| D•05 |

92 6 36
                                    

"Pengantin baru, pengantin baru! Pom pom pom pom! Kompang dipalu, pengantin baru!"

Uwais. Hati siapa sahaja yang tidak gembira apabila mendapat khabar si sahabat telah berkahwin. Beg laptop diletakkan di atas meja, sebelum sebelah tangannya lagi mencapai sekeping karipap.

"Pengantin baru, pengantin baru. Pengantin baru, tersipu malu."

Tak habis-habis mengusik. Qayyum hanya diam, sambil tangannya menyuap masuk karipap ke dalam mulut.

"Tahniah sahabatku atas perkahwinanmu yang mengejut. Nasib baik aku tak kena heart attack. Wah, kau dah jumpa tulang rusuk kiri kau. Aku bila lagi?"

Uwais menongkat dagu. Membayangkan nasibnya yang masih single sampai sekarang. Sedangkan sahabatnya kini sudah bahagia. Sungguh tak adil! Ke mana perginya janji-janji manismu untuk naik pelamin bersamaku! Sungguh, janji manusia itu dusta.

"Siapa insan bertuah tu, Qay?" Uwais bersungguh-sungguh ingin tahu. Itulah, bila orang jemput datang ke majlis, macam-macam alasan dia berikan.

Qayyum tidak membalas. Hanya meneruskan proses memecahkan makanan di dalam mulut. Kata orang tua-tua, makan jangan bercakap. Nanti ada yang menumpang sekali.

Melihatkan Qay yang tidak memberi respon, Uwais mengherot bibir. Mendesis perlahan. Mata dijuling ke atas, tanda menyampah.

"Wah semenjak dah kahwin ni, auto lupa kawan. Sombong betul. Orang tanya, bukan nak jawab. Kok dighosting."

"Bukan ghosting. Pokoknya, nggak elok makan sambil bercakap. Harusnya kalau aku tercekik, kamu mau kasi aku CPR?"

Uwais senyum hambar, cover malu. Setepek kena, cuak terus muka.

"Lembap betul kau makan. Macam perempuan. Siput piggy jalan pun lagi laju."

"Biar lambat, asal selamat."

Sudah, cukup! Ini semua timos!

Uwais mengiyakan sahaja. Malas nak berperang mulut. Sebab dia tahu, dia pasti kalah.

"Isteri aku, Nur Cahaya Medina."

Terus bersinar mata Uwais. Tahu soalannya telah dijawab.

"Cun tak?"

Qayyum geleng kepala. Uwais memang tengok rupa. Nak yang cantik je. Ish ish ish.

"Firman Allah dalam surah At-Tin, ayat 4 yang bermaksud: Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."

Uwais jungkit kening. Cuba mentafsir maksud kata-kata Qayyum.

"Semua ciptaan Allah itu indah. Jadi, kenapa kita perlu persoalkan kecantikan seseorang?" Qayyum senyum , sengaja ingin memerli Uwais.

Fuh, panas. Hareudang, hareudang!

"Alhamdulillah. Ya Allah, beruntung sungguh Nur Cahaya Medina mendapat suami seperti kamu wahai Qayyum Muhaimin." Uwais menayangkan senyum lebar. Pedih juga hati apabila diperli. Tetapi, benarlah apa yang diperkatakan oleh Qayyum tadi. Manusia adalah sebaik-baik kejadian.

Rasa macam nak ketuk je kepala, ada ke patut tanya isteri orang lawa ke tak? Ni nasib baik Qayyum. Kalau ketua gangster? Memang jadi arwah lah nampaknya.

*Puk!*

"Opocot mak kau janda, bapak aku duda!"

Terhinjut bahu Uwais apabila meja yang diduduki mereka dihentak oleh seseorang. Qayyum yang berada di hadapan hanya beristighfar. Menyembunyikan riak terkejut.

Uwais mengangkat wajah, ingin melihat gerangan si pengetuk meja. Sesuka hati je buat anak teruna orang terkejut.

Dari matamu, matamu,
Ku mulai jatuh cinta🎶

Melodi cinta bermain di kepala, hati berbunga tatkala melihat sepasang mata indah yang kini sedang menatapnya. Pandangan itu menusuk terus ke dalam hati.

Menyedari dia berada di awangan, cepat-cepat Uwais mengalihkan pandangan. Beristighfar semaksimum mungkin.

"M-Medina?" Soal Qayyum.

Seraya namanya disebut, anak mata Medina terus membulat. Senyuman paling manis dia terbitkan, tahi lalat di bawah mulut menambah seri wajah.

"Hai suami saya!"

Seperti kanak-kanak ribena, dia menjerit. Bahagia sungguh melihat suami di depan mata.

"A-awak buat apa kat sini?"

"Saya cari awak. Rindu. Hehe."

Uwais seperti rusa masuk kampung. Terpinga-pinga. Memandangkan dia sendiri tidak tahu status mereka berdua, maka dia hanya memasang telinga sahaja.

"Wais, ni la isteri aku. Medina."

Ternganga besar Uwais dibuatnya. Lalat pun boleh masuk. Entah apa lah yang dia fikirkan. Mungkin seakan-akan tidak percaya Qayyum memilih gadis tidak bertudung sebagai isteri. Jauh berbeza daripada versi lelaki itu yang islamic.

"Hai Wais. Boleh bagi saya duduk dengan suami saya?"

Suara itu bertanya penuh lembut, tetapi mata tidak menipu. Tajam dan menyeramkan.

Telan liur sekali, dan Uwais meminta diri. Takut pula diterkam nanti. Meninggalkan pasangan mempelai itu berdua. Biarlah mereka bahagia.

Medina melabuhkan punggung di atas kerusi, duduk berhadapan dengan Qayyum. Dia berdehem sekali.

Perhatian Qayyum kini diberi kepada Medina. Dia juga terpinga-pinga.

"Saya cem-bu-ru!" Kedua-dua telapak tangan gadis itu menghentam perlahan meja makan. Wajahnya bertukar geram dan marah.

"C-cemburu?"

"Saya cemburu bila awak makan dengan orang lain!" Medina menarik muka, tangannya disilang ke dada.

"Tch..Lah, Uwais tu kan kawan saya. Lagipun dia lelaki. Nak cemburu apanya?"

"Awak jangan macam-macam eh. Sekarang ni zaman terbalik, LGBT berleluasa."

"Astaghfirullahalazim awak ni. Sampai ke situ pula fikirnya. Tak baik fitnah. Saya waras lagi."

"Hehe." Gelak sekali, kemudian senyap. Menongkat dagu dengan kedua-dua tangan, matanya tidak lepas dari memandang Qayyum yang sedang mengunyah makanan. Senyum tidak langsung lekang di bibir.

Menyedari tindakan Medina, membuatkan Qayyum tidak keruan. Apa lah yang difikirkan gadis itu agaknya.

"K-kenapa pandang saya? Ada apa-apa ke kat muka saya ke? Comot eh?"

"Ada. Jangan bergerak!"

Medina bangun sedikit, merapatkan diri kepada Qayyum. Telapak tangan kecilnya didekatkan kepada wajah jejaka itu, seakan-akan ingin mengalihkan sesuatu.

Qayyum statik. Tubuhnya mengeras. Hanya membiarkan Medina bertindak.

"K-kenapa Medina?"

"Ada..."

"Ada apa?"

"Ni!" Jari comel Medina membentuk mini love, bibirnya mengukir sengih lebar.

"I love you, suami saya!"

Wajah Qayyum berona merah. Sengaja Medina ingin mengusik. Membuatkan jantungnya berdegup kencang.

"A-awak belum m-makan lagi kan? K-kejap eh, s-saya beli makanan untuk awak. Tunggu sini, j-jangan p-pergi mana-mana."

Sekelip mata, bayang Qayyum hilang. Laju sahaja dia melangkah ke kaunter untuk membeli makanan.

Medina gelak sakan, suka melihat gelagat Qayyum. Sudah dia agak, suaminya itu memang pemalu. Hati mahu, tapi jual mahal. Klise betul.

Melihatkan susuk Qayyum yang sudah jauh, tawanya mati. Riak wajahnya bertukar sayu. Pada masa itu, hanya hati yang berbicara.

"Maafkan saya, Qayyum..."












DESTINYWhere stories live. Discover now