ML : 19

2.7K 191 6
                                    

Izaan menarik nafas dalam. Tayar depan kanan yang sudah terkoyak besar direnung lama. Dugaan apa pula hari ini. Mujur sahaja dia perasan sebelum menghidupkan enjin kereta.

Pinggang dicekak, otak pula ligat memikir apa yang perlu dilakukan sekarang.

"Iz, kenapa tak balik lagi?" Tubuh berpusing ke belakang memandang si empunya suara.

"Kau tengoklah ni." Jari telunjuk menunjuk tepat ke arah kesan koyakan di tayar keretanya.

"Uish! Ini macam sengaja je." Membulat besar anak mata Lixin. Lingkaran koyakan itu diusap-usap.

"Sengaja?" Kening sebelah dijongketkan. Cuba mentafsir semula ayat yang keluar dari mulut Lixin. Lixin berpaling ke arah Izaan.

"Iz, aku tengok sekilas pun dah tahu. Lagipun boleh fikir logiklah. Kau pergi kerja pagi tadi, kesan koyak ni ada ke?"

Izaan terdiam. Betul juga, semasa dia dalam perjalanan ke hospital, keempat-empat tayar keretanya berada dalam keadaan baik sahaja.

"Nampak sangat dia sengaja ni." Ujar Lixin lagi dengan mata masih tertatap pada kesan koyakan di tayar kereta Izaan. Ukirannya kelihatan senget-benget menandakan si pelaku begitu sukar ketika melakukan 'kerjanya'.

"Takkanlah? Kulit tayar ni kan tebal." Izaan masih tidak dapat menerima kenyataan itu. Pusing kepalanya memikirkan hal itu.

"Haih, kau ni. Orang kalau nak buat jahat, dia buat juga sampai berjaya. Kau ni ada bermusuhan dengan siapa-siapa ke?"

Izaan memandang Lixin lama, sebelum kepalanya menggeleng perlahan. Setahunya, dia berkawan sahaja dengan semua. Tak tahu pula kalau di antara mereka merupakan musuh dalam selimut.

"Bangang betul. Kereta orang pun nak diusik." Tempias Lixin perlahan. Nafasnya mendengus kasar.

"Tapi, aku masih tak boleh percayalah. Macam mana dia buat semua ni? Yang peliknya, macam mana dia tahu ni kereta aku." Penuh tanda tanya di dalam fikirannya. Lixin dipandang mahukan penjelasan lelaki itu.

"Dia main orang dalam la tu."

"Boleh ke macam tu?"

"Iz... Haih, kau ni, geram aku. Cuba buka sikit minda tu. Zaman moden ni semua benda boleh dapat. Entah-entah lepas ni dia tahu rumah kau pula, kita manalah tahu. Dah kereta kau dia boleh jumpa, takkan benda lain tak boleh jumpa pula." Pap! Selamat tangan Izaan mendarat pada lengan Lixin.

"Cakap yang baik-baik ajelah." Riak wajah dicemberutkan. Lixin tersengih.

"Okaylah sorry, aku gurau je. Ni kau nak balik macam mana? Kalau nak tumpang aku, aku tak terus balik. Aku nak singgah-menyinggah banyak tempat ni." Tutur Lixin.

"Hmm... Fad mana?"

"Dia tak balik. Ada appointment katanya. Ala, kau call El. Mesti dia suka kalau kau nak tumpang dia." Cadang Lixin sambil tersenyum.

"Tak nak susahkan dia." Balas Izaan perlahan.

"Susahkan apa bendanya. El tu siapa? Awek kau kan? Bukan ke in relationship ni kena susah senang bersama? Tolong-menolong antara satu sama lain. Kau tolong dia, dia tolong kau. Lagipun kau kan dah banyak berkorban untuk dia. Now, apa salahnya bagi dia yang berkorban untuk kau pula. El pun mesti nak rasa juga semua tu." Wajah Izaan dipandang. Berharap lelaki itu termakan dengan kata-katanya. Punyalah panjang dia berleter.

"Tak apalah. Aku tak jadilah nak balik. Sekarang, mesti dia tengah sibuk jaga kedai dia." Serentak itu, Lixin menepuk kuat dahinya. Sukar ingin mempercayai dengan ayat yang keluar dari bibir lelaki itu. Kenapa insan di hadapannya ini begitu baik?

Magnetic Love [C]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora