4 : The Red Rose

201 40 3
                                    







PUTERA Arsalan menatap Rosella tidak percaya. Seluruh dewan juga masih tergamam dan terbungkam, masing-masing terkelu seribu bahasa. Beberapa orang bangsawan mula berbisik sesama sendiri, ada juga yang tertawa memperlekehkan.

"I'm sorry but I can't dance─

"It's okay, I can teach you."

Rosella memfokuskan pandangannya pada arah belakang. Lima orang lelaki tadi masih menanti masa yang sesuai untuk mereka memulakan serangan. Dia harus mengulurkan masa untuk memerangkap mereka semua, fikir Rosella.

"It's not about that, milady... I─

Tanpa menunggu jawapan dari Putera Arsalan, dia terus meraih tangan jejaka itu lalu dia memulakan gerak tarinya di atas lantai marmar. Matanya masih setia memandang kelima musuh yang setia menantinya.

"My lady, I can't touch you!"

"You are not.. .you wore a glove, remember?"

Rosella memandang putera di hadapannya dengan pelik, jijik sangat ke dia ni nak sentuh aku? Bisik hati Rosella.

"My lady, please let me go I─

"Shhh!" Rosella meletakkan jari telunjuknya di atas bibir jejaka itu. Tersentak si putera dibuatnya. Dengan spontan, lelaki itu menepis kasar tangan Rosella.

Rosella hanya bersahaja, sikitpun dia tidak terkilan dengan perbuatan lelaki itu.

Dengan selamba dia meraih tangan Putera Arsalan itu lalu dia mula berpusing membiarkan dirinya hanyut di dalam melodi nada yang terus berlagu menemani suasana.

Bunyi alunan violin menyatu bersama lantunan indah piano, ianya terus bersenandung merdu melamar suasana yang menghangat.

Gemersik tari Rosella tenggelam di dalam iringan itu seolah dirinya dibuai alunan yang terus mendayu. Dia menggerakkan lagi tubuhnya mengajak si putera untuk berdansa sama, jejaka itu cuba lagi untuk menolak namun Rosella hiraukan sahaja.

Apabila alunan gemersik nada mula mencapai not klimaks, Rosella melajukan gerak tarinya. Sedang orang ramai terleka, dia langsung mengambil dua bilah pisau belati yang tersembunyi di sebalik gaun merahnya.

ZAPP! Diayunkannya pisau belatinya itu tepat mengenai seorang jejaka yang cuba menyelinap secara senyap dari belakang tubuh Putera Arsalan. Lelaki itu mencuba untuk menikam Putera Arsalan dari belakang.

"AARGHHHHH!" suara jeritan dari beberapa wanita bangsawan kedengaran berselangan satu sama lain, suara pekikan yang bersahut-sahutan itu terus bergema di seluruh pelusuk dewan ballroom.

Dalam masa beberapa detik sahaja, suasana yang tadinya meriah diselangi alunan nada serta tawa kini bertukar menjadi medan pertarungan yang ditemani tumpahan darah.

ZUPPP! Dilontarnya lagi pisau belatinya tepat mengenai bahu musuh yang cuba menyerangnya dari arah belakang. Rosella menarik lengan Putera Arsalan menyuruh lelaki itu untuk berdiri di belakangnya.

"ARGHH! SHIT!" lelaki itu meronta penuh kesakitan.

Seorang lagi musuh cuba menyerang Rosella dari arah sisi, namun tangkas sahaja dia menepis serangan itu. Rosella terus berundur beberapa langkah ke belakang, dia harus lebih berjaga-jaga.

Tangan kanan dan kirinya memegang kunai, Rosella berdiri di tengah-tengah sementara lima orang musuh mengepung dirinya. Rosella membuka kuda-kudanya, bersiap sedia untuk melakukan serangan sekiranya musuh membuat sebarang pergerakan.

"HOW DARE YOU BITCH!" musuh dari kiri menyerang terlebih dahulu, dia menghayun pedangnya tinggi cuba melakukan tebasan kuat.

KLANG! Rosella menangkis serangan itu dengan tangkas, pisau yang berada pada tangan kanannya sedaya upaya menahan muka pedang sementara pisau yang berada pada tangan kirinya pula terus dihayun laju ke arah musuh.

Assassin in Mission : Red RoseWhere stories live. Discover now