3

94 8 0
                                    

Pulangnya aku di rumah bersama Zavier di sisi. Katanya dia ingin bertemu dengan keluarga aku. Entah aku pun tak pasti.

"Assalamualaikum, Zea dah balik. Ibu?"

"Bagus pun balik awal. Pergi masak sana. Aku lapar." Sinis ibu berkata sebelum menjeling aku.

"Makcik, Zea baru balik. Bagilah dia berehat dulu. Makcik tak kesian ke pada dia?" Zavier mula naik angin. Sempat aku melihat nafasnya turun naik menahan marah.

"Eh kau ni kenapa? Nak kena ke? Aku dah suruh kan? Tak payah lah nak..." bercekak pinggang ibu memandang kami.

"Ibu, Zavier, tak apa biar saya buat. Awak balik ye, kita jumpa esok." Cepat-cepat aku menghentikan perbalahan mereka. Bukannya boleh api dan api bergaduh mahu terbakar aku di tengah ni.

"Kau sure? Nanti kalau..."

"Urusan dekat rumah biar saya uruskan sendiri. Awak balik ye." Lembut aku menuturkan kataku.

Aku tak nak Zavier turut terpalit dalam urusan keluarga aku. Walaupun mereka membenci ku, tapi aku tidak suka menyebar aib keluarga pada orang lain.

"Kau ni dah kenapa? Gila ke apa? Cepatlah pergi sana masak." Ibu berlalu meninggalkan kami. Aku menghelakan nafas lega sebelum kembali memandang Zavier.

Zavier memandang ku sayu. Mungkin dia juga ingin menjadi penyelamat aku di rumah tapi maaf Zavier, aku tak terima untuk itu.

Zavier mengangguk perlahan sebelum laju tangannya diletakkan di atas kepala aku.

"Esok kita jumpa. Jaga diri tau, sayang." Kepala aku yang disarung dengan tudung itu diusapnya perlahan sebelum senyuman tipis diukirkannya.

Aku tahu dia risaukan aku. Tapi ini yang terbaik untuk dia dan juga aku.

"Awak pun. Jaga diri juga tau! Awak penguat saya jadi awak kena sentiasa ada dengan saya."

"Ye, Zea Adriana. Zavier Han akan sentiasa ada untuk Zea Adriana. Okay, sayang?"

Entah kenapa setiap kali Zavier memanggil ku sayang setiap kali itu juga jantung aku berdetak laju. Adakah ini cinta?

ARGHHHHH

"Kau pahal menjerit macam kena rasuk? Dah masuk setan dah?" Adik menatap tajam aku.

Aku menelan air liur. Alamak! Ini semua penangan Zavier lah ni. Dah angau dah aku. Tapi kan, entahlah aku rasa bahagia teramat. Buat pertama kali aku jatuh cinta pada lelaki. Dan lelaki itu adalah Zavier.

"Tengok tu ibu. Mesti ada jantan kat luar tu dia minat. Gatal! Perempuan murah macam dia ni patutnya tinggal kat club. Jadi santapan jantan kat luar sana."

Aku mengelak dari menatap mata ibu. Aku tahu mata helangnya sedang mencari mangsa iaitu aku. Aku pantas berlari ke bilik aku. Berdebar juga rasa diri aku.

Aku duduk di birai katil sambil memegang dada aku. Sempat senyuman terukir di wajah aku.

"Arghhhh abahhh. Zea dah jatuh cintaaa."

"Jatuh cinta dengan siapa?" Tiba-tiba satu suara garau kedengaran tepat di telinga aku.

Lantas aku berpaling ke kiri dan... terbeliak mata aku melihat gerangan siapakah itu. Belum sempat aku menjerit, tangannya terlebih dahulu menekup mulut aku.

"Shhhh. Nanti ibu kau dengar." Jari telunjuknya diletakkan di bibirnya.

"Awak buat apa kat sini?" Aku menolak tangannya sebelum berdiri menghadapnya.

"Saja nak cek kau. Okay ke tak? Salah ke?" Selamba badak air dia je duduk atas katil aku. Ini kalau kena tangkap basah, auto nikah free weh.

"Salah lah! Saya ni perempuan, awak lelaki. Bukan mahram pula tu. Saya tak nak kahwin free."

"Aku pun tak nak kahwin free... tapi kalau dengan kau, aku on je." Sempat ku lihat senyuman nakalnya. Haih boleh rosak jantung aku ni setiap kali dengan dia.

"Tak lawak lah, Zavier."

"Bila masa aku buat lawak? Aku serious ni. Nak aku call JAIS ke? Bolehlah aku jadi suami kau malam ni juga. Nak?"

"Zavier..."

"Yelah yelah. Aku gurau je lah. Dah duduk lah sini. Aku waras lagi dari nak terkam kau."

Aku menggeleng. Bukannya boleh percaya lelaki ni. Entah macam mana dia masuk sini. Lantas kau memandang balkoni. Haih! Inilah Zea, selalu lupa nak tutup balkoni. Kan dah kena.

"Sini duduk lah weh."

Sekali lagi aku menggeleng. Tak nak lah ish dia ni.

"Sayang... meh duduk sini."

Aku menelan air liur mendengar dia meleret menyebut sayang. Ada nada manja dan juga tegas di situ. Nak tak nak aku terpaksa turuti.

"Kan bagus. Tak nak share ke kisah keluarga kau?"

"Saya anak kedua dari tiga adik beradik. Kakak saya duduk luar negara, sambung belajar. Adik saya form 3 tahun ni. Dan saya ada ibu je. Abah saya meninggal lima tahun lepas. Semuanya berpunca dari saya. Dan sebab tu ibu benci saya."

"Berpunca dari kau? Maksudnya?"

"Abah meninggal masa nak selamatkan saya dari kena langgar kereta. End up dia yang jadi mangsa. Kalaulah saya tak degil masa tu, tak main dekat jalan besar. Mesti abah masih bernyawa kan? Mesti sekarang dia berdiri depan saya kan? Mesti ibu tak benci saya kan? Semua salah saya." Aku menekup wajahnya yang muka basah dengan air mata.

Zavier di sebelah menarik aku ke dalam dakapannya sebelum lengan aku diusapnya perlahan.

"Bukan salah kau. Ini semuanya takdir yang tertulis. Stop salahkan diri sendiri. Aku tak suka tengok kau terseksa macam ni. Aku jadi sakit juga."

Aku mendongak memandangnya sayu. Zavier, siapa sebenarnya kau? Kenapa kau selalu ada untuk aku lately ni? Dan paling penting kenapa kau?

"Jangan terlalu fikirkan semua benda sekaligus dan jangan persoalkan takdir Allah. Mungkin ada hikmah semuanya berlaku. Dan mungkin ada sebab Allah titipkan aku untuk kau." Tahu je mamat ni aku bermonolog sendiri memikirkan hadirnya yang tiba-tiba.

"Zea! Buka pintu ni!" Pintu bilik aku diketuk berkali-kali.

Terkedu aku di situ. Alamak! Zavier macam mana? Aku mencari idea untuk menyoroknya, lantas aku menariknya ke bawah katil. Zavier merelakan sahaja dirinya.

Aku menghelakan nafas panjang sebelum pintu bilik dibuka oleh aku. Terpampang satu wajah bengis milik ibu aku.

Pang!

Satu tamparan diberikannya pada aku. Tangan kanan ku naik menyentuh pipi aku yang ditamparnya tadi. Perit dan sakit terasa.

"Kau nak bunuh adik kau ke? Kau tahu kan dia allergy dengan udang. Kau letak kenapa? Kau memang sial lah." Tubuh aku ditolak sehingga jatuh ke lantai. Badan aku menjadi tempat sepak terajangnya.

"Ibu sakit ibu. Zea sakit ibu..."

"Kau memang anak si*l. Aku akan pastikan ku mati hari ni. Anak tak guna!"

Aku merengkuk menahan sakit pukulannya. Mata aku bertentangan dengan Zavier yang menyorok di bawah katil.

Aku cuba ukirkan senyuman pahit bagi menutup rasa sakit aku. Aku cuba sampaikn padanya yang aku okay dan masih boleh bertahan.

Dapat aku lihat muka Zavier yang mula memerah menahan marah. Belum sempat aku menghalang, dia terlebih dahulu menarik ibu menjauhi aku.

"Stop it! STOPPPP!" Itulah jeritan terakhir yang aku dengar sebelum semuanya gelap.

Mungkin ini pengakhirannya?

KHAYALAN | COMPLETEDWhere stories live. Discover now