4.Malam

64 4 0
                                    

  Cahaya pagi yang memancar menusuk mata Aisya Iliana memaksa gadis itu untuk membuka mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


  Cahaya pagi yang memancar menusuk mata Aisya Iliana memaksa gadis itu untuk membuka mata.  Angin lembut menampar pipi mengganggu tidur yang panjang.  Aisya Iliana cuba membuka matanya walaupun kantuk masih menawan diri.

  Hampir terjerit kuat dia apabila melihat wajah seseorang lelaki yang telampau dekat dengan dirinya.  Cukup beberapa inci sahaja lagi,  wajah mereka bersentuhan.

  "A-awak!? " Aisya Iliana menolak tubuh masculine yang hampir menindihnya itu.

  "Lah,  hidup lagi?  Aku ingat dah mati. " katanya sambil menyingsing lengan baju kemeja, kemas.

  "S-saya.. "

  "Kau dekat rumah aku,  jangan takut aku tak makan orang.  Lagipun,  kalau makan kau bukannya kenyang.  Banyak tulang dari isi. " Seakan-akan sudah tahu soalan gadis kecil di hadapannya ini,  Veron Kaiser menjawab.

  "Awak... "

  "Sebelum kita sembang panjang lagi,  lebih baik kau makan ubat ni dulu sebelum aku yang sumbat ubat ni dalam mulut kau.  Kalau aku yang sumbatkan,  satu botol boleh habis pagi ni. " Potong Veron Kaiser lagi sambil menghulurkan sudu yang sudah berisi ubat itu kepada Aisya Iliana. 

  Tanpa ragu,  Aisya Iliana menyambut huluran itu lalu dimakan ubat yang diberi oleh Veron Kaiser.  Veron Kaiser menyembunyikan senyumannya apabila melihat telatah Aisya Iliana yang mengerutkan wajahnya untuk menghabiskan baki ubat yang ada.

  "Dah. " Aisya Iliana pantas menghulurkan sudu yang sudah kosong itu.

  "Siapa pukul kau ni?  Teruk betul kau kena. " Veron Kaiser melabuhkan duduknya di birai katil dekat dengan kaki Aisya Iliana.

  Tangannya tidak tinggal diam,  malah cuba menyelak comforter yang menutup hampir separuh badan Aisya Iliana itu.

  "J-jangan,  awak nak buat apa? " Larang Aisya Iliana sambil menyambar lengan Veron Kaiser.

  "Kaki kau cedera teruk,  aku nak cuci luka yang belum kering.  Nanti bernanah,  kau nak ke kaki kau bernanah.  Dahi dan muka kau pun aku nak sapu ubat nanti. " Jawab Veron Kaiser tanpa memandang wajah Aisya Iliana yang sudah berkerut seribu itu.

  "Awak,  tak nak cerita macam mana saya boleh ada dekat sini?  Siapa awak sebenarnya? Kenapa awak selalu ada untuk saya? " Soalan bertubi-tubi diberi Aisya Iliana yang dahagakan kepastian.

  "Kau dah nampak segalanya semalam?  " Wajah beku itu diarahkan kepada Aisya Iliana.

  "Semalam? " Tidak gerun,  Aisya Iliana menjawab.

  "Ya, semalam. " Jawab Veron Kaiser dengan datar.

  "S-saya... " Hilang seribu kata.

  Tanpa sedar, Veron Kaiser perlahan-lahan mengeluarkan sesuatu yang berwarna hitam dari poketnya.

Angel Untuk Devil [SU]Where stories live. Discover now