M⌚ dan J🔗

34 1 2
                                    

____________

Sedutan chapter yang lalu : -

"Oh ya, sebelum kita bersurai, saya ada benda lagi nak bagi korang," kata Ayla. "Saya percaya benda ini akan membantu kita semua dalam mengawal kuasa masing-masing."

Senyuman lebar yang terukir di wajahnya bertukar sinis. Membuatkan rakan-rakannya saspens.

"Apa bendanya, tunjuklah!" Gesa Ghanee yang tidak sabar.

"Saya juga percaya, korang semua akan sukakannya," katanya, kali ini dengan senyuman penuh makna.

Sesuatu yang mereka tahu, bukanlah petanda yang baik. Selalunya lah.

_____________

Pak!

"Aduh! Apa ni, Leeya! Sakitlah!" Adu Ayla sambil menggosok kepalanya yang dihempuk Aleeya dengan buku novel yang entah bila ada dalam genggamannya.

Aleeya si pelaku menjelingnya. "Kau tak payah nak buat saspens sangat ya, Ayla. Nanti ada juga yang aku sumbat mulut tu dengan stokin!" katanya dengan rasa geram.

Mendengarkan itu, Ayla memuncungkan mulutnya. Baru nak buat saspens, dah kena marah. Sedihnya!

Maream yang tak ingin melayan karenah Ayla, menyampuk. "Apa benda yang awak nak tunjukkan tu? Cepatlah tunjuk," katanya.

Melihatkan rata-rata rakan-rakannya memang tidak sabar menunggu, Ayla mengalah. Dia meletakkan beg galasnya ke atas tanah padang yang berumput pendek itu dan membuka zip tengah.

"Benda yang saya nak bagi ni bukannya senjata korang pun. Ia lebih kepada alat-alat yang membantu kita dalam mengawal kuasa sendiri. Sebab walaupun nanti kita akan boleh kawal kuasa kita dengan lebih baik, kuasa-kuasa itu sendiri boleh tiba-tiba menjadi tak stabil dan tak terkawal. Jadi, inilah gunanya benda-benda yang saya nak bagi ni! Kejap ehh," terang Ayla.

Dia menyeluk bahagian dalam beg galasnya buat beberapa saat sebelum dia menarik keluar sebuah kotak kayu yang kelihatan unik. Kelihatan sebuah logo berbentuk harimau yang diukir di atas penutupnya dalam pandangan sisi, sedang duduk tegak sambil memandang lurus ke hadapan. Kesemua logo itu berwarna emas dan turqoise.

"Wau, besarnya kotak tu," kata Liliy dengan mulut yang dibulatkan. Rakan-rakannya yang lain juga ada yang menganga kecil melihatkan Ayla mengeluarkan kotak kayu tu yang berukuran hampir sepanjang satu lengannya.

Kuat betul.

"Hah!" Ayla meletakkan kotak besar itu ke atas tanah dengan helaan nafas yang kuat. Beratnya bukan main. "Okey, ni dia! Dalam kotak ni, ada alat-alat yang boleh tolong kita tu!" Katanya dengan senyuman.

"Besar betul. Padanlah awak bawa beg bukan galas kat bahu, tapi gendong atau seret je tadi," komen Asha. Ayla mengangguk dan menyengih. Bukannya dia mahu pun bawa kotak besar tu ke sekolah, tapi mak dah suruh kenalah buat.

Tihani medekati kotak besar itu dengan sepasang matanya melekat pada logo yang ada di atas penutupnya.

"Ni logo apa, Ayla?" Soalnya ingin tahu sambil membetulkan cermin matanya yang sedikit melorot jatuh ke hidungnya.

Ayla meletakkan satu tangan di dagunya sambil memandang logo itu dengan posisi yang sedikit menunduk ke arah kotak itu.

"Hmm... Oh, saya dah ingat! Mak saya kata, ini ialah logo Planet Asadan. Planet asal untuk kuasa saya, penyembuhan," terang Ayla sambil terangguk-angguk.

Kesemua rakan-rakannya mengangguk dengan mulut yang dibulatkan.

"Planet tu jauh ke dari bumi?" Soal Ghanee. Itu membuatkan Ayla menggaru kepalanya.

13 Keajaiban, 13 ManusiaWhere stories live. Discover now