉𝒆 𝒎𝒐𝒐𝒏"
"Kau rupanya syaitan yang bertopengkan manusia selama ni." Jerkah Thea Elara.
Raut wajahnya yang sentiasa kelihatan dingin itu kini penuh...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Thea menerjah masuk ke dalam bilik tanpa mengetuk pintu. Lagipun, Thea tidak perlu ketuk kerana dia juga pemilik villa ini. Takkan tuan rumah sendiri nak kena ketuk pintu untuk masuk ke ruang kerja miliknya?
"Thea, pakcik Rahim tak tahu pula yang Thea nak datang hari ni." kata lelaki yang rupanya sekitar umur 40-an.
Jelas wajahnya kelihatan terkejut akan kedatangan Thea yang tiba-tiba muncul.
Thea mengukir senyuman kekok di wajah. Lelaki yang umur hanya tua beberapa tahun dari bapanya sering melayan Thea dengan penuh hormat. Walaupun sudah berkali Thea pesan untuk melayan dia seperti biasa.
"Pakcik Rahim, tak apalah. Saya datang pun rushing sebab Ryan merajuk." balas Thea.
Suaranya yang tegas tadi berubah menjadi lembut bila dia bercakap dengan Pakcik Rahim.
Pakcik Rahim yang mendengar kata-kata Thea itu hanya mampu tersenyum. Anak muda ini sangat pandai menarik hati orang tua, fikirnya.
Thea berpaling ke kanan selepas dia perasan akan pandangan tajam yang memang ditujukan dekat dia. Riak wajah Thea yang penuh mesra tadi terus berubah seratus lapan puluh darjah.
"The new neighbor?" Soal Thea.
Terkejut. Iya, itu yang Thea rasakan. Tetapi dia tidak menunjukkan reaksi itu di wajahnya. Walau macam mana terkejut sekalipun, saham dia tetap kena jaga.
"You again..?" balas lelaki tersebut dengan nada tak puas hati.
Sakit hati pagi tadi pun tak habis lagi. Riak wajahnya gagal dipertahankan.
'So this woman are the owner of this big villa?' Omel lelaki itu.
"Ah pakcik lupa nak kenalkan. Thea ini Tengku Luan. Our financial planner yang Thea minta haritu dan Tengku, ini Cik Thea Elara. Since, you will be working with us in the future then you can regard her as your boss." sampuk pakcik Rahim selepas dia perasan yang suasana tiba-tiba tegang. Sempat juga dia memperkenalkan satu sama lain.
"Oh" jawab Thea. Memang tak berminat langsung.
"Memandangkan Thea dah ada, apa kata kamu saja yang berurusan dengan Tengku Luan ni?"
"What? No-"
Pakcik Rahim tidak menunggu jawapan dari Thea dan terus meminta diri keluar dari bilik. Tak sempat Thea nak tolak cadangan tu tapi dia dah terjebak sekali.