AAKS9

33 6 5
                                    

Ramadhan hampir ke penghujung. Marilah sama2 kita mencari malam lailatul Qadar.

"Ya allah, temukan aku dengan seorang lelaki yang bertanggungjawab dan boleh memimpin aku ke jalan syurga mu. Aamiin. " Doa aku hari ni. Selesai solat asar aku menggantung telekung.

Selepas itu aku keluar bilik. Masa untuk masak berbuka. Aku lantas halakan kaki aku ke dapur.

Di dapur ibu dah berperang dengan kuali dan sudip.

"Ibu nak masak apa hari ni? " soal aku.

Ibu menoleh sekilas pada aku.

"Kamu kata nak masak buttermilk prawn. Ibu masak sayur je. " kata ibu berspeking. Aku mengangguk lalu aku keluarkan udang dari dalam peti ais.

Ahhmagilah kita berperang dengan udang pula.

Baru aku nak mula masak. Tetiba  telefon berbunyi. Aku lihat skrin telefon. Bulat mata aku tengok bila lihat nama si pemanggil.

Nabil video call wehh. Apa nak buat apa nak buat. Time ni la aku nak gelabah.

Ibu dah jeling-jeling pastu pergi mana tah. Gosip belakang rumah la tuuu.

Cepat-cepat aku lari kebilik amik tudung.

Selesai sarung tudung terus aku jawab call.

"Atakkkk! Atakkkkk!!! " tersembul muka Lutfi kat screen.

"Hi Lutfi. Buat apa tu? " aku melambai kearah nya. Tau je aku rindu dia.

"Lufi toyom appa macak. " Lutfi mengalihkan camera kearah Nabil. Nabil mengangkat tangan yang memegang sudip.

Alahh comel je bapak Lutfi ni dengan apron senget nya.

"Atak buat pe tu? " betul-betul depan camera muka dia ye.

"Akak baru nak masak ni. "

"Wah! Nak cikit oyeh? "

"Ehhh akakk! Taufiq rindu ahhh. " tetiba muncul Taufiq merampas telefon dari Lutfi. Terdengar suara Lutfi merengek.

"Jap ahh. Bagi Taufiq cakap dengan akak. " Taufiq pun taknak kalah berebut phone dengan Lutfi. Pening aku tengok screen. Bergoyang goyang.

"Share la. Akak cakap apa kene share kan. " panggilan video tetiba terhenti dan hilang. Hurmm sah dah bergaduh tu.

Lepas tu tiada panggilan kedua. Yang ada hanya lah pesanan whatapps dari Nabil. Memang betul budak dua tu bergaduh berebut phone.

Okay baik aku cepat masak. Nanti nak hantar ke rumah Nabil. Hmm

🌈

Perlahan lahan aku memberhentikan kereta dihadapan rumah banglo Nabil. Tujuan aku datang bukan untuk menggatal ye. Aku ada masak lebih, apa salahnya berkongsi juadah berbuka sama-sama. Aku tak tau tah apa-apa je la yang Nabil bagi budak-budak tu makan. Jadi aku kesian dengan mereka. Sekarang disini la aku.

Tanpa buang masa cepat aku amik beg kertas disebelah aku dan keluar dari kereta aku.

Aku betulkan tudung yang tersarung dikepala.

"Okay, cun dah. " kaki aku lajukan kearah pagar besi rumah Nabil. Lonceng aku tekan.

Ting tongggg~

Lama juga aku tunggu. Tetiba pintu utama dibuka.

Kelihatan Nabil sedang mendukung Aysar.

"Ehh! Auni. masuk la. " kata Nabil. Lalu aku buka kunci dipintu pagar yang kecil.

Tersipu sipu aku melangkah mendekati Nabil.

"Saya datang nak bagi ni. Lutfi kata nak sikit. Jadi saya masak lebih. " kata aku. Aku berikan beg kertas pada Aysar.

Kemudian aku tegur Aysar yang aku kira baru lepas nangis ni.

"Aysar kenapa nangis ni? " aku cubit pipinya.

" Abang Yusuf buat kita. Dia runtuhkan lego yang Eysar buat. " kata Aysar sambil tersedu. Mesti berperang kan tadi tu.

Tetiba tubuh Nabil ditolak ketepi.

Muncul Taufiq dan Lutfi.

"Atak Auni! "

"Akak Auni! "

Kata Lutfi dan Taufiq serentak. Dah berbaik ke tu. Tadi masa video call bergaduh.

"Hi Lutfi, Taufiq. Puasa tak? " soal aku sambil menunduk. Laju mereka mengangguk.

Yela tu puasa. Pagi-pagi dah mintak susu si Lutfi tu.

"Okay la akak balik dulu la. Selamat berbuka En. Nabil. " aku tersenyum pada Nabil. Nabil juga membalas senyuman aku dengan senyumannya.

Manis je senyuman dia.

"Atak. Lufi nak itot atak boyeh tak? " kata Lutfi tiba-tiba. Dia menoleh kearah Nabil. Macam biasa, dia serang dengan kelipan mata Bulatnya. "Appa boyeh tak Lufi nak itot atak bayek. Boyeh ah appa. Plisss" Lutfi menarik seluar Nabil.

Aku dah tak tau nak jawab apa. Hanya mampu diam dan sengih.

"Err. Boleh ke Auni kalau Lutfi nak ikut awak? " soal Nabil. Kalau ikut aku boleh je. Lutfi ni senang dijaga.

"Boleh je En. Nabil. Tapi kalau En. Nabil benarkan la. " kata aku.

"Ermm sekejap saya kemas barang Lutfi. " tubuh Aysar diturunkan. Lalu segera Nabil berlari lari anak pergi kebilik atas.

Sementara menunggu En. Nabil berkemas. Aku bawa Aysar, Lutfi dan Taufiq kearah bangku panjang bersebelahan kolam ikan.

" yeahh itot atak bayek yeah yeahh. "

"Alarhh nak ikut gak. "

"Lain kali ye Taufiq. Gilir-gilir. " apa tah yang seronok nak ikut aku balik. Rumah besar dah tapi nak ikut kerumah aku yang takde la kecik sangat pun. Tapi selesa untuk aku dan ibu.

"Atak nanti kita raya syame-syame tau. " kata Aysar. Dia merangkul lengan aku dan menyadarkan kepalanya dilengan aku.

"Boleh. " balas aku dengan menggosok rambutnya.

"Okay, siap Lutfi punya barang. " sergah Nabil yang tetiba muncul. Laju betul dia kemas. Tah-tah main masukkan je tak reti nak susun elok-elok.

"Yeah yeah! Jom atak bayek. " Lutfi cepat-cepat menarik tangan aku. Aku ambil beg ditangan Nabil.

"Besok saya datang lagi ye En. Nabil. " aku memandang Lutfi dan kemudian aku menoleh kearah Nabil.

Nabil tersenyum pada aku hinggakan terserlah lesung pipit nya yang dalam. Comel.

⭐⭐⭐⭐⭐

Akak! Appa kirim salamWhere stories live. Discover now