BAB 8

25 3 0
                                    

AKU yakin kalau aku tanya King sama ada dia yang hack komputer Prof. Van dan sebarkan video-video tu, dia akan mentah-mentah menafikan semuanya. Apatah lagi kalau aku tanya sama ada dia yang berselisih dengan aku siang tadi. Aku berani jamin.

Jadi jalan yang aku nampak sekarang adalah, aku kena bongkar sendiri identiti King secara halus. Jangan suruh dia mengaku. Sebaliknya cari jalan sampai dia sendiri terkantoi.

Orang mungkin akan kata, biarlah dia tolong aku secara sembunyi macam ni. Aku juga yang untung sebab ada pelindung yang ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Tapi masalahnya aku ni taklah senormal orang lain. Jiwa saintis aku yang fanatik terhadap penjelasan teliti dan jawapan logik ni tersangat-sangat memberontak bila jadi macam ni. Aku tak boleh terima persoalan dibiarkan tergantung tanpa jawapan.

Aku cuma nak tahu apa motif lelaki tu jadi bayang-bayang macam ni. Dia tolong aku dan tahu semua pergerakan aku tapi tak nak mengaku dan nak juga terus bersembunyi daripada aku. Dia menjauh bila aku cuba mendekati, padahal dia dulu yang mendekati aku bahkan berterusan melakukannya.

Tak macam suspicious ke tu? Kenapa dia nak sorokkan identiti dia? Kalau dia mengaku aje, kan ke senang tu? Aku pun tak adalah tertanya-tanya dengan macam-macam benda atau nak syak apa-apa.

Tapi dia tak buat macam tu. Maknanya betullah yang dia ada sebab tentang kenapa dia mesti nak sorok sangat identiti dia. Dia tolong aku sebab ada tujuan tertentu. Dan itu sangatlah mencurigakan.

Aku bukan anak orang kaya, kalau nak kata dia stalk aku sebab nak culik aku untuk minta tebusan daripada orang tua aku. Aku juga bukan anak mana-mana peguam atau inspektor polis, kalau nak kata dia nak balas dendam atas kes-kes jenayah yang dah ditumpaskan oleh ayah aku. Paling penting, aku langsung bukan mana-mana anak ahli politik yang berjaya tewaskan parti politik lain, kalau nak kata dia ekori aku untuk ugut ayah aku supaya berhenti berpolitik.

Nampak tak, tak ada satu kemungkinan pun yang logik untuk aku tebak terhadap niat sebenar King mendekati aku ni.

Jadinya malam tu selepas pulang aje dari universiti, aku terus buka komputer riba aku dan buka blog Sono Felice. Kejadian berselisih bahu dengan King siang tadi, dan kenyataan bahawa aku gagal mengejar dia apatah lagi membongkar identiti dia, sedang teramat segar berlegar-legar dalam ingatan aku dan mengejek-ejek aku. Aku sangat-sangat tak puas hati dengan kegagalan ni.

King, awak available tak sekarang? Saya ada benda lagi nak tanya dekat awak ni.

Aku guna alasan tu untuk tarik perhatian dia. Buat macam ada hal penting. Lepas send ayat tu di bawah perbualan kami tempoh hari, aku tunggu dia balas.

Lama juga aku menunggu, barulah naik jawapan balas daripada dia.

Just state your question.

Pendek ayat dia, macam biasa. Sampaikan telinga aku ni macam boleh dengar suara dia yang dingin dan beku tu, dan mata aku ni macam boleh nampak air muka dia yang tak berperasaan tu. Tapi aku tetap lega. Sekurang-kurangnya dia tak abaikan aku.

Terus aku taip ayat yang sejak siang tadi lagi duk menjerit-jerit dalam fikiran aku dan tak bagi aku ruang bertenang langsung. Voiceless screaming? Haah, betul tu.

Awak orang melayu ke?

Sebab hacker yang berselisih dengan aku siang tadi tu tinggi betul. Aku tak rasa dia orang Asia. Tapi pelik, kan? Dia fasih bahasa melayu. Inilah yang buat aku makin nak kenal lelaki yang seorang ni.

Dan keinginan aku tu jadi tambah meluap-luap bila dia balas komen aku dengan ayat,

Tak. I'm a pure Russian.

HACKERWhere stories live. Discover now