ML : 34

2.9K 182 7
                                    

Afia melepaskan keluhan berat. Puas dia berjalan di sekitar Secret Florist, satu bukti mahupun barang yang mencurigakan langsung tidak dijumpai. Hebat betul si pelaku ni. Begitu cekap dia buat kerja, sampaikan tak tinggalkan apa-apa bahan bukti.

Pihak polis juga masih menyiasat kes berat ini.

Kakinya dibawa ke kawasan yang penuh dengan kaca-kaca pecah yang bertaburan di atas lantai. Kaki dibengkokkan lalu mencangkuk di hadapan serpihan kaca itu. Entah apa yang merasuk dirinya, tiba-tiba terasa mahu menyetuh. Tangannya mencapai serpihan kaca yang berlingkar segi tiga. Saiznya tidak besar dan tidak kecil. Sedang-sedang sahaja.

Tersenyum dia melihat pantulan dirinya di sebalik kaca itu. Bersinar-sinar permukaan kaca itu.

"Afia Maisarah?"

Afia tersentak mendengar suara jerkahan itu. Terjungkit bahunya. Mahu menahan kaca itu daripada terjatuh, tanpa sengaja dia tergores jarinya sendiri.

"Auwww!" Rintihnya. Terlepas juga kaca itu, jatuh ke lantai. Perlahan-lahan darah mula mengalir keluar di hujung jari terlunjuknya.

"Eh sorry. Aku tak sengaja." Segera si dia mendapatkan Afia. Jari Afia yang masih mengalirkan darah ditarik merapatinya. Afia tergamam. Wajah itu dipandang. Terkedu dia. Tiba-tiba rasa sakit pada jarinya hilang begitu sahaja.

"Tak ada paip ke?" Mata Fadhil mula melilau ke kiri dan kanan cuba mencari paip untuk membersihkan darah di jari Afia.

"Paip tak ada?" Soal Fadhil lagi sambil memandang ke arah Afia. Sekali lagi Afia terkedu saat mata mereka bertaut buat seketika. Afia menggeleng.

Fadhil mengeluh. "Sini..." Lantas tangan Afia ditarik untuk bangun semula kemudian mengorak langkah ke luar Secret Florist. Lebih terang di luar. Mudah untuk dia melakukan kerjanya. Afia hanya diam mengekori langkah Fadhil.

Dengan pantas Fadhil mengeluarkan tisu poket yang berada di seluar jeansnya. sehelai tisu dari plastik itu dikeluarkan sebelum plastik itu dihulur ke arah Afia.

Seolah-olah sudah dipukau, plastik tisu poket itu terus bertukar tangan. Mata Afia ralit memerhati tingkah Fadhil yang lincah membersihkan darah di jarinya.

Selesai Fadhil membersihkan darah di jari Afia, dia mengeluarkan plaster dari jaket bajunya. Hujung plaster itu digigit perlahan. Bagaikan seorang profesional, Fadhil menarik plastik yang terlekat di belakang plaster itu dengan satu tangan. Sebelah tangannya masih setia memegang jari Afia yang terluka itu.

Afia terpana menyaksikan tingkah pantas Fadhil. Gila hot?

Dengan penuh berhati-hati plaster itu dilekat di keliling jari Afia yang tertusuk kaca tadi. "Siap." Ujar Fadhil sejurus menekan-nekan lembut plaster itu, biar terlekat lama. Pegangan pada jari Afia dilepaskan.

"Terima kasih. Plaster tu awak memang bawa ke?" Soal Afia penuh berminat. Jarang sekali dia melihat lelaki mempunyai plaster di poket mereka.

"Ya, for safety. Kot-kot ada perkara buruk berlaku... macam sekarang nilah." Afia mengangguk. Lupa pula Fadhil seorang doktor. Dalam kesempatan itu, dia mula terbayang sesuatu. Indah juga kalau suaminya seorang doktor, lagi-lagi suaminya itu bernama Fadhil.

"Sorry again sebab jerkah kau tadi. Aku nak pastikan kau Afia je." Ucap Fadhil.

"Tak apa." Balas Afia menahan gugup. Jantung Afia terasa mahu meletup. Pertama kali dia dapat berbual dengan lelaki dambaannya berdua-duaan begini. Permandangan di hadapannya tika ini dihargai setiap detik. Bila lagi dapat lihat depan-depan macam sekarang.

"Kau buat apa sorang-sorang kat sini? Ellie mana?" Soal Fadhil bingung. Bukan apa. Selalunya mereka berdua ni memang selalu berkepit sahaja. Asalkan ada Ellie di hospital, pasti gadis ini turut ada di sampingnya.

Magnetic Love [C]Where stories live. Discover now