BAB 1

56 14 13
                                    

AKU terjaga dari lenaku setelah terdengar azan berkumandang dari masjid berdekatan dengan rumahku. Aku bangun lalu terus duduk dan badan di sandarkan di kepala katil. Aku memandang skrin telefon yang bernyala itu menunjukkan pukul 5:30pagi.

Rumah aku dengan masjid tidaklah jauh mana. Hanya berjarak 3 meter sahaja. Masjid itu terlalu dekat dengan taman perumahanku. Setelah beberapa minit, azan subuh sudah habis dilaungkan oleh muazzin masjid itu.

Setelah itu, aku terus melangkah turun dari katil dan bergerak ke bilik air. Sebelum itu, aku sempat mengambil tuala dan pakaianku. Aku mula membersihkan diri.

Setelah selesai membersihkan diri, aku mengambil air wuduk pula. Setelah itu, aku keluar dari bilik air dan terus ke suatu sudut di dalam bilikku itu lalu telekung di capai dan dipakai dengan kemas. Kemudian, aku mencapai sejadah lalu dihampar sejadah itu.

Aku menunaikan solat subuh pada pagi itu dengan hati yang tenang dan senang sekali. Aku syukur kerana diberi peluang oleh Allah SWT untuk bernafas lagi.

Aku memberi salam kemudian tangan disapukan ke wajahku. Ianya tidak wajib. Jika buat tidak salah, jika tidak buat juga tidak salah. (Kalau salah info boleh beritahu)

Aku mengambil al-Quran yang terletak di sisi meja tepi katilku lalu aku mula membaca surah yang terdapat di dalam al-Quran itu.


AKU melangkah turun ke bawah apabila selesai membaca al-Quran sebentar tadi. Aku mengatur langkah masuk ke dalam ruangan dapur. Di sini aku ternampak ibu sedang memasak.

"Ibu masak apa?" Aku menegur ibu yang sibuk memasak itu.

"Ibu ingat nak masak mi goreng saja." Ibu aku membalas.

Aku hanya mengangguk saja.

"Meh, Aria tolong ibu masak." Aku mempelawa untuk membantu ibu memasak.

"Aria ambil sayur tu lepastu basuh kemudian keringkan sikit lepastu potong." Ibu memberi arahan. Aku hanya dengar.

Aku mula melakukan kerja yang disuruh oleh ibu. Sambil-sambil tu, kami berdua berborak berbagai topik sehinggalah mi goreng buatan chef Puan Norhayati siap dan sedia untuk di makan. Haha.

"Aira tak kerja harini?" soal Puan Norhayati kepada anak bongsunya itu.

Aku hanya menggeleng kepala.

"Kamu cuti?"

Aku anggukkan kepala lagi.

"Lah... Bisu rupanya adik abang. Ish, ish baru abang tahu yang adik abang ni tak ada mulut." Aku sudah kenal ini suara! Ini suara abang. Mestilah abang Aiman. Berapa orang abang je aku ada. Aku ada sorang je abang iaitu Abang Aiman. Itupun perangai menyakitkan hati.

Aku hanya jeling abang tanda tidak puas hati. Kalau aku menjawab, memang habis semua tak makan. Silap-silap kena bebel dengan ibu. Naya je.

Abang menunjukkan riak bangga apabila aku tidak membalas kata-katanya.

"Sudah-sudah la Aiman. Kamu tu dah besar, boleh kahwin dah. Tak habis-habis nak sakat adik." Bapaku iaitu Encik Ari menegur.

Aku memandangnya lalu thumbs up di tunjukkan di depan muka abang Aiman.

Abang Aiman menarik muncung itik. Dia pikir, dia comel? Comel lagi itik aki kat kampung sana. Haha.

"Ada ubi ada batas, ada hari aku balas." Abang mengahantar melalui mata.

Aku hanya menjongketkan bahu tanda...

"Ada aku kisah?"

Abang hanya tayang senyuman sinis. Aku kenal senyuman itu. Senyuman yang boleh buatkan aku naik hantu dengan abang.

"Eii... kalau tak dipirkikan ibu depan mata sekarang ni, habis kau abang aku kerjakan." kataku didalam hati. Geram nih... geram. Rasa nak henyak-henyak abang. Benci betul!

Abang tak pernah sebulu dengan aku. Stress betul!

"Sudah. Kamu berdua ni masing-masing dah boleh kahwin. Jangan nak bertekak adik beradik sangat," sampuk ibuku lalu pinggan yang berisi mi diletakkan dihadapan aku dan abang.

Aku pandang abang. Abang pandangan aku. Kemudian, kami sama-sama menjeling. Haha.

"Aria kerja harini?" soal ayahku kepada aku.

Aku hanya menggelengkan kepala. Aku pun tak faham dengan diri sendiri apasal harini mulut aku berat sangat nak bersuara. Agaknya aku tertelan ketulan emas masa tidur malam tadi. Manalah tahu aku tertelan ketulan emas, sebabtu pagi ni aku tak bersuara. Takut jugalah emas aku telan keluar balik. Hahaha. Kau sudah mula mengarut Aria.

"Kau tertelan ketulan emas ke dik? Dah tak ada suara?" Abang Aiman bersuara lagi.

"Ada ja." Aku membalas dengan mendatar sekali.

"Ada rupanya. Aku pikir tertelan emas tadi... Kerja geleng lepastu angguk. Nasib je aku ni tak bawa torchlight doktor. Kalau aku bawa, bolehla suluh ada apa dalam mulut kau sampai tak reti-reti nak bersuara." Abang menyuapkan mi goreng masuk ke dalam mulutnya setelah berkata sedemikian.

Aku mengecilkan mata lalu aku membalas...

"Hek eleh, suka hati tok nenek moyang kau ja nak suluh mulut aku. Apa kata aku bawa balik pisau and jarum yang orang dok jahit kesan luka tu... lepastu, aku jahit mulut kau biar tak boleh cakap terus. Amacam? Okay tak?"

"Sebelum sorang jadi doktor bedah, sorang jadi doktor cek kerongkong... apa kata, biar ibu jadi doktor forensik mana tahu boleh bedah mayat kamu berdua." Puan Norhayati menyampuk dengan nada yang mendatar.

Aiman dan Aira saling berpandangan lalu mereka tersenyum. Tidak sanggup jadi mayat. Haha.

"Aiman, kamu kerja harini?" Encik Ari iaitu ayah kepada Aiman dan Aria bersuara jua.

Sedari tadi dia hanya mendengar perbalahan anak-anaknya itu tanpa ada rasa ingin menyampuk sehinggalah isterinya sendiri yang menyampuk.

"Shift malam. Kenapa ayah?"

"Good. Kita boleh bincang harini memandangkan adik sendiri cuti."

"Bunyi macam serious." Aku menyampuk perbualan abang Aiman dan ayah.

"Ya, serious. Lepas makan... jumpa ayah dekat ruang tamu. Kita bincang dekat sana ya, Doktor Aria Arrianna dan Doktor Aryan Aiman."

Aku dan abang hanya tersengih apabila ayah memanggil gelaran 'doktor'. Keluarga aku sebenarnya keluarga doktor. Bermula dari ayah, ibu kemudian abang. Seterusnya, aku. Kami sekeluarga bekerja sebagai doktor tetapi berlainan bahagian.

Aku selalu terbayang untuk menjadi isteri kepada seorang pilot. Aku hanya minat akan pilot tetapi tidak mahu bekerja sebagai pilot. Jadi, aku cari sajalah suami pilot. Boleh enn? Asalkan ada. Huhu.


-TBC-

Hey! My Wifey | SUWhere stories live. Discover now