BAB 34

116 14 6
                                    

"Nish..." Seru Shaf meleret lalu dia mengheret tangan Dash agar mengikutinya menuju ke katil. Shaf melepaskan tangan Dash seraya melabuhkan duduk di birai katil dam menepuk-nepuk ruang di sebelahnya menyuruh Dash duduk.

Sudah hampir sebulan Shaf dibenarkan keluar hospital setelah doktor yang memantau keadaannya membenarkannya pulang. Sejak itu, dia duduk bertapa dalam mansion Dash yang terletak di Itali.

" I have something to tell you..."

"What is it?"

Soal Dash dingin. Sesungguhnya dua tiga hari ni dia berada dalam mood yang agak tidak baik.

"Mia...izinkan Nish nak kahwin lain kalau Nish nak." Ujar Shaf senada.

Mata naik merenung dalam mata Dash yang dah mencerlung tajam ke arahnya.

Dash merenung lama wajah Shaf mencari riak bahawa kesayangannya hanya main-main tapi Shaf hanya mempamerkan riak kosong dan




hatinya terluka.

Shaf kekal tenang merenung segenap wajah Dash. Sedaya-upaya dia mengawal riak wajahnya agar Dash tidak dapat membaca riak wajahnya walaupun hakikatnya saat ini, detik ini,dia sedang menahan diri dari mengeluarkan walau setitis pun mutiara jernih. Tidak mudah untuk dia membuat keputusan tapi dia tak boleh pentingkan diri sendiri. Saat ini, Dash adalah keutamaan dia . Semua pasal Dash, keluarga Dash dan keluarga dia, dia letak didepan. Malah, sebelum dia membuat keputusan ini, dia sudah pun fikirkan penerimaan orang di sekeliling dia.

"Apa yang kau merepek ni, Tengku Amyra Shafryna?!"

Suara Dash naik seoktaf. Shaf memang melampau kalini! Dia masih tak percaya apa yang keluar dari mulut Shaf dan apa yang dia dengar. Mungkin dia salah dengar tapi tak mungkin Shaf salah cakap.

Perkara mustahil yang dia akan lakukan meskipun mendapat keizinan dari Shaf adalah menduakan dan melukakan Shaf.

Dash pantas berdiri. Muka diraup berkali-kali sambil kakinya tak berhenti mundar-mandir. Shaf hanya mendongak memandang tingkah-laku Dash.

"Are you insane, Mia?" Soal Dash tak percaya. Sumpah dia masih tak percaya.

Apa yang merasuk Shaf sehingga dia berperangai sebegitu rupa? Atau ada seseorang yang ugut dia? Tapi tak mungkin. Keberadaan mereka menjadi tanda tanya. Mana mungkin musuh mereka dapat mengesan kedudukan mereka,

"Nish,please..." Rayu Shaf dengan mata berkaca. Tak ada seorang isteri pun dekat dunia ni yang rela bermadu. Tapi dia tak boleh pentingkan diri sendiri.

Dia sakit jadi dia tak boleh janji akan berada di sisi Dash sampai bila-bila. Baginya, kebahagiaan Dash adalah kebahagiaannya namun setelah melihat riak wajah Dash membuatkan dia menyesal membangkitkan isu ini.

Benarlah kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

“Aku tak nak Mia...jangan paksa aku untuk buat benda yang aku tak suka.”
 
Dash meraup wajahnya kasar. Dia kecewa. Dengusan halus terlepas dari ulas bibir merah delimanya.
 
‘Kenapa? Kenapa sekarang?’ Desis hati kecil Dash.

Dash tak sangka selepas hampir setahun usia perkahwinan mereka, kenapa sekarang? Dengan usia perkahwinan mereka yang baru setahun jagung, orang kata lima tahun pertama adalah fasa honeymoon dan mengenal baik buruk pasangan tapi mengapa topik ini boleh keluar dari mulut Shaf sekarang.

" Mia sayang, cuba kau cerita dekat aku...kenapa ni?"

Badan Shaf yang terhinjut-hinjut menahan tangis ditarik ke dalam dakapannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 15 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mrs. Danish Mayz[H]Where stories live. Discover now