PENDAM

99 7 0
                                    

Di malam hari kelihatan Jeongyeon yang baru bangun dari tidurnya dengan mata bengkaknya akibat daripada tangisannya.

Jeongyeon keluar daripada bilik dengan senyap-senyap kerana perutnya sudah lapar. " Unnie..." kata Mina membuatkan Jeongyeon terkejut beruk " Arkk! aish Mina ni terkejut unnie. Tak tidur lagi ke?" tanya Jeongyeon sambil mengusap dadanya.

"Belum lagi unnie, Mina tak ngantuk lagi." Ucap Mina sambil senyum "Unnie okay? sebenarnya tadi mina tak sengaja dengar unnie menangis. Kalau unnie nak cerita kat Mina masalah unnie Mina sedia tadah kan telinga." sambung Mina lagi dengan wajah yang risau.

Jeongyeon mengambil makanan yang ditinggalkan di atas meja lalu membawanya ke balkoni dorm TWICE. "Unnie okay je, unnie cuma rasa tak sedap badan je harini." kata jeongyeon.

"Mina...." mina memandang ke arah Jeongyeon ketika mendengar namanya di panggil. " Pada pandangan Mina kalau kita berasa kecewa atau tak puas hati dekat seseorang apa yang patut kita buat," Ucap Jeongyeon dengan serius.

Mina berasa pelik dengan soalan Jeongyeon. namun dia tetap menjawab soalan tersebut. " Pada pandangan Mina lahkan, Mina akan pendam perasaan tersebut dalam diri Mina. Tapi kalau Mina dah rasa tak sanggup nak pandam semua tu, Mina akan cari orang yang dapat memahami Mina untuk meluahkan semuanya." Ucao Mina sambil memandang langit yang dipenuhi bintang.

"Tapi..kalau orang tu kawan Mina sendiri.. " cakap Jeongyeon perlahan kepada Mina. " Kalau kawan Mina sendiri hmmm... mungkin Mina akan diam je. Sebab Mina tak nak lah disebabkan Mina friendship Mina dengan kawan-kawan Mina hancur macam tu je". Ucap Mina. "Kenapa unnie tanya macam tu." kata Mina dengan perasaan yang ingin tahu.

"Takda apa-apa pon. Perkataan tu hanya terlintas dalam fikiran unnie je." ucap Jeongyeon dengan senyum. Mina melihat Jeongyeon bukan seperti dirinya yang sebenar, dirinya seperti dalam keadaan yang sangat serabut. Dengan tiba-tiba Mina memeluk Jeongyeon yang sedang termenung memandang makanannya itu.

" Unnie menangislah sepuasnya Mina ada kat sini untuk tenangkan unnie."ucap Mina dalam pelukkan Jeongyeon. Jeongyeon terkejut dengan perbuatan Mina dan tidak dapat menahan tangisannya. Jeongyeon menangis sepuas puasnya. Mina tidak melepaskan pelukkannya itu sehinggalah Jeongyeon tenang.

"Mina ya thank you." Kata Jeongyeon setelah melepaskan semua bebanan yang dia pendam. Setelah siap makan Mina dan Jeongyeon kembali tidur di dalam bilik masing-masing.


*D-DAY COMEBACK TWICE*

Seperti biasa TWICE akan sarapan bersama-sama. Namun pagi itu suasana di dorm TWICE tidak seperti biasanya. Jeongyeon yang merupakan members TWICE yang sentiasa menghiburkan TWICE di pagi hari hanya diam memakan sarapan nya itu.

Sudah 2 minggu lebih Jeongyeon dan Nayeon tidak bertegur sapa. Walaupun mereka tinggal di dorm yang sama, setiap kali bertembung mereka akan cuba mengelakkan diri.

*JIHYO POV*

'Diri aku teruk sangat ke?. Selama ni aku pikir aku dapat jadi leader yang baik untuk group aku. Tapi masalah macam ni je aku tak dapat selesaikan'

"Hyoo yaaa~ ." panggil Sana bila melihat raut wajah sedih Jihyo. Namun tidak disahut oleh Jihyo. " YA PARK JIHYO!!." jerit Sana membuatkan Jihyo terperanjat.

"Ooh Sana sorry Hyo termenung tadi." Kata Jihyo memandang sana. "Eahh Sana manager dah panggil tu jom cepat kang nanti kita kena marah". Kata Jihyo sambil menarik tangan Sana dengan cepat.

'Aku tak boleh tunjukkan sisi lemah aku sebagai leader.' gumam jihyo dalam hati.



Bersambung........

Maafkan aku TWICE - yoo JeongyeonWhere stories live. Discover now