𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐋𝐮𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐚𝐧 & 𝐍𝐮𝐫 𝐓𝐡𝐞𝐚 𝐄𝐥𝐚𝐫𝐚
"𝑻𝒉𝒆 𝒈𝒐𝒅𝒅𝒆𝒔𝒔 𝒐𝒇 𝒕𝒉𝒆 𝒎𝒐𝒐𝒏"
"Kau rupanya syaitan yang bertopengkan manusia selama ni." Jerkah Thea Elara.
Raut wajahnya yang sentiasa kelihatan dingin itu kini penuh...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BANG!
Berdas-das tembakan dilepaskan. Thea ambil kesempatan untuk menolak kasar tubuh Tengku Luqman saat lelaki itu mengalihkan perhatiannya. Lantas kakinya berlari ke arah Ryan sebaik saja dia berjaya melepaskan diri.
"STOP HER!" Teriak Tengku Luqman yang berlaga dengan Irfan. Lelaki itu tersungkur kebelakang sedikit akibat tolakan Thea yang secara tiba-tiba.
BANG!
"THEA!" Aldari menarik tubuh Thea ke arahnya. Tindakan jejaka tersebut selamatkan Thea daripada kena tembakan Irfan.
"Pergi, pergi selamatkan Ryan. I'll cover for you." Ujar Aldari seraya dia menolak tubuh Thea ke depan.
Memang tak perlu tunggu arahan Aldari, Thea dah sambung berlari. Saat ini, dia rasa rumah yang tadi nampak dekat itu kini terasa jauh sangat.
Langkah Thea sekali lagi diberhentikan oleh musuhnya. Thea menarik nafas dalam, "Tepi." Ujarnya tegas.
Dia tatap wajah lelaki bertopeng yang sedang berdiri di hadapannya. Lelaki itu langsung tak ada gaya seperti dia akan pergi. Malah dia dah laju berlari ke arah Thea.
"You should die." Kata lelaki bertopeng itu. Tangan yang memegang pisau tajam lantas diacukan kepada wanita itu.
Thea melirik ke arah rumah sebelum dia mula berlawan. Dia boleh dengar suara jeritan Ryan meminta tolong.
"Mamaaaa!" Walaupun sayu, ianya tetap berjaya buat Thea berharap. Berharap yang Ryan masih selamat dan akan selamat.
"Tunggu mama sayang. Tunggu mama."
Thea mengelak daripada pisau yang diacukan tepat ke arahnya. Nak tak nak, dia tetap perlu berlawan dengan lelaki bertopeng itu sebelum dia boleh sampai ke Ryan.
Dia cuba mencapai pistol yang berada di bahagian belakangnya. Namun Thea tak dapat capai apa-apa. Kosong.
"Shit." Thea mendengus, dia pasti yang pistolnya terjatuh disaat dia sedang bergelut dengan Tengku Luqman tadi.
Sedar bahawa dia kehilangan pistolnya. Thea lantas menukar rancangan dan mula bertarung dengan lelaki tersebut. Dia angkat kaki dan menendang perut musuh. Dalam banyak-banyak seni pertahanan yang dia belajar, Thea paling yakin dengan tendangannya.
"You shouldn't mess with me." Kata Thea sambil tangan menumbuk muka lelaki itu dengan segala kekuatan yang dia ada. Namun serangan Thea tak mampu untuk halang pisau yang asyik cuba menikam dirinya.