AAKS8

39 6 10
                                    

Setelah selesai berbuka. Nabil hilang entah kemana. Budak-budak yang lain pun hilang. Yang tinggal hanya Lutfi. Lutfi je yang setia dengan akak.

Aku singsing lengan baju sikit. Lutfi masih lagi makan. Aku tak tau saka apa yang merasuk mu Lutfi. Makan tak berenti. Aku mula membasuh pinggan dan cawan yang digunakan.

"Atak, ayem dan (I'm done). " kata Lutfi. Jarinya dijilat jilat. Lalu aku angkat Lutfi dan basuh tangan dan mulut nya. Tak aku basuh sekali mukanya. Ni kena tukar baju ni. Habis kotor baju Lutfi.

Lepas dah basuh aku turunkan Lutfi. Tetiba Lutfi tarik tangan aku. Aku terus tundukkan kepala memandang kearah Lutfi. 

"Atak, lufi nak toyom boyeh ak? "  kata Lutfi dengan menghadiahkan aku sebaris senyuman.

"Lutfi nak tolong akak. Boleh. " balas aku. Lalu aku angkat tubuhnya dan aku letak Lutfi disebelah singki tempat aku membasuh.

"Atak ni apa? " Lutfi angkat sudu yang belum dibasuh.

"Tu sudu sayang. " balas aku. Aku letak pinggan yang sudah dibilas ke tempat pengering.

"Atak tu apa? " Jari keciknya diangkat dan ditunjuk pada dinding.

Aku toleh kearah tempat yang ditunjuk Lutfi. Terus pucat muka aku.

"Cicak! Eiii akak geli geli! " aku jerit je, cicak tu terus lari. Sebaik dia lari kearah lain. Kalau kearah aku mau aku sumpah cicak tu jadi selipar.

Lutfi dah ketawa mengekek. Suka la tu tengok aku takut. Gigit pipi tu baru tau.

"Atak! " Tetiba Lutfi menyimbah aku dengan air paip. Habis basah baju aku. Sengaja je kan Lutfi ni.

"Lutfi, basah la baju akak. " aku mencebikkan bibir. Dan wajah aku tundukkan.

"Alaa atak, ayem syowi." lutfi cuba memujuk aku. Kepalanya ditundukkan nak tengok wajah aku.

"Tanak kawan Lutfi. Akak merajuk. " kata aku dengan pura-pura merajuk

Lutfi dah mencebikkan bibir. Takut la tu aku betu-betul tak nak kawan dengan dia. Comel betul la Lutfi ni.

"Atak!! Huwaaaa! " Aku dah ketawa lihat Lutfi menangis. Aku suka betul tengok muka dia tahan nangis, bibir dicebikkan. Comel sangat.

"Alololo akak gurau je la. " aku terus memeluk Lutfi dan menggosok rambutnya. Lutfi pun membalas pelukan aku. Erat macam dia taknak lepaskan aku. Aku baru perasan yang Lutfi lagi rapat dengan aku berbanding abang-abang nya yang lain. Mungkin sebab Lutfi sepanjang hari dengan aku. 

"Wuuuuuu. Tawan la ngan Lufi. Abang-abang cemua tanak tawan Lufi. " alorhhh sedih pula dengarnya. Sebaik aku dah siap basuh semua. Kemudian aku dukung Lutfi dan cium-cium pipi dia.

Tiba-tiba Nabil muncul dengan bertshirt dan berkain pelikat.

"Auni. Awak dah solat? " Soalnya. Songkok di tangan dipakaikan dikepalanya.  

Tergugat iman ku saat melihat dia. Adakah ini jodoh.

"Atak. Ensem an appa tite. " bisik Lutfi ditelinga aku membuatkan aku tersedar dari mimpi. Sebaik tak tersasar.

"Auni? Awak okay? Kenapa baju basah? Awak main air ke? " soal Nabil bertalu talu.

Berkelip kelip aku memandangnya. Lantas aku menggeleng laju.

"Ahh tak. Tadi Lutfi simbah air kat saya. " jawab aku dan diselangi dengan tawa Lutfi.

"Awak dah solat belum. Kalau belum jom kita berjemaah. " katanya lagi.

Solat jemaah kat rumah Nabil. Nabil jadi imamnya.

Oh my heartue.

"Ahh emm. Se-se-sekejap sa-saya tu-tukar ba-baju. " dah kenapa aku jadi macam Aysar pulak ni. Bertenang Auni.

"Awak ada baju ke?" Nabil dah kerutkan dahinya. Jangan dia ingat aku sewel sudah.

"Ada. Saya ada bawa baju lebih. "

Tetiba pula kan ada baju lebih hmmmm.

🌈

Aku sudah siap mandi dan tukar baju dibilik tetamu. Kemudian aku sarung telekung.

Tok tok tok

"akak dah siap belum? " Jerit Hanif diluar bilik.

"Akak cepat la. Tak elok melambatkan solat. " Sambung Syafiq pula.

"Ye ye sekejap. " cepat-cepat aku ikat tali telekung. "Haa dah jom. Ensem nya pakai kopiah. " kata aku. Tangan Hanif aku pimpin hingga ke ruang solat.

Di ruang solat, Lutfi dan Taufiq sedang membentang sejadah. Alah rajinnya.

"Calah la. Cam ni yaa! " marah Lutfi pada Taufiq.

"Buat la sendiri! Eiiii! " Taufiq yang geram  mencampak sejadah kelantai. Tangannya dilipat kedada. Muncung panjang sedepa boleh buat gantung baju.

"Gaduh je la berdua ni. " kata Nabil. Kepalanya digeleng gelengkan.

Aku segera mengambil tempat saf dibelakang budak-budak ni.

"Lutfi. Appa pesan apa tadi hmm? " soal Nabil pada Lutfi disebelahnya.

"Angan acau olang syolat, kan appa kan. " Lutfi mendongak memandang Nabil.

"Pandai. Okay appa, abang-abang dengan kak Auni nak solat ni. Rapatkan saf."

Lutfi mengangguk laju. Lalu botol susu dimasuk kedalam mulut nya. Dia hanya duduk disebelah Nabil.

Lalu Solat mahgrib aku hari ni di imam kan oleh Nabil. Merdu suaranya mengalunkan ayat suci al- Quran.

Alhamdulillah, Lutfi memberikan kerjasama yang baik. Tidak mengganggu solat kami. Tapi hampir je aku nak tergelak bila Lutfi bermain bawah celah kaki Nabil. Diselak selak kain pelikat nabil. Nasib aje tak terlurut kebawah.

Macam-macam perangai.

"Akak nak balik dah ke? " soal Yusuf. Aku yang sedang melipat telekung menoleh kearah nya.

"Jangan la balik kak?" Hanif duduk dihadapan aku.

"Haah ido ar cini. " Lutfi dah duduk atas peha aku. Betul tak kasi aku balik ni.

Selepas tu masing-masing memandang Nabil.

"Apa? Kenapa pandang appa macam tu? " Nabil membetulkan songkok dikepalanya.

"Oyeh ak atak ido cini. " kata Lutfi dengan pelatnya.

"Haa? Ehh belum boleh lagi. Haha. " kata Nabil lalu dia berlalu sambil mendukung Taufiq yang sudah terlena. Patut la sujud nya lama. Dah tertidur.

"Mana boleh akak tidur sini. Ibu akak kat rumah sorang-sorang nanti takde siapa teman. "

"Alarhhh." Hanif, Yusuf dan Lutfi memuncungkan bibir.

Lalu aku bingkas bangun dan ingin pulang. Aku melangkah ke pintu utama.

"Bai atak. Hik bai! " Lutfi melambai aku di muka pintu kemudian dia berlari masuk kedalam. Dengar suara dia menjerit nangis.

"Hati-hati drive Auni. Kalau ada pape call saya ye. " kata Nabil pula. Kali ni Aysar pula dalam dakapannya. Tertidur juga.

Aku menganguk dan melambai kearah budak-budak tu.

"Akak! " Jerit Yusuf. Aku menoleh kearah mereka.

"Appa kirim salam! "

Aku terpadang wajah Nabil yang kemerahan. Aku rasa wajah aku pun dah merah ni. Cepat-cepat aku masuk kereta. Sebaik esok cuti.

⭐⭐⭐⭐⭐

Akak! Appa kirim salamWhere stories live. Discover now