BAB 25

6.9K 369 8
                                    

"BAH!" Terkejut Rysha bila disergah oleh Fattah.  Ditampar lengan jejaka tu namun suaminya hanya tergelak saja.

"Sayang tengah buat apa?" Pinggang ramping tu dipeluk dari arah belakang. Tercengang Rysha. Jantungnya berdegup kencang.

"Kenapa diam hm?" Dicium lembut pipi tu. Dia tahu isterinya terkejut dengan tindakan nya ini tapi dia peduli apa ni kan isterinya.

"T.. tengah buat nasi goreng." Baru lah Rysha membuka mulut setelah 2 minit dia diamkan diri.

"Mesti sedap macam sayangkan." Rysha pandang pelik ke arah Fattah.

"Eh tak. Maksud abang masakan sayang mesti sedap." Cepat cepat dia perbetulkan agar Rysha tidak fikir bukan bukan.

"Tak tahu lah sedap ke tak, Rys buat ja." Balasnya dan dimasukkan nasi goreng ke dalam bekas.

Fattah menuangkan air coklat nya ke dalam cawan dan dihirup perlahan. Seketika dia terdiam dan memandang air dalam cawan nya itu.

"Sayang." Rys menoleh ke arah nya.

"Ya kenapa?" Fattah memandang tajam wajah isterinya.

"Kenapa tawar ni?" Berkerut dahi Rysha. Dia mendekati si suami.

"Rys dah rasa tadi. Takkan tawar? Sini" Dia mahu mengambil namun pantas Fattah menarik ke sisi.

"Sebab manisnya ada dekat sayang." Dicium sekilas pipi gebu tu dengan senyuman nakal nya.

"Abang memang saja kan nak kenakan Rys." Ditampar lengan sasa Fattah. Jejaka tu hanya tergelak saja.

"Sayang marah ke? Nampak macam comel jee." Usik Fattah dan menundukkan kepalanya menyelaras wajah Rysha.

"Kenapa merah merah ni? Nak cendol?"

"Fattah!" Dicubit pinggang suaminya geram sehingga jejaka tu mengaduh sakit.

"Ampun sayang."

"Tak ada ampun ampun." Memuncung bibir Fattah sambil mengusap pinggang nya.

"Aaa sayang don't be like that lah. Abang nak gurau ja pun." Rysha menjeling tajam ke arah suaminya dan menarik kerusi untuk duduk.

"Tak ada niat nak suap abang ke?"

"Takk." Dijelirkan lidahnya. Fattah mendengus perlahan.

"Sampai hati. Sakit hati abang uhuk." Dipegang dada nya acah acah tersakiti. Rysha tergelak kecil. Baru dia tahu Fattah King drama.

"Dah dah. Makan dulu." Rysha mencedok nasi ke dalam pinggan Fattah.

"Sayang minat alat musik?" Rysha mengangkat muka dan mengangguk.

"Rys pandai main gitar." Fattah menganguk faham.

"Dekat tingkat dua pintu bilik coklat terang tu bilik musik. Kalau sayang nak masuk, masuk jelah." Bersinar mata Rysha.

"Ada bilik musik? Yeay!" Tersenyum Fattah melihat isterinya yang teruja.

KING FATTAH : HIS PRINCIPESSA ✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora