BERSAMA (END)

91 4 0
                                    


5 TAHUN BERLALU

Tanpa kita sedar cepatnya masa berlalu. Kejadian 5 tahun lalu itu membuatkan ramai orang trauma, terutamanya bagi member TWICE dan fans mereka.

Kelihatan member TWICE yang sedang asyik berehat di sofa sambil  bermain telefon mereka.

Ada juga yang sedang duduk menunggu juru solek profesional TWICE menacap make up mereka. Dan selebihnya berbual-bual sambil makan makanan yang dipesan.

"Arhhh lama lagi ke."kata Nayeon yang sedang menguap. "Momo ya nak sikit." belum sempat Momo menjawab Nayeon terlebih dahulu merebut keropoknya itu .

"Yahh unnie pulangkan balik keropok Momo." Kata Momo yang semakin hilang nafas mengejar Nayeon. "Hahahhaha" ketawa member TWICE yang lain melihat kedua unnie mereka ini kelihatan seperti budak kecil.

Jihyo yang memandang kelakuan mereka hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum hangat melihat membernya.

Krekk...

Tiba-tiba pintu terbuka. Memaparkan wajah seorang gadis yang sangat disayangi mereka. Semuanya menghentikan aktiviti mereka dan melihat gadis itu.

"Hmm? Kenapa semua pandang macam tu?" kata dia hairan. "JEONGYEON UNNIEE!! " "JEONGIE" "JEONGYEON NA!" semuanya bangun dari tempat duduk dan memeluk gadis itu yang dikenali nama Jeongyeon.

Ya Jeongyeon selamat dari kejadian 5 tahun tersebut. Walaupun masih tidak sepenuhnya sembuh dia masih bertahan untuk membernya dan mungkin untuk dirinya sendiri.

Entah kenapa jika melihat Jeongyeon mereka akan memeluk gadis itu seperti tidak mahu kehilangan nya lagi. Walaupun mempunyai jadual yang sama mereka masih sahaja rindu kepadanya.

"Yahhhh kenapa semua ni haha unnie keluar sekejap je ke tandas, macam dah setahun pula tak nampak unnie. " Kata Jeongyeon yang sedang lemas dipeluk kuat mereka.

" Biar lah unnie Chaegie rindu unnie." Ucap Chaeyoung tersenyum manja. "Ada-ada je lah korang ni." tersenyum Jeongyeon. Dia memejam mata merasakan kehangatan rasa persahabatan mereka.

"Terima kasih tunggu unnie." Ucap Jeongyeon pelan.

FLASHBACK

NENONENONENO (bunyi ambulan)

"TUMPANG LALU, TUMPANG LALU. SILA BERI LALUAN, ADA KECEMASAN." 

Keadaan diluar hospital sekarang ini sangat sesak dan menyukarkan ambulan untuk masuk ke dalam. Sekejap sahaja artikel-artikel mengenai kejadian itu tersebar luas.

Di luar hospital sekarang terdapat ramai wartawan-wartawan dan fans TWICE menunggu mereka. Terpaksa pengawal peribadi mahupun polis berkerja sama untuk membuka laluan masuk ke dalam.

Setelah menempuh halangan tersebut, Jeongyeon segera di bawa ke bilik kecemasan. Keadaan nya sangat lah parah.

Member TWICE semua telah tiba di hospital. Momo dan Mina sekarang telah dirawat di dalam. Yang lain hanya menunggu diluar dengan menemani air mata.

Kini mereka tidak ada masa untuk bertengkar. Yang mereka perlukan sekarang adalah sekongan antara satu sama lain.

"Unnie macam mana keadaan Jeongyeon unnie hik..hik..Dia selamatkan unnie." kata Tzuyu yang sekarang sudah nangis teresak-esak.

Nayeon tidak mampu memberikan jawapan sekarang. Dia hanya memeluk maknaenya itu untuk menenangkannya.

2 jam berlalu..

Maafkan aku TWICE - yoo JeongyeonWhere stories live. Discover now