2.Cameron

109 9 0
                                    

  Cahaya matahari yang menembusi kaca lalu masuk ke dalam bilik gelap itu telah mengganggu tidur Aisya Iliana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Cahaya matahari yang menembusi kaca lalu masuk ke dalam bilik gelap itu telah mengganggu tidur Aisya Iliana. Berkerut wajah itu sebelum matanya dibuka perlahan.

Beberapa saat kemudian, dia merenung atap rumah lalu matanya dibawa ke dinding yang bewarna hitam dan diukir dengan warna keemasan dengan corak yang tidak terlalu banyak.

Buntang mata gadis itu apabila mengetahui bahawa dia tidak berada di tempat tidurnya.

Badannya diraba-raba, hampir menjerit namun kelu apabila mendengar suara serak di hadapannya itu.

"Puas tidur? Kenapa tak tidur sampai minggu depan je?"

"S-siapa awak? Mana tudung saya!? " Tangannya sudah menarik comforter menutupi seluruh tubuhnya dan menyisakan mata yang tak tertutup.

"Kau dah kenapa? Tak reti berterima kasih? Dah, jom ikut aku turun bawah."

"Tudung saya? "

"Tudung dan baju kau , mak cik Irfa basuhkan. Jom turun, aku lapar ni jangan sampai aku makan kau. "

"Huh, makan saya? Awak pemakan daging manusia ke!? Macam mana saya nak turun kalau baju saya singkat macam ni lepas tu tudung saya tak ada. Satu lagi, siapa gantikan baju saya? Lepas tu awak ada buat apa-apa ke terhadap tubuh saya? " Kalah mesih bertih jagung apabila Aisya Iliana bercakap, sampaikan Veron Kaiser naik bosan.

"Soalan aku sekarang satu je, kau nak makan atau tak? " Tanya lelaki itu tanpa memandang wajah gadis di hadapannya itu, nak pandang apanya semua tertutup dek comforter.

"Nak, tapi... " Belum habis ayatnya, Veron Kaiser terlebih dahulu melangkah keluar daripada bilik itu tanpa memberi penjelasan kepada Aisya Iliana.

"Awak tunggu, saya ikut! " Aisya Iliana berlari anak mendapatkan Veron Kaiser sambil badannya diselubung, malu.

"Wahhhhh. " Ternganga mulut Aisya Iliana apabila pandangannya dihidangkan dengan keadaan rumah yang luas dan tenang. Terlihat dinding rumah yang hanyalah beralas kaca dan berlantai seramik hitam berkilau.

Langkahnya diteruskan lagi ke tingkat bawah, terdapat dinding yang bewarna putih dan bercorak bunga-buangaan bewarna hitam dan emas. Terdapat beberapa perabut mewah yang tersusun rapi.

Aisya Iliana pandang ke arah Veron Kaiser yang sudah duduk di meja sambil membuka telefon itu.

"Awak, buat apa kat sini? " Soal Aisya Iliana, polos.

"Nak main bola, asal? Kau nak join? "
"Tak, tapi kan ni meja makan. "

"Tahu pun meja makan, yang kau sibuk duk tanya lagi tu dah kenapa? "

"Saya tanya je. " Katanya dengan suara yang direndahkan.

"Makan, bila kau makan aku akan jawab semua pertanyaan dalam kepala lutut kau tu?"

Angel Untuk Devil [SU]Where stories live. Discover now