BAB 5

173 33 45
                                    

[ 𝐈𝐭 𝐚𝐥𝐥 𝐬𝐭𝐚𝐫𝐭𝐞𝐝 𝐰𝐢𝐭𝐡 "𝐈 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐲𝐨𝐮." ]




SEMPUT aku dibuatnya. Zaharin yang turut mencuri-curi nafas di sebelah, aku jeling sekilas. Dia ni bekas atlet ke apa? Lari laju sangat. Lorong yang kami lalui sebentar tadi nampak seperti tiada tanda-tanda orang akan lalu. Kosong sahaja. Mungkin juga, lelaki-lelaki tadi dah putus asa.

"Awak tunggu sini. Saya pergi beli air," sempat lagi Zaharin berpesan sebelum bergerak menuju ke kedai runcit berdekatan.

Aku hanya menghantar pemergiannya dengan lirikan mata. Masih segar diingatan sapaan riang lelaki itu sebentar tadi. Senyuman Zaharin menunjukkan seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelum-sebelum ini.

"Nah," sebotol air Fanta perisa strawberi menyapa mata. Tanpa mendongak memandang Zaharin, aku menyambut pemberiannya itu.

"Te... Terima kasih," ucapku antara dengar atau tidak. Dapat aku rasakan ruangan kosong di sebelah ku menjadi tempat Zaharin melabuhkan punggung.

"Tak ada hallah, Isma." Balasnya dengan nadanya yang biasa aku dengar. Tiada terselit amarah, benci atau rimas pun dalam nada suaranya.

Aku semakin menundukkan kepala. Jari jemari aku mainkan di atas kepala botol. Tiada niat mahu meneguknya. Selagi rasa bersalah ini masih bersarang, selagi itu aku tak boleh terima pemberian dia ini.

"Kenapa tak minum?" Tanya Zaharin setelah selesai dua teguk. Aku sekadar menggeleng.

"Sorry pasal tadi. Kalau saya tak tipu, tak adalah orang-orang tu kacau awak." Aku terkedu mendengarnya. Jadi, selama aku di kedai tu, Zaharin memang ada di sana.

"Memang patut pun kau tipu aku. Lagipun, apa yang aku buat pada kau hari tu lagi teruk dari apa yang kau buat hari ni."

Laju aku memalingkan wajah ke sebelah. Tidak berani untuk bertemu pandang dengan lelaki yang telah aku lukakan perasaannya. Masih segar diingatan betapa kecewanya Zaharin ketika itu.

"Kau mesti bencikan aku kan? Takpe, aku faham." Aku mula berdiri dari duduk. Aku kalihkan badan menghadapnya namun kepala masih menunduk menekur tanah.

"Terima kasih sekali lagi," segera aku ingin membuka langkah namun laju pula Zaharin menghalang. Hujung lengan baju sekolah ku digenggamnya erat.

"Jom. Saya hantar awak balik."

Tanpa mendengar jawapan dari ku, dia terus menarik aku pergi dari situ. Aku di belakang hanya diam. Dia yang berada di hadapan juga diam membisu. Aku tak boleh tafsirkan riak wajahnya kala ini.




SEPANJANG perjalanan menuju ke bangunan flat tujuh tingkat iaitu di mana rumah aku berada, kami berdua hanya diam membisu. Tiada cerita yang mahu diceritakan. Masing-masing punya hal sendiri.

Setibanya di aras lima, aku memberhentikan langkah. Dapat aku rasakan si dia di belakang sana turut berhenti. Badan aku pusing menghadapnya yang masih berdiri di anak tangga. Apabila aku memanggungkan kepala, serta merta pandangan kami bersatu.

"Kau..." Aku mengalihkan pandangan. Bawah bibir digigit. Tiba-tiba sahaja aku rasa malu. Entah malu disebabkan rasa bersalah atau malu disebabkan aura Zaharin malam ni.

Dia nampak terlalu gentleman di mata ku sekarang.

"Tak payahlah hantar aku. Kita berpisah dekat sini," sambung ku tanpa memandang. Sekejap-sekejap sahaja mataku melirik ke arahnya.

Zaharin melepaskan keluhan. Dia mula mendaki satu lagi anak tangga dan ia menyebabkan jarak kami hanya dipisahkan dengan dua lagi anak tangga. Walaupun terdapat perbezaan anak tangga, aku dapat rasakan kami terlalu rapat.

FORELSKET (Complete)Where stories live. Discover now