BAB 8 - ZACH

117 19 21
                                    

Kini. Di Rumah.

Ariana mengelamun dalam kereta selepas mengambil Arash dari sekolah. Arash keluar dari kenderaan tersebut. Ariana masih termenung mengingatkan kisah lepas.

Suara 6 tahun lepas masih  terngiang-ngiang lagi di telinganya, tidak pernah Ariana lupa. Dia berfikir mungkin waktu itu dia tersalah dengar.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan dari cermin sisi kiri kenderaan mengejutkan Ariana.

Dia menoleh, Arash dari tadi menunggu Ariana untuk membuka pintu kunci rumah mereka. Wajah nya dingin.

Zach.

Ariana mematikan enjin kereta dan terus keluar dari kenderaan. Dia menutup pintu kenderaan. Kemudian,  dia berjalan ke pintu rumah untuk membuka pintu.

"Kak mengelamun apa dari sekolah lagi asyik diam je," tanya Zach sambil masuk ke dalam rumah.

"Tak de apa lah. Eh jap? Bukan Ash ke tadi akak amik kat sekolah? Zach tak buat hal kan?"

"Eh kak ni.. Ash tak nak keluar buat masa ni, jadi Zach lah keluar," kata Zach terus pergi ke arah dapur. Dia terpaksa bohong sunat.

Dia memandang kakaknya yang sedang mengambil cawan di rak cawan itu.

"Zach tahu apa jadi semalam," kata Zach sambil membuat coklat panas.

"Curi-curi dengar eh?" Tanya Ariana memandang tajam ke arah Zach.

"Zach ada lah masa tu. Zach tak suka kak cakap macam tu kat Ash. Zach ni ada kak. Zach jaga Ash. Tak payah risau keselamatan dia. Memang betul semalam papa An balik lewat tu yang Ash sanggup tunggu sampai papa An balik."

"Ye lah tu. Masa Ash selalu terluka masa kecik Zach pergi mana?"

Tiba-tiba Ariana mengungkit kisah lama dulu.

Zach terdiam.

Dia memandang air coklat miliknya yang masih lagi berpusing selepas di kacau.

"Zach nak mandi." Zach berlalu dari situ membiarkan gelas coklat nya di atas meja dapur.

"Zach tak jawab soalan akak. Mana Zach pergi? Kenapa Zach biarkan Ash selalu luka kat kaki dan tangan. Mana Zach pergi masa Ash sakit? Mana kamu Zach?" Tanya Ariana yang  tiba-tiba merasa beremosi.

Mungkin teringat perkara terjadi 6 tahun lepas sebelum ini di dalam kenderaan.

Zach diam di situ. Tangan menggenggam penumbuk erat. Ada satu perkara yang dia tidak boleh beritahu.

Dia meneruskan langkah masuk ke dalam bilik. Tidak mengendahkan soalan Ariana.

Ariana mengesat air mata yang keluar. Dia terus ke bilik nya untuk mandi dan solat. Seusai solat Ariana pergi ke dapur untuk makan.

Dia lihat lauk-pauk tidak diusik. Ariana pergi ke bilik Arash untuk memanggilnya makan. Dia mengetuk tiada respon. Ariana terus masuk ke bilik Arash.

Arash sedang tidur.

Ariana tidak mahu mengganggu Arash yang mungkin kepenatan.

Baru sahaja ingin ke dapur semula. Ariana terdengar orang memberi salam dari luar rumah nya. Dia berjalan keluar rumah. Terlihat susuk tubuh wanita yang sangat dia kenali.

"Joe!"  Jerit Ariana gembira.

"Mana jawab salam kau?" Tanya Zoe tegas.

"Waalaikummussalam. Masuk lah tuan puteri," sakat Ariana.

"Ish kau." Zoe menepuk lembut lengan Ariana.

Ariana ketawa.
______________________________________

ARASH S1 [ C ]Where stories live. Discover now