Kenali🤗

29 1 2
                                    

__________________

Sedutan chapter yang lalu;

"Kuasa korang... Saya akan beritahu lepas rehat! Ahahahaha!!" Kata Ayla dengan laju sebelum berlari keluar dari kelas itu sambil ketawa bak orang jahat.

Meninggalkan 12 rakannya yang mengambil masa untuk menghadam kata-katanya.

"ARGH!? AYLA ARLINA KE SINI KAU!!!"

(Haha, jangan risau. Ayla baik-baik sahaja. Ha ha ha ha...)

_________________

Walaupun rasa bengang dan marah kerana Ayla yang melarikan diri daripada menjawab soalan mereka, tetap juga mereka berlembut hati apabila Ayla menghidangkan mereka Ayam Kepgee yang dibelinya secara dalam talian sebagai makanan tengahari mereka pada hari itu.

Tapi mestilah dia tak guna duitnya sendiri, sebaliknya kesemua makanan itu dibayar dengan duit yang diberi ibu bapanya sebelum dia turun dari kereta waktu sampai tadi.

"Lepas ni kita solat berjemaah tau! Baniin, korang pilih antara sesama sendiri siapa yang nak jadi imam! Banaat, jangan lambat! Saya tunggu korang kat surau, bye-bye!" Kata Ayla dengan laju sebelum berlari pergi dari situ.

Rakan-rakannya yang masih makan, memandang pemergiannya dengan riak muka datar.

Ayla tu sebenarnya bukan nak cepat solat, tapi dia nak mengelat daripada jawab soalan mereka semua. Macam tadi.

Aleeya menggelengkan kepalanya. "Hm, cepatlah habiskan makanan-makanan ni. Boleh kita solat lebih awal kemudian, lepas solat kita serang Ayla dengan soalan sampai dia jawab!" Katanya dengan nada yang seperti sedang merancang pembunuhan.

Husna di sebelahnya mengangguk, "Berani dia lari dari kita ya!".

"Mari kita belasah Ayla!" Sorak Tihani yang teruja.

"Ooh, aku pun nak ikut!" Sahut Liliy dengan senyuman sengetnya.

Asha dan Maream yang melihat adegan pelik ini menggelengkan kepala mereka.

Kadang-kadang, kawan-kawan mereka boleh jadi sangat rawak. Dari segi perlakuan mahupun percakapan.

Disebabkan dah biasa, tiada yang merungut.

"Haih, korang ni makin mengarutlah. Cepat pergi basuh tangan dan kemas meja ni. Takkan nak biar Ayla tunggu kat surau tu lama-lama," kata Mukhsin yang sudahpun selesai makan dan basuh tangan.

Mendengarkan kata-kata ketua kelas mereka, masing-masing mengeluh kuat. Sengaja.

"Yelah, ketua! Kau pun tolonglah kemas meja ni, dah basuh tangan kan?" Kata Airil yang ingin bangun untuk pergi mencuci tangannya.

Mukhsin hanya mengangguk sebelum bergerak untuk membersihkan mana yang perlu di atas meja makan panjang yang mereka kongsi itu.

Setelah selesai semuanya, barulah mereka bergerak ke surau.

Tengahari itu, mereka bersama-sama menunaikan solat zohor berjemaah dengan Mukhsin sebagai imamnya.

____🛡️---

Selepas selesai solat zohor berjemaah, mereka bersurai dari surau untuk kembali berkumpul di kelas mereka.

Dan seperti yang dikatakan Aleeya, mereka kaum hawa mengepung Ayla untuk menuntut jawapan yang sengaja ditangguhkannya tadi.

"Sekarang, Ayla. Baik awak jawab soalan kami semua tadi. Kali ini awak tak boleh lari lagi!" Kata Rayna yang geram dengan perbuatan Ayla tadi.

Boleh pula dia lari bilamana semua orang bukan main berdebar-debar menanti jawapannya.

13 Keajaiban, 13 ManusiaWhere stories live. Discover now