| D•13 |

77 7 131
                                    

Baru sahaja selesai perbincangan kerja kumpulan, Medina terus melunjurkan kaki. Agak penat dan keletihan. Sejak kebelakangan ini, dia sibuk menyiapkan tugasan kerja kursus berkumpulan. Minggu hadapan mereka perlu membentang di hadapan panel.

Pintu bilik dikuak perlahan. Menandakan ada orang masuk. Medina terlebih dahulu senyum apabila melihat susuk tinggi Qayyum melangkah menghampirinya.

"Dah siap kerja?" Soal Qayyum, sambil membawa mug merapati bibir. Hujan-hujan begini, memang kopi pilihan terbaik. Dia berdiri di sisi Medina.

Medina angguk dua kali, menandakan iya. Aroma kopi panas mencuri perhatian Medina. Kebetulan, dia juga sukakan kopi. Tanpa segan-silu, mug bertukar tangan. Medina memegang lengan mug dengan penuh lembut, sebelum mencondongkannya bagi membenarkan kopi masuk menuruni tekak. Qayyum berkerdip beberapa kali. Sesekali kepalanya digelengkan, memerhati sahaja perangai Medina.

"Ada dua kesalahan awak buat, Medina." Dua jari ditegakkan, membuat simbol kepada angka 2.

Tindakan Medina menelan air kopi terhenti. Matanya kini memfokus ke arah Qayyum dengan muka tanpa perasaan. Macam orang tak bersalah. Mug dilepaskan dari bibir seraya menyoal.

"Apa dua kesalahan tu?"

"Pertama, awak tak minta izin saya sebelum minum kopi dalam mug yang saya buat."

Medina sengih. Sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Kedua..?"

"Kedua, awak tak baca Bismillah."

Kelat wajah Medina kali ini. Terasa biji-biji kopi yang sudah larut terbentuk kembali menjadi pepejal. Menghalang udara daripada melalui anak tekak.

"Awak lupa yang ketiga." Kini tiba giliran Medina pula untuk bersuara. Qayyum jungkit kening.

"Saya dapat pahala sebab minum bekas suami."

"Lagipun...kan sweet kalau share cawan? Nak tau sebab apa?" Sambung Medina lagi.

"Sebab apa?"

"Sebab...dapat kiss indirect." Sengaja Medina menukar nada suara kepada berbisik. Biar nampak hot.

Terasa berbahang wajah Qayyum mendengar gurauan selamba badak Medina. Betullah kata orang, perempuan selalu menang. Hari ini menjadi bukti. Medina menang, dan dia kalah.

"Ke awak nak..kiss directly?"

Renungan Medina, mendalam. Terdapat titik-titik mengusik dalam matanya. Medina ini memang. Bergurau melebih-lebih.

"Urm tadi ummi call. Ummi kata ada buat kenduri malam ni. Kita..pergi eh?" Dengan pantas Qayyum menukar topik.

Medina menjulingkan mata ke atas. Sudah tahu dengan permainan Qayyum. Pandai sungguh dia mengelak.

"Mestilah saya kena pergi. Saya kan isteri awak. Habistu kalau bukan saya, siapa lagi?" Kertas kerja di atas meja disusun supaya kemas. Indah sikit mata memandang.

"Tak ada lah. Saya ingatkan awak banyak kerja malam ni."

"Patutnya ada kerja malam ni. Tapi, hold on dulu lah."

"Seriously? Kerja apa? Kalau macam tu, awak tak payahlah pergi. Awak siapkan je kerja."

"Nak tau kerja apa?"

"Kerja apa?"

"Kerja menggoda suami."

Qayyum mengeluh perlahan sebelum membuka beberapa langkah, menjauhi Medina. Terasa bahaya pula kalau duduk dekat-dekat.

DESTINYWhere stories live. Discover now