BAB 45

6.1K 353 31
                                    

Erina hanya memandang dari jauh sekumpulan manusia yang sedang membacakan yasin di tanah perkuburan Islam itu. Kelihatan Zakiah dan Rosman turut berada di situ. Wajah Zakiah seperti mahu pitam namun wanita itu cuba kuatkan diri.

Erina pula sedang berdiri di bawah sebuah pokok rendang tidak jauh dari mereka. Dia tidak menunjukkan apa2 reaksi namun matanya kelihatan bengkak. Edrian di sebelahnya hanya mampu memeluk bahu Erina, cuba menenangkan isterinya itu.

Cuaca yang redup pada pagi itu hanya menambahkan rasa sayu dan sedih kepada mereka yang baru saja kehilangan Kaila. Semuanya berlaku secara tiba2 membuatkan mereka sangat terkilan.

Erina masih tidak tahu punca kematian Kaila. Malam tadi pun dia tidak dapat melihat Kaila untuk kali terakhir. Dia juga tidak sempat bertanya Zakiah dan Rosman. Mereka masing2 sibuk menguruskan jenazah kaila. Pagi ini pun Erina hanya dapat melihat jasad Kaila dikebumikan dari jauh. Erina rasa dia tidak layak menyertai mereka. Erina bukan sesiapa.

Beberapa minit kemudian, kelihatan sekumpulan manusia tadi sudah selesai membaca yasin. Masing2 beransur pergi dari situ sehinggalah hanya tinggal Zakiah dan Rosman sahaja.

Zakiah kelihatan sedang menangis lagi. Matanya sudah bengkak teruk. Rosman pula menenangkan isterinya walaupun dia juga sudah menitiskan air mata. Kemudian, mereka mula bangun lalu melangkah ke arah Erina dan Edrian.

Belum sempat Erina mahu bersuara, Zakiah sudah memeluknya erat. Wanita itu menangis teresak-esak. Erina hanya mampu mengusap lembut belakang Zakiah. Selepas wanita itu bertenang sedikit, barulah dia melepaskan pelukannya.

"Maa--af Erina. Saya tak dapat kawal perasan..."

"Takpe, saya faham." Balas Erina, suaranya serak. "Saya minta maaf...tapi, boleh saya tau...punca kematian Kaila?"

Zakiah dan Rosman memandang satu sama lain. Wajah mereka kelihatan suram.

"Semua ni sangat tak terjangka. Malam tadi, saya yang jaga Kaila. Saya sempat bagi dia makan dan kami sempat bergurau senda. Lepas tu, dia kata dia penat. Dia nak tidur...tapi..."

Zakiah cuba menahan tangisannya.

"...tapi beberapa jam lepas tu saya perasan Kaila langsung tak bergerak. Saya mula risau. Saya pegang badan dia, sejuk sangat. Disebabkan panik, saya terus panggil doktor dan...doktor sahkan Kaila dah takde..."

Zakiah tidak dapat mengawal dirinya lagi. Dia mula menangis lagi mengenangkan anak perempuannya sudah pergi meninggalkannya selama-lamanya.

Erina juga turut menitiskan air mata. Ya Allah, tenang sungguh pemergian Kaila. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

"Tapi..."

Erina memandang Zakiah yang sedang mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya. Zakiah memegang tangan Erina lalu sekeping kertas diletakkan di atas tapak tangan gadis itu.

"Saya jumpa surat ni atas meja Kaila sebelum dia pergi..."

Erina membaca tulisan di atas kertas yang berlipat itu.

"Untuk Kak Erin"

Erina terasa tangannya menggigil sedikit. Dia mencapai kertas itu lalu dibuka perlahan-lahan. Erina mula membaca isi di dalam kertas tersebut.

"Assalamualaikum Kak Erin.

Entah kenapa Kaila rasa macam nak tulis surat ni untuk akak. Kaila cuma nak akak tau yang Kaila sayaaaaaang sangat dengan Kak Erin hehe. Kaila dah anggap Kak Erin macam kakak kandung Kaila tau. Kaila seronok sangat ada kakak macam kak Erin. Kaila harap akak sentiasa gembira, sentiasa ceria di samping orang yang akak sayang.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now