BAB 3

29 9 8
                                    

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR, MALAYSIA

SEORANG jejaka yang berpakaian baju seragam juruterbang melangkah keluar dari balai pelepasan dengan langkah kaki yang begitu berkarisma.

Dialah... Haikal Aidan.

"Weh, Dan..." panggil Afwa. Afwa merupakan crew partner penerbangannya pada hari itu.

Mereka berdua berjalan beriringan sambil menarik bagasi keluar.

Haikal menoleh lalu kening dijongketkan kepada kawannya yang menandakan... "Asal?"

"Lepasni... Kau terus balik rumah ke?" soal Afwa kepada Aidan.

Haikal seakan berfikir sejenak. Dia sendiri pun tidak tahu sama ada akan terus balik ke rumahnya atau balik ke rumah keluarganya dahulu... kemudian, balik ke rumahnya.

"Tak pasti la... Asal kau tanya?" soal Haikal sedikit pelik dengan kawannya itu.

"Hehe... Gue mahu tumpang rumah, boleh?"

"Aku dah agak."

Afwa hanya tersenyum tidak bersalah. Afwa dan Haikal telah lama berkawan. Jadi, Haikal dah masak sangat dengan perangai kawannya itu. Ada saja yang dia mahukan kalau berjumpa.

"Boleh eh?" soal Afwa sambil mengelipkan anak matanya. Kata dia... muka comel. Tetapi, lain pulak yang Haikal rasa. Haikal rasa nak tampar kawannya itu. Haha.

"Kau pikir kau comel? Kalau comel tak apa juga... Ini muka macam kambing kau tahu... Kambing tu hensem dari kau. Aku yang tengok ni rasa nak termuntah haa. By the way, aku tak balik rumah harini. Aku balik rumah keluarga aku. Aku rindu masakkan mama. So, aku balik rumah lagi empat atau tiga hari lagi." Jelas Haikal kepada Afwa.

Afwa hanya mengangguk. Di dalam kepalanya sudah berbagai rencana dia rancangkan untuk keluar melepak bersama Haikal.

Haikal seperti dapat hidu yang Afwa mempunyai rancangan untuk mengajaknya keluar. Dia tidak kisah. Dia juga bosan sekiranya terperap saja di dalam rumah. Kita kena enjoy masa single. Dah kahwin, tak boleh keluar sesuka hati.

"Kau bila nk kahwin Dan?" sol Afwa memecah kesunyian.

"Sampai masa aku kahwin. Easy."

"Kalau mama kau jodohkan kau? Kau terima?"

"Kalau itu yang terbaik, then... Terimalah."

Haikal hanya membalas senada. Dia juga terpikir sekiranya kepulangan dia pada hari itu di sambut dengan berita terkejut... Apa yang harus dia lakukan? Eh, sudahla kau Kal... Jauh dah kau melencong ni.

Afwa dan Haikal memasukkan beg bagasi mereka ke dalam bonet kereta milik Haikal. Afwa menumpang Haikal kerana keretanya digunakan oleh adiknya sepanjang dia bekerja di overseas. Adiknya gunakan kereta itu untuk ke universiti.

"Kau balik kondo atau rumah mummy?" soal Haikal setelah dia masuk ke dalam perut kereta.

Enjin kereta di hidupkan. Tali pinggang di tarik. Demi keselamatan.

Afwa menarik tali pinggang lalu di pakai.

"Kau hantar rumah mummy. Adik aku guna kereta aku. Kalau balik kondo, aku tak ada kereta." Senada Afwa berkata.

Haikal menganggukkan kepala saja. Dah tidak ada topik yang nak diborakkan. Kalau dah namanya lelaki. Nak borak apa je.

Selepas beberapa minit, kereta milik Haikal terus meluncur pergi tinggalkan kawasan lapangangan terbang itu.

Di dalam kereta... Hanya terdengar celoteh Dj radio itu sahaja yang sedang memeriahkan suasana pada sunyi itu.

Haikal sudah tidak berfikir benda lain... Dia hanya berfikir untuk tidur sahaja. Dia lebih memerlukan katil untuk tidur. Penat. Penerbangan mereka mengambil masa 10 jam. Segala otot sendi telah tegang. Matanya juga telah penat. Memerlukan rehat.

Hey! My Wifey | SUWhere stories live. Discover now