Segumpal Daging Berdarah Putih

372 24 5
                                    

"Kau perasan something tak pasal Nur?" Aku bertanya pada Faizal

Kami berjalan kaki dari parkir ke gerbang asrama. Aku, Nur, Faizal dan Kimi baru pulang dari solat jumaat di masjid luar. Keluar saja dari kereta tadi, Nur terus berlari masuk ke dalam asrama meninggalkan kami bertiga

"Dia buat masalah apa pulak kalini?" Faizal memandang aku pelik

"Tak, tak, takde pun, cuma dia macam.... pelik, kelmarin kan..."

-----------

Aku membuka mata celik, dah siang dah rupanya, heeerrrrghhhh puas betul aku tidur kalini, akhirnya dapat juga tidur yang sebenar. Aku mengangkat tangan mengeliat melonggarkan urat. Erghhhh dah pagi siot. Aku mencicip mukut bermain dengan air liur basi, syukur, dah 2 hari aku dapat tidur yang cukup, lepas dari pulang makan di Rembau tu, dah takde masalah yang jadi.

Aku menggolekkan badan ke tepi untuk melihat meja. Kelihatan Nur sedang menepuk pipinya dengan span bedak. Dia nak gi kelas ke tu?

"Morning Nur" sapaku

Nur tersentak kaget mendengar suara aku. Dia curi-curi pandang ke arah aku. Badannya ke kiri menyorok di sebalik pintu. Kenapa dia pandang aku pelik ni?

"Eh? Aaa, hai Zar, go-good morning" kata Nur gagap

"Kelas?" Tanyaku pendek

"Er.. haa kelas hmm kelas Zar" jawab Nur gagap

"Kau tidur nyenyak Nur? Semalam bukan main susah lagi aku nak kejut kau" kataku memandang kipas

Malam tadi aku pulang lewat sikit ke bilik, sebab pergi hantar stok di Senaling dengan Faizal, waktu pulang tu Nur dah pun terbongkang tidur, di katil aku. I dont know why, didn't ask much

Tapi yang peliknya, dia tidur peluk kemeja aku, seingat aku, baju tu aku letak dalam bakul baju kotor dah

Bamm pintu loker dihempas tutup

"Nyenyak Zar, aaa kau?"

"Nyenyak juga la"

Nur tergesa-gesa berjalan bersama totebag di tangan, terloncat-loncat cuba menyarung loafer di kaki.

"Kau kalut betul ni, asal?" Aku memandang Nur pelik

"Kelas, emmm kelass nii, babai Zar!" Kata Nur sebelum berlari keluar dari bilik

Huh? Thats weird, baru pukul 8.45, asal rushing sangat? Kelas paling jauh dari sini pun cuma 10 minit berjalan kaki je

Aaaaahhhhh jangan cakap yang ada hal jadi lagi!!

-----------

"Pelik, sumpah pelik" kataku

"Kelas dia jauh kot?" Kata Kimi

"Aku check jadual dia lepas tu Mi, kelas dia di FK je mat, sebelah ni je pun"

"Oh haahhh, kau tak ingat ke kita jumpa dia situ kelmarin?" Tanya Faizal kepada Kimi

"Ohhhh ingat-ingat, ada duk makan ngan kawan-kawan dia"

"Asal?"

"Kitorang baru habis kelas, terserempak dengan diorang, so kami dua lepak la dulu dengan diorang tu" kata Faizal

"Alasan ja nak jumpa marka" sampuk Kimi tersengih

"Aku lempang muka kau karang"

Eeeleeehhh, nak jumpa Dhiya la tu mamat ni

"Haah pastu kan, aku perasan satu benda pelik, kau tahu..."

-----------

"Sedap weeeiii itik tu, aku tambah 3 kali kau tahu" kata Nur semangat

NURADLI ⚦: Sketsa Dunia BaruWhere stories live. Discover now