BAB 7

3.5K 204 1
                                    

"kau pergi mana ?" Soal Umi pada Amaris .

" Taman . Kenapa ?" Soalnya kembali .

"Saja sebab cari kau tadi tak jumpa tu yang aku tanya ."Amaris hanya mengangguk faham. Dia menuju ke dapur . Air monster di ambil .

Riven pov :

Selesai saja berjumpa dengan client dia terus pulang ke rumah . Badan direbahkan di atas katil .  Fikirannya teringat akan Amaris .

" Aish apa kau ni riv . Tapi dia cantik ada aura dia sendiri. Apahal aku asyik fikirkan dia ni ?" Dia menghela nafas panjang.

" Amaris aiyana . Kenapa aku macam pernah dengar nama tu" soalnya sendiri. Dia bangun dari baringan dan mengambil tap miliknya . Google di buka dan nama Amaris di cari .

Terpapar segala maklumat tentang Amaris .

" Puteri bongsu francais. Maksudnya dia young lady dalam kerajaan sana " katanya perlahan . Bibirnya tersenyum sinis .

Dia rebahkan kembali badannya . Senyuman sinis masih tidak lekang dari bibirnya . 

End pov .

Amaris memandang buku di atas mejanya . Nafas dihela berat . Sesekali dia mengerling ke arah jam di dinding.

" Huft letihnya . Asal berlambak sangat kerja sekolah . Cikgu pun satu . Dah cuti sekolah bagi kerja sekolah apahal . " Dia menutup buku sekolahnya .  Pantas kakinya bergerak ke katil .

" Rindu Reen lah . Apalah budak kecil tu buatkan . " Fikirannya hanya teringatkan Reen sahaja sehingga mata juga sudah letih untuk mencelik perlahan lahan mata cantik itu tertutup dan dia tertidur .

PAGI

Pintu bilik Amaris diketuk oleh kaira . Perlahan lahan dia membuka pintu .

" Ingat tak bangun lagi " kata Kaira . Kepala digeleng perlahan

" Solat " kaira hanya mengangguk faham. Mereka berdua turun ke bawah untuk sarapan . Di meja Amaris hanya bermain dengan makanannya . Naik pelik sepupunya yang lain . Di panggil juga tidak menyahut

" Amaris aiyana " panggil Kai tegas 

" Yes Reen kenapa?" Soalnya sedikit terkejut.

" Reen mana pula ni? Siapa Reen ?" Soal Erela .

" Ish terkejut lah . Tak boleh ke panggil slow slow?" Soalnya sedikit marah .

" Kepala hotak nenek kau . Kitorang panggil berkali kali kau yang tak dengar . Asyik main je dengan makanan tu bilanya nak makan ?" Umi menjeling tajam ke arah Amaris .

" Nenek aku nenek kau juga ." Katanya tidak ingin kalah .

" Kau fikirkan apa Yana ? Bilanya nak makan makanan kau tu ? Terkuis kuis. Ada masalah ka ?" Soal Erela padanya .

" Tak ada lah . Dah la aku pergi sekolah dulu " dia bangun mendekati pintu luar . Sempat dia ambil kunci kereta .  Kasut disarung dengan teliti . Matanya tertumpu pada sebuah kereta Mustang berwarna hitam di simpang jalan . 

"Dulu tak ambil lesen kereta ka apa main letak ja kereta dekat simpang tu " bebel Amaris perlahan . Tanpa buang masa dia mulakan pemanduan.

Fairel pov :

" Dia dah keluar " katanya melalui telefon.

" Baik "  dia terus memecut keretanya laju . Mengekori kereta Amaris .

" Apahal la si Riven tu suruh aku ikut perempuan ni ? " Dia membebel seorang diri. 

End pov

Riven yang sedang elok membuat kerjanya terkejut kerana fairel  meredah masuk biliknya .

" Dah settle aku dah pastikan dia selamat sampai ke sekolah " terang fairel kepada Riven . Dia hanya mengangguk faham.

" Apasal kau suruh aku ikut dia ?" Soal fairel ingin tahu .

" Tak payah tahu " santai saja dia membalas . Fairel hanya mencebik tidak puas hati.

ONLY HER [C]Where stories live. Discover now