AAKS5

28 5 4
                                    

Alhamdulillah hari ni dah seminggu berpuasa. Dan seminggu juga aku bekerja dengan En. Nabil.

"Okay tak kerja nya? " soal ibu yang sedang menumis sayur.

"Okay je bu. Budak-budak tu comel sangat. Tapi penat tu biasa la. " balas aku. Aku tengah koyak kan isi ayam yang telah digoreng. Teringat kat budak-budak tu. Berselera sekali makan masakan aku. Walaupun hanya sup ayam. Nanti aku nak cuba masak kan lauk lain la.

"Biasa la. Kerja mana yang tak penat. Kerja goyang kaki pun penat tau. " aku ketawa kecil mendengar kata ibu. Ibu ni ibu tunggal. Abah takde dah meninggal. Anak-anak pula dah berjauhan. Aku je yang masih melekat dengan ibu. Maklumlah single. Ibu ambil upah jahit baju. Nak raya ni makin banyak la tempahan ibu.

"Tapi kan bu. Bapak budak-budak tu muda betul. Macam sebaya abang je. Tapi anak dah ramai. Takkanlah. " kata aku sambil ambil isi ayam yang dikoyakkan bawa masuk mulut aku.

"Ehh kamu ni tak puasa ke? " tegur ibu. Aku yang baru tersedar meludahkan balik isi ayam tu. Mahkruh2.

🌈

"Hi anak appa. Buat apa ni hmm? " tegur Nabil pada anak-anak nya yang ada tergolek kesana kesini. Main lego, menontot tv dan menghisap botol syusyu.

Lutfi menyilangkan kakinya keatas dengan tangan masih memegang botol susu.

Ewahh senang hati nampak.

Nabil baring disebelah Hanif yang sedang bermain lego bersama Taufiq dan Aysar. Kemudian matanya dilirik kan kearah Syafiq yang menonton tv dan Yusuf yang buat taik mata.

"Syafiq, appa nak tanya ni? " Nabil memusingkan badannya dan kepala nya ditongkat dengan tangan. Syafiq hanya berdehem sahaja tanpa menoleh kearah Nabil.

"Ermm. Suka tak kakak Auni tu jaga korang. " soal Nabil.

"Suka. Akak Auni tu cantik, baik, masak pun sedap. Fiq suka akak Auni tu. " jawab Syafiq panjang. Bersungguh menjawab yang baik-baik pasal akaknya tu.

"Hmm betul tu. Akak tu baik. Tak macam akak jahat tu. Tau nak tidur je bukan nak jaga kitaorang. " sambung Hanif pula. Sempat dia menyampuk ye.

"Kalau macam tu baguslah. " kata Nabil sendirian. Dia sudah tersenyum sampai ketelinga. Entah apa yang ada dalam fikirannya.

"Ermm appa. Besok kitaorang nak puasa. " kata Syafiq dengan pancaran mata yang menyinar. Cewah.

Nabil menoleh dengan riak yang tak percaya. Biar betui anak aku ni nak puasa.

"Abang fiq je puasa. kitaorang tak cakap pun nak ikut. " tetiba Yusuf yang ingatkan tidur bersuara. Ke dia ngigau tu.

"Eh, yusuf kau tu dah besar, kena belajar puasa. Anep kau pun sama. Esok ikut appa puasa. " kata putus dari Syafiq.

Maka terdengar la rungutan dari Hanif dan Yusuf. Taufiq dan Aysar sedang berebut lego.

"Alaaaa semua dia punya. Dia punya je semua. Appa tengok gemuk ni. "

"Appa, Taufiq ejek eysar. Huwaaaa! " Aysar menangis lalu berlari memeluk Nabil.

"Taufiq tak baik macam tu. Kita kan keluarga mana boleh ejek mengejek. Allah tak suka. " Nabil mengusap kepala Aysar. Memujuknya.

Aysar menoleh kearah Taufiq tapi mengejek nya pula dengan menjelirkan lidah.

"Appa! Aysar jelir lidah! Huwaaaaaa! " tangisan Taufiq pula bersambung.

"Huwaaaaa! Tatut! Lufi tatut! " lutfi yang terkejut lantas memeluk peha Nabil.

" Anep, Yusuf jom masuk bilik tidur. Esok nak puasa. " kata Syafiq. Ditarik tangan Hanif dan Yusuf menaiki tangga.

"Alaaa hik hik. Anep nak main lagi. Appa! Appa! Huwaaaa! " tangis Hanif pula disambung hingga ke tingkat atas.

Yusuf?

Ikut kan aje laa. Akak kata kalau tak tahan boleh buka puasa.

🌈

Kokobob kokobob kokobob

Nabil mematikan alarm telefon. Matanya yang terasa berpisat ditonyoh kasar. Dengan mata sebelah tertutup Nabil mencapai telefon.

Pukul 5. Hurm waktu sahur.

Lutfi disebelahnya ditepuk lembut. Takut terjaga pula nanti dia yang susah. Sudahlah tidurnya lambat kerana Lutfi ajaknya bermain.

Nabil berjalan keluar dari bilik. Bilik anak-anak nya dituju. Pintu dikuak dan suiz lampu dihidupkan.

"Sahur.. Sahur bangun. " kejut Nabil. Leher nya digaru.

Syafiq yang sensetif terus terjaga dan duduk.

"Appa. Awal nya nak pegi sekul. " kata Syafiq sambil menguap.

"Sahur. Kata nak puasa. "

"Ha puasa. Bangun-bangun anep, yusuf nak puasa. " Syafiq menggoncang tubuh Hanif dan Yusuf kuat.

"Erghh hik hik. Jangan kacau anep hik hik. " Hanif yang diganggu lenanya mula teresak.

"Iiishhh! Yusuf bangun nak puasa. "

Skip~

Nabil melihat telatah masing-masing sambil tersenyum. Syafiq dengan mata bulatnya memandang makanan. Yusuf tersengguk sengguk menahan ngantuk. Dan Hanif pula menangis sebab tidurnya diganggu.

"Anep nak puasa tak? " soal Nabil. Air mata Hanif diseka dengan jarinya.

Cepat-cepat Hanif menggeleng.

"Tapi dah bangun ni. Makan sikit ye. Nanti kalau tak tahan boleh buka ye? " kata Nabil dengan lembut.

Akhirnya Hanif akur dan menyuapkan makanan dalam mulut.

Syafiq makan penuh berselera walaupun hanya cereal dengan susu.

Yusuf pula, sudu masuk mulut tapi mata terpejam.

Haihh anak anak.

Akak! Appa kirim salamWhere stories live. Discover now