22

1.1K 83 6
                                    

"MANA diorang ni?"

Dah dekat sepuluh minit aku berjalan tapi tak jumpa-jumpa Maya dengan Tas juga. Reen dengan Hannah pula entah ke mana hilangnya.

Nak call pula telefon aku ada dengan Reen. Tadi aku letak dalam beg dia sebab malas nak beratkan poket seluar masa joging. Apalah malang sangat nasib kau ni, Eve?

Aku rasa diorang dah sampai entah ke mana dah ni. Baik aku balik dulu. Lagi lama aku dekat sini nanti kalau tak jumpa juga, naya.

Aku keluar dari trek di tepi tasik tadi untuk masuk ke satu laluan ke kiri. Tadi aku ada nampak dua orang pelajar perempuan masuk situ. Aku ikut jelah diorang sebab mungkin diorang pun nak keluar juga.

Berjalan punya berjalan, eh! Tiba-tiba dua orang budak perempuan tadi dah hilang. Lesap. Aku pula dah terkaku di tengah jalan. Sekeliling aku pandang. Di kiri dan kananku ialah pagar yang diperbuat daripada pokok apa aku tak tahu. Di depanku pula ada dua laluan iaitu ke kanan dan ke kiri.

Aku ni tak adalah noob sangat tak tahu benda ni. Jangan-jangan... Aku dah termasuk dalam maze tak?

Liur aku telan. Aku ni selain buta seni dan buta sukan, aku juga ada satu lagi masalah. Iaitu buta arah. Tak pandai tengok jalan. Kalau naik kereta dengan ayah, memang dia lagi rela guna Waze daripada tanya jalan dekat aku.

"Okey. Relax, Eve. Relax. Kau patah balik je ikut jalan yang kau masuk tadi. Okay, that will do," bisikku kepada diri sendiri. Aku berpusing untuk patah balik. Kaki aku bawa ikut laluan yang lurus tu sebelum terhenti di satu persimpangan.

Ha, sudah. Aku masuk dari mana tadi?

Firasat aku kuat mengatakan aku masuk dari sebelah kanan tapi otak aku pula cakap dari sebelah kiri. Aku cuba ingat dalam kepala. Rasanya aku ada jumpa tiga persimpangan. Cuma yang last aku ingat, aku membelok ke kiri. Walaupun aku buta arah, tapi memori aku memang kuat dari kecil. Terima kasih kepada ibu sebab paksa aku makan kismis dari tadika lagi.

Okey, kiri.

Jalan lurus lagi. Jumpa persimpangan lagi.

Yang ni aku yakin kanan.

Aku masuk ke laluan kanan.

Eh, jalan mati?

Aku terdiam di situ. Kalau tadi aku masuk dari kiri, maksudnya...

Ya Allah!

Aku tepuk dahi berkali-kali kerana geram. Dah kalau aku masuk dari kiri tadi, mestilah kalau keluar kena ambil kanan! Kenapa dengan kau ni, Eve? Tak minum susu ke kecil-kecil dulu? Sampai sel-sel otak kau tak bersambung ni?

Penat.

Aku mengeluh sebelum berpatah balik ke jalan yang aku ambil tadi.

Kiri.

Lurus.

Kanan.

Sekarang, aku dah kembali ke tempat tadi. Langit di atas sana aku tengok. Awan nampak gelap je. Nak hujan pula ke? Aduhai, kalau betul hujan, aku rasa aku kena balik berubat dengan ustaz dah ni. Bermacam-macam masalah. Orang dulu-dulu cakap, dah jatuh ditimpa tangga pula.

Baru saja nak mengambil laluan kanan, telingaku tiba-tiba saja menangkap bunyi tawa kanak-kanak perempuan.

"Hihihihi."

Aku telan liur. Dah kenapa rasa macam dalam cerita horror pula ni? Bukan ke dalam cerita hantu tu selalunya benda tu usik orang dengan bunyi mengilai ke? Bunyi mengilai tu pula bukan bunyi orang dewasa je, tapi bunyi budak-budak gelak pun ada juga. Macam yang aku dengar sekarang ni.

EVERISAWhere stories live. Discover now