1.Part Time Job

242 6 0
                                    

  "Aisya, kenalkan ni Shafiqa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aisya, kenalkan ni Shafiqa. Dia kawan sekerja kamu yang baru, harap kamu mampu ajar dia ya?" Kata Kak Hanis iaitu Manager Sweet Cafe.

"Oh, Assalamualaikum Shafiqa selamat datang ke Sweet Cafe dan semoga kita dapat jadi rakan sekerja yang baik." Sambutnya dengan senyuman.

"Waalaikumussaam Aisya." Jawab Shafiqa pula lalu mereka berdua berjabak tangan dengan mesra.

" Cantik nama awak, Aisya. Kenapa tak jadi Aisyah terus?" Tanya Shafiqa bagi mencipta satu hubungan baik antara mereka berdua.Kemesraan itu menbuatkan Kak Hanis mula lega.

"Saya pun tak tahu, sebab nama ni arwah ibu saya yang kasi untuk saya." jawapan itu hanya membuatkan Shafiqa menganggukkan kepalanya sahaja.

"eh, kenapa muka macam tu Shafiqa? Jangan risau, saya tak apa-apa." Perasan dengan air muka Shafiqa yang mula berubah, cepat sahaja gadis itu menegur.

Bagi seorang Aisya Iliana, dia sangat benci dengan wajah bergitu. Wajah simpati terhadap dirinya, sebab itu kebiasaanya dia tidak memberi tahu orang lain bawahawa dia sudah tiada ibu kandung. Mengapa ibu kandung?

Hal ini kerana, setelah empat bulan pemergian arwah ibunya, ayahnya sudahpun menjumpai pengganti yang juga mempunyai anak sebaya dengannya iaitu lima belas tahun.

Sangat malang nasib seorang Aisya Iliana, baru kehilangan ibu terus dapat ibu yang baru. Sangkaanya ibu tirinya itu baik, indah khabar dari rupa, ibu tirinya itu suka menyiksa dirinya sehingga ayahnya juga tidak ambil peduli dengan perkara tersebut.

Pernah waktu dia tingkatan empat, tidak dapat ke sekolah akibat dipukul oleh ibu tirinya itu. hanya kerana dia lambat membancuh air untuk dua beranak tu, dia dipukul habis-habisan sehingga tidak dapat berjalan.

"Kalau nak lap meja guna kain apa Aisya?" Soal Shafiqa yang mengalihkan lamunan Aisya Iliana itu tadi.

"Oh, ermm, ermmmm." Wajah terkejut Aisya Iliana membuatkan Shafiqa tertawa.

"Hey, kenapa ni? Tak fokus sebab fikirkan boy friend lah tu ye?" Usik gadis tinggi lampai berambut perang itu.

"Eh, mana ada Shafiqa. Aisya tengah fikir bajet bulan ni lah, rasa macam jauh lari ni."

"Kalau lari, kejar balik. Kalau penat kita jalan kejap lepas tu kejar balik." Seloroh Shafiqa.

"Ei, pandai ye dia usik kita." Aisya Iliana ringan sahaja tangannya menggelitik peruk Shafiqa. Buat masa ni boleh mereka bergurau, maklumlah orang tak ada lagi yang lalu di depan Cafe.

"Kalau bajet lari, buat lah kerja lain di waktu malam. Nak ikut Fiqa kerja malam ni? dekat Cafe macam ni juga."

"Hemmm, menarik tu Shafiqa. Pakaiannya macam mana? Maaflah tanya, sebab Aisya kan pakai tudung bidang enam puluh macam ni. Jadi segan pula." Aisya Iliana memang dididik dari kecil oleh ibunya untuk memakai tudang yang labuh dan menutup aurat dengan sempurna. Tambahan pula, dia jarang memakai seluar tetapi lebih selesa berjubah dan berbaju kurung.

Angel Untuk Devil [SU]Where stories live. Discover now