1

290 17 1
                                    

Angin malam memukul lembut wajahnya yang penuh dengan kesan lebam. Perit bukan sahaja di wajah, malah di hati.

Siapa sangka gadis semudanya dibebani dengan kesakitan fizikal dan juga mental. Pernah satu ketika aku mula give up untuk teruskan hidup.

Untuk apa aku hidup kalau akhirnya aku sendiri yang sakit? Pernah juga aku terfikir, kenapa dugaan ini sungguh berat? Adakah aku tidak layak bahagia? Adakah sepatutnya aku tak layak pun hidup di muka bumi ini?

Sesak rasa di dada aku mengenang nasib malang hidup aku. Hari ini merupakan hari pertama aku di tahun kedua akhir persekolahanku. Mampukah aku untuk hadapinya?

Ya Allah, titipkanlah aku semangat untuk teruskan hidupku. Berikanlah aku satu kekuatan untuk menghadapinya dan.... aku perlukan savior ku ya Allah.

Mataku pejam melawan kesejukan malam itu. Pintu balkoni bilikku ditutup rapat sebelum aku mula naik ke katil. Belum sempat mataku terpejam, suara jeritan ibu terlebih dahulu menerpa pendengaranku.

"Zea! Kau bangun sekarang! Buatkan adik kau teh tarik. Dia nak study, bukan macam kau tidur je kerja. Study pun still bodoh. Sepatutnya aku tak payah membazir duit hantar kau pergi sekolah, bukannya pandai pun. Kau tengok adik kau tu. Nombor satu dalam sekolah. Kau? Nombor satu dari belakang. Tak guna pun aku beranak kan kau. Baik mampus sana."

Tohmahan demi tohmahan dilontarkan ibuku. Yang aku pula terpaksa menelannya walaupun pahit. Aku cuma anak tengah, yang sering terpinggir. Kadang aku terfikir aku ni anak angkat je ke? Kenapa layanan berbeza?

"Kau mengelamun apa lagi ni? Pergi sana, buatkan air untuk adik kau. Cepat!" Belakang ku ditolaknya kasar.

"Baik, ibu." Aku menunduk memandang lantai. Takut akan mata helang milik ibu ku itu. Sungguh aku tak mampu melawan tatapannya. Biarpun dia bersikap kejam denganku, aku masih menghormatinya. Dia ibuku, wanita yang melahirkan dan menjagaku.

Biarlah hati ini terluka demi kepuasannya.

"Nah, adik. Belajar rajin-rajin tau. Jangan jadi macam kakak."

"Tau pun! Aku tak akan jadi macam kau lah betina! Bodoh! Bukannya ada yang bagus pun kau tu. Kerja kau menghabiskan beras dalam rumah ni je. Pergilah study juga, mana kau otak bengap kau berfungsi balik." Sinis sahaja adik aku berkata.

Aku hanya mampu tersenyum pahit. Sekali lagi biarlah hati ini terluka, aku tak layak untuk gembira. Kan?

Mataku pejam menunggu saat...

"Haa bagus pun dah tersedia makanan. Tak payah lah aku membebel pagi ni. Kan, anak tak guna?" Ibu berkata sebelum duduk di kerusi utama.

"Ibu nak makan apa harini? Biar Zea kautkan untuk ibu."

"Heh! Kau ingat aku tak ada tangan ke? Dah tepi, biar aku buat sendiri. Adik kau..."

"Ibu... sorry adik terlambat bangun tadi." Adik ku mencebik sebelum memeluk erat lengan ibuku.

"Ibu faham lah sayang. Adik kan study semalam. Bukan macam minah sekor tu tercongok macam orang bongok." Sempat diriku dikerlingnya.

"Eh kau tak pergi sekolah lagi ke? Yelah, kau kan kena jalan kaki. Nanti lambat pula. Aku tak apalah ada driver. Kesian anak pungut." Sakit. Setiap kali aku dilevel anak pungut, hati aku sakit.

"Dah lah sayang. Sini duduk makan ye. Ke nak ibu suapkan?" Laju adik mengangguk. Ibu pula tersenyum manis melihatnya sebelum kepala yang tersarung tudung milik adik diusapnya lembut.

Aku memandang wajah mereka berdua lama. Terselit rasa cemburu dalam hati melihat kemesraan mereka berdua. Aku juga inginkan belaian seorang ibu.

Aku mula mencapai beg dan menghulurkan tangan untuk menyalami ibu. Tapi dipandang sepi olehnya. Aku lupa bila kali terakhir aku mengucup tangan wanita yang ku gelar ibu itu.

"Nak salam bagai. Ingat ni hari raya ke apa? Dah pergi mampu sana." Ibu menepis tanganku ke tepi.

Aku hanya tersenyum tipis sebelum bergerak keluar dari rumah. Kasut yang aku beli hasil tabungan itu ku pakai. Walaupun lusuh dan buruk terpaksa juga aku sarung, aku tak mampu lagi untuk membeli yang lain.

Aku berjalan perlahan meninggalkan perkarangan rumah agam keluargaku. Sempat aku memandang sejenak rumah mewah itu. Mungkin ini kali terakhir aku jejakkan kaki di rumah ini sebagai jasad bersama roh. Dan mungkin sekembalinya aku sebagai jasad sahaja?

Nafas panjang ku helakan sebelum meneruskan langkah. Sekolah. Rumah keduanya? Huh! Aku tak pernah ada tempat yang boleh ku kira rumah. Semuanya neraka untukku.

"Hey baby Zea. Belikan your mummy, aiskrim please." Bahuku dipeluk dari tepi oleh gadis yang merupakan ketua pembuli ku.

"Ma-maafkan saya, Diana. Saya tak ada duit. Ibu saya tak bagi duit lagi kat saya. Saya..."

"Kesah pula aku! Aku tak kira, kau beli sekarang or aku belasah kau. Nak ke aku tambahkan lebam kat muka kau?" Laju aku menggeleng. Lebam di wajah pun baru mulai surut, tak mahu aku merosakkan wajah aku walaupun tidaklah cantik mana.

"Dah tu kau tunggu apa lagi, setan? Pergilah beli. Bongok!" Belakang tubuhnya ditendangnya sehingga aku terjelupuk jatuh ke lantai. Sempat aku dengar ketawa dari mereka.

Ramai juga pelajar yang menjadi saksi kejadian itu. Tapi tiada siapa yang sudi menolongku, malahan mereka menyambut kesakitanku dengan sorakan riang.

Aku gagahkan jua diri berdiri menerobos khalayak ramai. Mukanya memerah menahan malu itu ku tekup kemas. Dulu aku masih boleh tebalkan muka menerima cacian mereka, tapi kali ini tak.

Aku terlalu malu kerana menjadi selemah ini. Aku terlalu malu kerana tak pernah kuat. Aku terlalu malu dan juga... sakit.

"Weh kau dengar tak budak mental tu naik atas rooftop semalam? Nak bunuh diri lah tu."

"Dah nama pun mental. Gila! Memang nak bunuh diri jelah kerja dia. Kena sikit dah gelabah give up. Orang gila je macam tu."

"Dasar budak gila!"

Gila gila gila gila gila. Betul ke aku gila? Tak! Aku tak gila! ARGHHHHHHH.

Aku menarik-narik rambutku. Rasa sakit mencengkam kepalaku. Mungkin bila-bila masa sahaja otak boleh pecah berkecai.

Aku memejamkan mata meredakan rasa sakit. Kini sekali lagi aku di rooftop. Dan betul lah tekaan mereka. Aku di sini ingin menamatkan segalanya.

Termasuk hidup aku.

Andai ini takdirnya.... Aku terima. Selamat tinggal dunia, aku tak akan kembali lagi. Aku akan jadi satu memori, memori yang dibenci semua orang. Termasuk wanita yang aku sayang, ibu.

'Halalkan makan minum Zea, ibu. Zea sayang ibu. Abah, Zea tak kuat. Tak ada orang yang sayangakn Zea kecuali abah. Zea ikut abah ye. Abah tunggu Zea tau. Zea sayang abah sangat-sangat. Dan sekarang masanya Zea jumpa abah.'

Mata ku pejam sebelum tangan ku depakan. Dan...

KHAYALAN | COMPLETEDWhere stories live. Discover now