Bab 56

470 16 1
                                    

"Sayang.Abang datang ni." Cikgu Asyraf menghampiri Nayra yang seolah olah seperti mayat hidup.Dia terus duduk dan memegang tangan Nayra

"Maafkan abang.Abang tak tahu kenapa abang benci sangat sangat dengan sayang.Bangunlah sayang.Abang rindu nak berbual,nak bermanja dengan sayang." Air mata kelelakiannya mengalir di pipi.Dia terus mencium tangan Nayra dengan cukup lama seperti dia ingin melepaskan kerinduannya.

"Sayang,abang ni jahat ke? Sampai sayang jadi macam ni disebabkan abang." Dia kini tak takut untuk menangis.

"Asyraf mari makan Asyraf.Sejak Nayra balik rumah ni Asyraf tak makan pun mummy risau Asyraf jatuh sakit pulak." Puan Maria yang menjenguk Cikgu Asyraf dan Nayra dari pintu sahaja.Sedih dia melihat menantunya begitu.Makan tidak berselera dan segalanya tidak terurus.Cikgu Asyraf juga meminta cuti sehingga Nayra sedar kembali.

"Mummy pergilah makan dulu.Nanti pandai pandai lah Asyraf makan.Saya nak tunggu Nayra sedar lepastu boleh makan sama sama." Sayup sahaja suara Cikgu Asyraf.Puan Maria dah tidak tahu ingin buat apa lagi.Dia hanya mampu mendengar kata Cikgu Asyraf kerana dia tidak ingin memaksanya.Puan Maria pun kembali menutup pintu.

_____________________________

"abang..abang bangun" Nayra mengejut suaminya yang masih dibuai mimpi.Sudah lebih 2 bulan Nayra tidak sedarkan diri selepas kemalangan hitam itu.Kini dia sedang menunggu panggilan untuk mengambil ujian SPM.

"sayang pandang apa tu?"Cikgu Asyraf memegang tangan isterinta.Nayra tersedar dari lamunannya itu lalu memberikan senyuman kepada suaminya

"jom sarapan.Yang lain dah dekat bawah dah." Cikgu Asyraf mengangguk dan terus bergerak ke tandas untuk membasuh muka.Selepas selesai membasuh muka,dia dan Nayra turun ke ruang makan.

_____________________________

"amboi macam pengantin barulah adik tengok angah dengan abang Asyraf.Kan Long?" Melissa mengusik Nayra sambil mencuit Aniq untuk memberi sokongan

"betul tu.Apa lagi bawaklah Nayra pergi bercuti mana tahu lepas ni anak anak kau dapat adik baru." Aniq mengusik mereka.Merah padam muka Nayra menahan usikan tersebut.Dia terus duduk di kerusi yang kosong dan mencedok makanan.

"Betul tu Asyraf.Kamu bawaklah Nayra pergi bercuti bagi semangat dia naik balik.Pasal anak anak kamu ni jangan risau lah biar daddy dengan mummy jagakan." Kini Tuan Rosli memberi sokongan terhadap rancangan Aniq tadi.Cikgu Asyraf mengaru kepala

"Insyaallah daddy."

_____________________________

"sayang?"

Cikgu Asyraf membuka pintu bilik dan terus mencari isterinya.Dia bergerak ke balkoni dan ternampak Nayra sedang duduk seorang diri disitu.

"aip apa yang bermain dekat fikiran isteri abang ni?" Cikgu Asyraf duduk menghadap isterinya dan terus memegang kedua dua belah tangan isterinya.Nayra yang tersedar dari lamunan hanya tersenyum sambik mengelengkan kepala.

"sayang dah fikir ke nak bercuti dekat mana?"

"tak payah lah bang bazir duit pergi bercuti.Sayang dah okay dah.Kalau pasal anak tu,abang boleh tunggu sayang ready balik?" Nayra tertunduk sambil bermain main dengam jarinya sendiri.

"aipp apa fikir pasal anak pulak?abang nak gi bercuti dengan sayang untuk bagi sayang tenangkan fikiran lepastu kita boleh luangkan waktu bersama.Lagipun kita dah ada 4 orang anak dah sayang.Walaupun diaorang bukan keluar dari rahim sayang,abang tetap anggap diaorang macam anak kita sendiri.Dah takyah fikirkan pasal anak lagi.Kalau ada rezeki insyaallah Allah akan bagi." Cikgu Asyraf mengosok kepala isterinya dengan perlahan

"Dah jom teman abang pergi shopping nak?Dah lama sayang tak teman abang." Nayra mengangguk sambil memberikan senyuman

"okay go change your clothes.Abang tunggu kat bawah." Cikgu Asyraf meninggalkan Nayra dengan satu kenyitan mata yang membuatkan Nayra geli hati

_____________________________

"daddy nak pergi mana?" Auril bertanya selepas melihat Cikgu Asyraf turun ke ruang hadapan

"daddy dengan mummy nak gi dating kejap boleh?" Cikgu Asyraf memandang seorang demi seorang anaknya.Aniq menepuk bahu Cikgu Asyraf

"keluar jelah,aku dengan Nadhirah boleh jagakan anak anak kau.Lagipun eloklah kau bawak Nayra keluar mana tahu masa tengah jalan jalan tu semangat dia ada balik."

"daddy pergilah dating dengan mummy.Nak lama lama pun takpe." Arlin memberi cadangan untuk Cikgu Asyraf supaya keluar lama lama tapi Auril sudah membuat muka

"Boleh kan Auril?" Kini Cikgu Asyraf memandang anak bongsunya itu untuk meminta kepastian.Auril mengelengkan kepala

"janganlah lama lama daddy.Auril nak main dengan mummy.Dah lama Auril tak main dengan mummy." Cikgu Asyraf tersenyum melihat gelagat Auril

"Abang,jom sayang dah siap.Eh Auril kenapa muka monyok je ni??" Nayra tiba tiba muncul dan memberi reaksi pelik melihat muka Auril

"ni dia tak kasi daddy dengan mummy dia dating lama lama.Tapi angah tak payah risau nanti pandailah along pujuk dia.Dah sekarang pergilah dating." Lagak seperti menghalau mereka.Namun dalam hatinya dia terubat rindu untuk melihat adiknya kembali seperti dulu

"hah yelah, kitaorang pergi dulu." Mereka bersalaman sebelum Nayra dan Cikgu Asyraf keluar dari kawasan rumah itu.

_____________________________

"yang ni cantik tak?" Cikgu Asyraf menunjuk sepasang baju batik berwarna merah jambu ke Nayra

"cantik tapi abang sure ke nak warna pink? kan ada banyak warna lagi.Ni ke" Nayra menghulur sepasang baju batik berwarna hijau kebiruan.Cikgu Asyraf tersenyum

"abang saja je ambik warna ni.Abang tahu nanti sayang akan bagi warna yang sayang suka.Dah jom bayar.Lepasni kita pergi cari barang sayang pula." Cikgu Asyraf menarik tangan isterinya dan sebelah tangan lagi memegang baju baju yang dipilih.

_____________________________

"eh Asyraf,you buat apa kat sini?" Seorang perempuan menegur Cikgu Asyraf yang sedang ralit mencari buku

"eh Aisyah,takdelah i teman isteri cari barang dia." Jujur Cikgu Asyraf.Nayra yang dengar perbualan itu terus bergerak ke rak yang ada Cikgu Asyraf

"abang jom bayar.Sayang dah jumpa dah." Sambil menunjuk beberapa buah novel ke arah Cikgu Asyraf.

"ni ke isteri u Asyraf? muda." Aisyah berkata dengan nada sinis

"yes,she is.Takpelah Aisyah i gerak dulu.Assalamualaikum." Kata Cikgu Asyraf lalu memegang bahu isterinya dan bergerak ke kaunter berdua.

"Sapa perempuan tadi?"

"Kawan masa sambung belajar dulu.Tak sangka pula dia masih ingat abang."  Nayra mengerakkan bibir seakan akan memerli suaminya.Selesai membayar,mereka terus keluar dari kedai buku itu.

"Sayang ada nak pergi mana mana lagi?" Nayra mengelengkan kepala

"Okaylah jom kita balik.Abang pun tak larat dah ni.Nanti sayang urut abang boleh?" Nayra hanya mengangguk tanpa mengeluarkan suara.Cikgu Asyraf perasan akan perubahan itu tapi dia hanya senyap

_____________________________

sampai sahaja didepan rumah keluarga Nayra,Cikgu Asyraf mematikan kereta.Nayra denbuagan pantas ingin membuka pintu namun ditahan oleh Cikgu Asyraf

"dear,are you okay?" Akibat tangan Nayra yang ditarik tadi membuatkan Nayra terduduk kembali.Tangan Cikgu Asyraf masih setia memegang tangan isterinya sambil memandang tepat ke anak mata Nayra

"okay jelah.Jomlah masuk." Dengan nada agak kasar Nayra menjawab

"sejak bila sayang pandai cakap kasar dengan abang ni?" Cikgu Asyraf menjongketkan sebelah keningnya.Nayra menghela nafas panjang

"sorry tak ada niat nak berkasar.Dah jomlah sayang penatlahh." Cikgu Asyraf hanya menurut kata kata Nayra dan mereka keluar dari kereta.

GURU SUKAN KU SUAMI KUWhere stories live. Discover now