Its a GIRLS DAY OUT!!

364 24 0
                                    

Nur berpusing-pusing di hadapan cermin lokernya. Sengihnya tak lekang dari muka.

"Zar, kiut tak?" Tanya Nur

"Tak"

"Alaaa kau niii, sampai hati tauuu" kata Nur memuncungkan bibir

Memang aku tak nafikan, mamat ni memang comel dengan pakaian dia harini. Overall jean, dipakai dgn tshirt putih lengan ¾, dan topi peaky bertelinga kucing. Pandai betul dia pilih ya. Tapi tu la, apa ke gilanya aku kalau nak puji lelaki yang dia tu comel atau cantik?

Aku bingkas bangun pergi kepadanya kemudian berdiri di belakang Nur. Tanganku menggapai kepalanya dan betulkan kedudukan topinya. Rambut sisinya aku seka supaya tersangkut di belakang telinga

"You sure you dont want me to follow?" Tanyaku dengan nada risau

"Takpe Zar, ini girls day hokayy, japgi kang diorang kata apa kalau boys ikut" kata Nur sambil bersandar ke belakang ke dadaku

"Tapi kau pun boys jugak?" Tanyaku menyakat

"Tapi aku... em.... aaaa alaaaa kau jahat laaa tanya soalan susah jawab"

"Aku gurau je la, jaga diri elok-elok, always keep me update okay? Gi mana-mana pun bagitahu aku, boleh?" Aku menyandarkan punggung ke meja study

"Aww, kau caring pasal aku eh? Baiknyeee boiiipren aiiii" kata Nur sambil menerpa aku untuk memeluk

Pap

"Adededededehh sakittt" kata Nur sambil menggosok dahinya

"Ingat pesan aku, jangan jalan sorang-sorang, diorang mungkin tak biasa pegang tangan, jadi kau kena sentiasa alert okay? Gi mana-mana, snap gambar hantar kat aku faham?" Arahku panjang lebar

"Baik bosss" katanya sambil bertabik"

"Zarr.... nak mintak something boleh?👉👈" tanya Nur

"Amende"

"Jom celpi?" Kata Nur sambil membulatkan matanya

"Haih ye la ye la" kataku menggaru belakang kepala yang tak gatal

Nur menunjukkan ke arah cermin lokernya yang besar gedabak. Kemudian memegang phonenya dengan kedua belah tangan untuk mirror selfie

Oh kau dah pakai eh casing tu? Sewaktu keluar ke mall semalam, aku ada hadiahkan casing bercorak kucing untuk dia sewaktu keluar cari baju haritu

"Smileee" aku senyum mengikut rentaknya

Pelbagai gaya yang dibuatnya, gaya paws kucing, peace, dan ada yang selfie sambil bersandar ke dadaku

"Hehehe thank you Zarrrr" katanya sambil memeluk tanganku

"Semua dah siap ke? Diorang dah nak jalan?" Tanyaku

"Haah, diorang kata diorang standby di aspuri, kitorang gi ngan kereta" kata Nur

"Dah, gi pakai kasut, aku teman kau gi aspuri"

"Jooommm, tak sabarnyaaaaaa" jerit Nur

----------

Aku merebahkan diri ke katil, mataku ralit memandang kipas yang sedang berpusing. Aku baru saja pulang dari kediaman perempuan untuk teman Nur berjumpa rakan-rakan dia. 3 orang semuanya. Tak kurang cantiknya, tapi entah kenapa tak sedap dipandang, mungkin bukan taste aku.

Haihh bosannya

Aku menepuk-nepuk pipi. Wake up Zarif, amende kau ni, its not like you never been here alone before? Aku berpusing melihat ke katil Nur. Katilnya kemas sekali selimut dan cadarnya dihiasi dengan anak patung ikan yu sebagai bantal peluk

NURADLI ⚦: Sketsa Dunia BaruWhere stories live. Discover now