5 : Gold Digger

235 40 6
                                    








           PUTERA Arsalan mencelikkan mata. Dia bangkit dari pembaringan sambil tangan tidak berhenti dari mengurut-urut pelipis. Kepala digerak-gerakkan cuba menghilangkan rasa lenguh pada tengkuk.

"Arghhh!" terjerit kecil dia tatkala terpandangkan seorang wanita yang tidak lepas dari menatapnya sejak tadi.

Dia mengusap dada yang berdegup kencang, serasa mahu tercabut sahaja jantungnya di kala itu.

Rosella masih menatapnya, tampak serius sahaja rautnya itu. Matanya terus dicerlungkan tajam, bagaikan mahu tembus sahaja direnungnya lelaki itu.

Mata mereka saling bertautan, persis batu magnet yang saling bertarikan satu sama lain. Jauh utara dan selatan dipisahkan, mereka tetap sahaja dipertemukan kembali di bawah naungan hukum fizik.

Sedar akan kealpaannya, jejaka itu lantas melarikan pandangannya. Akhirnya tatapan dua pasang mata itu terpisahkan jua.

Si putera mula meneguk air liur kesat. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati.

Sudah lebih lima minit mereka berkeadaan begitu, hanya kebisuan sahaja yang masih setia menemani suasana. Satu kata pun tidak terlafaz.

Rosella masih lagi setia merenungi wajah yang tidak lagi dibaluti dengan topeng, jejaka itu memang kacak. Sekacak ukiran patung granit yang dipuja-puja oleh orang Greek.

Rambut hitam pekatnya itu sudah mampu menyaingi kegelapan yang bertamu di malam hari. Alis matanya yang cantik persis lakaran lukisan di atas kertas. Kulit wajahnya juga tampak sangat licin, bahkan patung porcelain pun bisa cemburu jika menyaksikan keaslian milik jejaka ini. Bibirnya merah, semerah buah cherry yang diusik embun di pagi hari.

Namun, apa yang sudah menarik perhatian Rosella adalah sepasang mata biru itu. Mata biru yang mampu menandingi keindahan di lautan alam, kebiruannya itu seakan memancarkan deruan ombak yang berdansa setiapkali angin menampar mukanya.

Jikalau pun hiperbola ingin bermadah, pasti hiperbola bakalan tewas dalam menukilkan ketampanan magis jejaka itu.

Rosella sendiri juga cemburu.

Lelaki itu mula berasa tidak selesa apabila dirinya terus-terusan direnung oleh wanita asing itu. Sejak tadi lagi wanita itu masih merenungnya tidak henti, bagai nak tembus sahaja renungan sepasang mata itu persis sinaran lazer yang mengeluarkan cahaya merahnya.

"Err, do you want to say something?"

Rosella tidak menjawab. Raut tidak senang gadis itu menimbulkan rasa tidak enak di hati si jejaka.

Diramasnya kasar rambutnya, si putera mula menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Tersadar akan sesuatu, tubuhnya mula menjadi statik. Membeku seluruh tubuhnya persis bongkahan ais di kutub utara, terkaku bagaikan pokok yang seringkali diusik angin lalu.

Jejaka itu tergemap seribu bahasa. Diraupnya mukanya dengan kasar, sekarang baru dia tahu mengapa wanita misteri ini menatapnya bagaikan harimau yang mahu membaham mangsanya.

"Who are you?" akhirnya bertalu juga pertanyaan penuh keramat itu. Kedengaran serius sahaja nada bicara seorang Rosella.

Lelaki itu senyap menyepi, sepatah pun dia tidak menjawab.

Masquerade yang tertanggal dari wajah lekas diraih, belum sempat tangannya mahu menyentuh objek itu─ Rosella sudah merampasnya terlebih dahulu.

"You are not the prince of Arsalan, tell me who the f*ck are you..." Rosella memicingkan matanya.

Lelaki itu tampak serba salah mahu mengeluarkan suara, sempat dia menggigit bibirnya nipis.

"You won't tell me? Okey then, my mission ended here..."

Rosella bangkit dari duduknya.

Baru sahaja Rosella melangkah mahu meninggalkan lelaki misteri itu sendirian─

"Wait, Red Rose..."

Rosella tersentak, dia berpaling semula ke belakang.

"Oh... so, you do know me all along?" Rosella melepas tawa sinisnya.

"Yes, I do..." lelaki itu berbisik sayup.

"Red Rose, I need your help." Kemudia dia menyambung lagi ayatnya.

"Look, my mission is to protect the prince of Arsalan but right now... he's not here. So, my mission is no longer..."

Rosella berjeda.

"Do you get what I'm trying to say, right?" sambungnya.

"Red Rose, please listen to me just this once..." lelaki misteri itu cuba memujuk lagi.

"Why should I? You are not the prince!" Rosella melenting, panas hatinya sekarang ini.

"I do get why you are mad, but I'm here under his command... I work for the prince." Lelaki itu cuba menerangkan sebaiknya, dia tidak berniat untuk memperdaya seorang pembunuh bayaran bergelar Red Rose itu.

"You work for him? Does he trying to fool me?!"

"No, I act according to his plan. I'm here as a double body to lure out and bait the enemy. I'm sorry for not telling you..."

Lelaki itu memohon maaf di hadapan Rosella, sungguh dia tidak berniat mahu memperbodohkan seorang Red Rose.

Rosella melepas keluhan besarnya. Rambut panjangnya diraup kasar ke belakang. Dia masih tidak dapat menangkap situasi yang sedang dihadapinya sekarang ini.

"What are you here for? What's your plan?"

"I'm planning to dethrone the prince of Hyland..."

"Huh?! What the heck am I hearing?" naik seoktaf suara seorang Red Rose.

Rosella memicit pelipisnya.

"Nah, can't do. It has nothing to do with me, and it's none of my business. I won't help you." Rosella membuka langkahnya, berura-ura dia mahu beredar dengan segera dari situ.

"100 thousands gold!"

Langkah kaki dimatikan. Rosella berpaling ke belakang.

" What do you mean?" Rosella mengerutkan dahinya.

"Your payment." Lelaki itu menjawab.

"You think I'm a pushover?" tanpa menghiraukan lelaki itu, Rosella terus sahaja membuka langkahnya.

"300 thousands gold!"

Rosella mendengus kecil, diputarkannya bebola matanya tanda jengkel. Dia ingat aku ini gold digger kah?

"500 thousands gold!"

Digeleng-gelengkannya kepalanya, you won't win me easily! Bisik hati kecil Rosella.

"1 billions gold!"

DUNG! Termati serta merta langkah kakinya mendengarkan angka nombor sebanyak itu. Rosella menatap lelaki itu tidak percaya. Mulutnya terlopong luas , matanya saat ini barangkali sudah dilakari dengan simbol mata wang persis cerita animasi di kaca tv.

"D-deal?" si lelaki yang tidak mahu melepaskan peluang cuba memancing Rosella, diangkatnya tangannya ke udara lalu jari telunjuknya iti dihalakan pada Rosella.

Rosella membuka langkahnya dengan kencang, penuh membara dia berjalan cuba merapati arah lelaki itu.

Setibanya Rosella di hadapan lelaki itu, dia langsung sahaja menarik kolar baju si jejaka dengan kasar. Raut yang terlakar pada wajahnya juga tampak menyeramkan sahaja, cuak lelaki itu dibuatnya.

"Are you trying to seduce me, are you?!"

"Eh? I'm sorry I didn't meant to─"

"Of course I accept the deal! Now, tell me detail!"

"Eh?!"


















          

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 02, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Assassin in Mission : Red RoseWhere stories live. Discover now