5.Ikatan

32 3 0
                                    

 

  Hening,  itu yang boleh digambarkan waktu ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

  Hening,  itu yang boleh digambarkan waktu ini.  Tiada suara lain kecuali suara alam yang menyanyi-nyanyi di tempat itu apabila melihat seorang lelaki separuh usia berbaju kemeja kotak putih yang lusuh bersama dengan seorang wanita berbaju kebaya merah keluar daripada van lama itu.

  Veron Kaiser mengecilkan matanya beberapa kali untuk melihat dan memproses ingatannya tentang siapa yang sedang mendekati mereka itu. 

  "Assalamualaikum,  pak cik dan mak cik.  Apa niat datang ke mari? " Tanya Danish Hazik sebagai pemula.

  "Anak aku,  anak aku mana? " Tanya lelaki itu dengan suara garaunya.

  "Anak?  Eh,  pak cik.  Di sini bukan tempat mengasuh,  sekolah atau kolej ya.  Ni rumah,  sudah terang-terang bentuk binaan bangunan ini seperti rumah.  Engkau cari anak kat sini buat apa? " Tegas Veron Kaiser apabila salam sahabatnya tidak dijawab.

  Dua manusia tua itu hanya tergelak sinis mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Veron Kaiser.

  "Apa yang lawak orang tua? "

  "Uish bodoh,  kasar sangatlah kau dengan orang tua." Marah Danish Hazik.

  "Kisah pulak aku?  Zaman sekarang macam ni lah,  nak dihormati namun diri sendiri tak tunjuk teladan.  Senang,  kau kasar,  aku pun ikut kasar. " Bidas Veron Kaiser sambil menjeling kedua-dua tetamu tak diundang itu.

  "Aku tanya sekali lagi ya budak-budak,  anak aku mana?  Aku tahu dia ikut kau sebab ramai orang kampung duk mengata!  Anak dara aku ikut penipu, perompak dan pembunuh macam kau!"

  "Anak kau?  Oh,  budak yang aku jumpa penuh dengan lebam dan luka di badan tu ke?  Oh,  mengaku anak pulak orang tua ni? Aku ingatkan,  kau pukul dia separuh mati sampai tak boleh berjalan dengan betul budak tu,  kau dah buang dia." Balasan pedas daripada Veron Kaiser.

  "Aku cakap aku nak aku nak lah! " Katanya sambil melulu ke arah pintu rumah agam Veron Kaiser namun ditahan Danish Hazik.

  "Biarkan orang tua tu Nish.  Dia nak anak dia,  ambillah.  Tapi jangan menyesal kalau kau berdua tidur dalam kubur malam ni. " Pedas kata-kata Veron Kaiser.

  "Hey budak tak guna,  kau nak lacurkan anak kami kan?  Sebab tu kau nak sangat dia.  Aku dengan bapak budak tu tak kisah sangat lah pasal tu,  tapi kami banyak rugi lah.  Kau nak dia,  dipersilakan lah budak.  Tapi,  aku nak kau bayar dulu.  Sebab,  kami yang membesarkan dia dan banyak habiskan tenaga serta duit untuk dia.  Jadi,  sanggup tak? " Tiba-tiba sahaja wanita itu bersuara.

  "Tapi,  saya nak Aisya balik. "

  "Abang,  dia dah banyak menyusahkan kita.  Memalukan kita pulak tu,  awak nak ke orang kampung duk mengata yang anak kita ni ikut jantan keluar sana sini?  Budak baru habis sekolah,  dah menggatal dengan jantan?  Abang,  lebih baik kasi sampah tak guna tu dekat diorang,  lepas tu kita suruh diorang bayar. " balasnya,  sombong.

Angel Untuk Devil [SU]Where stories live. Discover now