BAB 14 - THE TIME HAS COME

80 18 8
                                    

Di perkampungan Raja Putih.

Raja putih memikirkan niatnya untuk mengambil kuasa sakti tersebut. Ya, untuk kebaikan semua juga. Dia akan cuba meminta baik dari Ariana.

Andika berasa aneh tentang Raja putih menipu Ariana untuk mencari adiknya. Dia cuba tidak berburuk sangka terhadap Raja Putih. Tidak mungkin Raja putih bertindak di luar sangkaannya. Raja putih yang dia lihat selalu baik terhadap semua, dan tidak suka akan pergaduhan. Andika percaya Raja putih seorang yang bertanggungjawab. Dia percaya itu.

Andika memutuskan untuk tidak memberitahu Raja putih akan niatnya pergi ke dunia bumi. Ini kerana, Andika berasa jika dia memberitahu Raja, pasti Raja tidak akan memberi izin kepadanya. Disebabkan orang-orang Raja Kala akan menangkapnya dan menjadi pekerjanya.

Andika seorang yang berbadan tegap kurus dan tinggi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Andika seorang yang berbadan tegap kurus dan tinggi. Andika tiga tahu lebih tua dari Ariana. Dia memiliki kecerdasan dalam menyelinap sesuatu tempat. Walaupun dia gagal pada masa Ariana mengetahuinya. Tetapi Andika tetap berusaha belajar hingga dia mahir dalam persembunyiannya. Dia seorang anak yatim piatu dan tiada adik beradik lain. Hanya dia seorang sahaja. Ya, Raja putih pernah menjaganya semasa remaja. Kemudian, Andika menjalani kehidupannya sendiri.

Andika mula memikirkan pelannya untuk pergi ke dunia bumi. Dia mengemas segala barang-barangnya. Dia merenung lama gambar seorang budak perempuan bersamanya. Dia mengambil dan memeluk gambar tersebut. Dia menyimpan gambar tersebut. Andika bersiap untuk pergi ke dunia bumi.
----------------------------------------------------------
Di kedai makan.

Arash yang sudah berumur 17 tahun, menolong Zoe apa yang patut. Zoe melihat Arash serupa wajah seperti Ariana, dia tidak pernah lupa akan Ariana dan berharap Ariana akan muncul kembali. Dia tersenyum melihat Arash.

Selepas selesai mengemas, Arash mengambil langkah untuk bertanya soalan yang ingin ditanya kepada Zoe. Hatinya berasa ingin tahu hal itu.

"Kak Jo."

"Ya?"

"Ash nak tanya.."

"Tanya apa?"

"Erm siapa punya modal bukak kedai ni? Tengok moden je, kak jo ke?" Soal Arash.

"Kak Yana."

"Aik kak Jo tak share sekali ke?" Soal Arash hairan.

"Tak. Kak Jo tiada duit kena tanggung adik-adik kak Jo lagi."

Arash berasa ada yang aneh dengan apa yang Zoe beritahu.

"Tapi.. macam mana kakak boleh dapat modal banyak tu?"

Zoe mula terfikir.

"Ha'ah kan. Kak Jo tak terfikir pula."

"V kata.. nak buka kedai makan macam ni banyak guna puluh ribu duit kak Jo."

Zoe mula merapati Arash.

"Ash, Ash ada kad debit Ariana tak?"

"Erm..ada. Ash simpan, nape kak Jo?"

"Kak Jo nak check balance kak Yana."

Mereka terus pergi ke bank.

"Ash ade nombor pin kak Yana?"

Arash mencari-cari di dalam purse kakaknya. Zoe meminta Arash yang memeriksa balance kakaknya. Lagipun dia tiada hak untuk membuka account orang lain.

Arash pergi ke mesin ATM untuk memeriksa duit kakaknya. Dia terus keluar selepas memeriksanya. Zoe menunggu keputusan Arash.

"Kak.. ada dalam 500k dalam account dia."

Zoe terkejut, "Mana Ariana dapat duit semua tu?"

"Zach kata mungkin duit dari ayah Ash. Kak Jo.. kenapa kakak buat Ash hidup seperti bukan orang berada?"

Zoe memandang Arash yang berwajah masam.

"Mungkin ada sebab. Jangan salah sangka dulu, Ash. Kak Yana sayang Ash tau, dia tak pernah abaikan Ash, setiap kali kat kedai makan dia selalu risau Ash kat sekolah macam mana, ada sebab kak Yana tak nak diri dia dan Ash hidup mewah. Ada sebab kenapa kak Yana asyik pindah, kak Yana selalu resah, Ash. Ade sesuatu yang kak Yana ada beritahu akak masa tu.."

"Ash bagi aku keluar jap..." Kata Zach di minda Arash. Dia tidak mahu Arash tahu hal itu.

Arash tidak melayan Zach.

"Apa yang kak Yana bagitau?"

"Ash!" Teriak Zach.

Arash menahan kepalanya. Dia terus bertanya Zoe.

"A-apa kak Jo? Apa y--yang dia bagitau?" Tanya Arash menahan mindanya daripada di ambil Zach.

"Ash kamu ok ke?" Zoe melihat Arash sakit kepala, tidak jadi untuk menyambung kata-katanya.

Minda Arash di rebut kasar oleh Zach.

'Bagi aku keluar Zach! Aku nak tau! Kau tau sesuatu kan Zach!' Jerit Arash di minda Zach.

Zach cuba menarik nafas perlahan dan lepas.

"Saya nak balik," kata Zach terus berlalu dari situ.

Zoe hanya melihat Arash dari jauh.

'Cakap Zach! Kau tahu sesuatu kan? Bagitau aku!'  Jerit Arash di minda ingin merebut kembali badannya.

Zach menahan daripada direbut.

"Diam, Ash! Kau akan kecewa kalau kau dapat tahu!" Jerit Zach yang sedang melintas di tengah-tengah jalan.

Orang-orang awam yang di sekeliling terkejut dengar teriakan remaja itu. Zoe yang sedar tadi terus menenangkan keadaan.

"Dia telefon!" Laung Zoe kepada semua membuat signal call dari tangannya.

Semua terus berlalu seperti biasa.

'Kenapa pulak dah Arash tu?' Gumam Zoe sendirian.

Zach berlalu dari situ. Dia hanya bertahan menahan kepalanya yang sakit. Dia menaiki teksi balik ke rumahnya sendiri. Dia masuk ke rumah, entah kenapa dia balik ke rumah sendiri.

Tanpa disedari remaja itu, ada seseorang yang mengikutinya secara senyap.

Zach pergi ke bilik Arash dan memandang cermin meja nya. Arash dari tadi bising dan tidak duduk diam.

"Kau nak tahu kenapa?!" Zach jerit marah di hadapan cermin tersebut. Geram pada remaja itu.

"Kau nak tahu?! Kau betul-betul tak menyesal?!" Dia memegang cermin tersebut.

'Tak,' kata Arash di dalam minda.

"Baik." Zach senyum senget dan terus pengsan di atas lantai.

Lembaga hitam yang sembunyi menyusup ke dalam rumah dan terlihat remaja itu pengsan.





ARASH S1 [ C ]Where stories live. Discover now