BAB 45

5.5K 293 5
                                    

Rysha yang sedang berbual dengan Iqwan tidak sedar bahawa ada mata yang memerhati dari jauh tak lain tak bukan ialah suaminya.

Fattah menolak lidahnya ke tepi dinding dalam seakan menahan rasa cemburu yang kian hadir.

"Okeyh Rys aku cau balik dulu." Iqwan mengukir senyuman manisnya dan Rysha menganguk.

Pin.pin.

Ditoleh ke arah kereta GTR tersebut dan bingkas bangun berlari ke arah kereta Fattah.

Disalam tangan suaminya. Baru saja hendak menarik, tangannya digengam oleh jejaka tu.

"Seronok borak dengan dia?" Wajah Fattah kelihatan ketat disertai kening kanan dijongket kan.

"T..tu iqwan lah abang. Rys tak ada apa dengan dia." Gerun dia melihat wajah suaminya yang ketat tu.

"Abang tanya seronok ke tak borak dengan dia bukan jantan tu nama apa." Rysha telan air liur bila Fattah mendekat.

"Abang. Kita balik settle dirumah eh." Mohon Rysha dan Fattah menjauhkan wajahnya. Tangan Rysha dilepaskan semula.

Nafas lega dilepaskan. Sekarang dia perlu bersedia dirumah pula.

SETIBANYA dirumah, dia mengikuti langkah Fattah dari belakang sehingga tiba di bilik. Bag diletakkan di tepi katil.

Fattah berpeluk tubuh sambil melihat isterinya yang membuka tudung bawal biru laut.

"Apa dia nak dari sayang?" Rysha menoleh ke arah suaminya.

"Dia tak nak apa apa pun cuma datang nak sembang ja lagipun Auni dengan Lyna kena balik sebab nak ambil bonda ayahda diorang dekat airport." Jelas Rysha.

"Sayang tahukan dia laki. Abang tak larang sayang nak berbual dengan siapa pun tapi tengok situasi dulu. Sayang borak dengan dia masa Auni dengan Lyna tak ada. Bahaya sayang."  Rysha menundukkan kepalanya.

"Niat dia kita tak tahu baik atau buruk. Macam mana kalau dia buat something bad dekat sayang?"

Fattah menghela nafas perlahan dan didekati isterinya.

"Jangan mudah percayakan orang babygirl. Belum tentu orang yang kita percaya tu berniat baik." Ujar Fattah.

"Tapi dia classmate Rys." Didongakkan memandang wajah si suami.

"Listen sayang. Even classmate pun tak mungkin dia tak boleh buat apa apa. Zaman sekarang dah macam macam berlaku." Tangan kanan naik mengusap pipi gebu tu.

"Walaupun sayang ada seni pertahankan diri tapi kalau situasi cemas sayang boleh handle? Abang rasa tak kan boleh." Gadis tu mengangguk perlahan dan menunduk. Jika situasi sedang panik, otak nya juga tidak akan berfungsi untuk melakukan apa.

Kedua tangan Rysha di ambil dan ditarik dekat. Tubuh kecil si isteri didakap erat.

"Mungkin cara abang buatkan sayang rimas but you need to know that i love you so much sayang. Abang taknak kehilangan sayang lagi." Peristiwa dimana isterinya diculik oleh Zen cukup membuktikan bahawa dia takut untuk kehilangan Rysha buat kali kedua.

"Rys minta maaf sebab leka dengan hal hal macam tu." Dibalas pelukkan suaminya. Fattah mengusap rambut panjang Rysha perlahan.

Kedua pipi tu ditekup olehnya dan diletakkan dahinya di atas dahi si isteri. Lama dia buat bergitu dengan mata dipejamkan.

"Abang dah terlanjur sayangkan Rysha jadi abang mohon jangan hancurkan kasih sayang abang dekat sayang. Jangan melawan cakap abang tu ja. Faham sayang?" Rysha menganguk kepalanya tanda faham.

"Sekarang pergi bersihkan diri dulu." Digosok kepala isterinya dan Rysha hanya akur.

"Taknak mandi sekali?" Usik Rysha dan tergelak sebelum menutup pintu bilik air apabila Fattah mengukir senyuman sinis.

"Kenapa tutup sayang? Abang nak masuk ni." Diketuk pintu bilik air tersebut.

"Rys gurau jelah!"

"Buat apa bergurau kalau boleh serius kan sayang." Fattah tersenyum jahil.

"Taknakkk abang miang!" Tergelak Fattah mendengar.

"Abang ke sayang? Bukan dia ke yang tanya tadi." Fattah masih mengusik isterinya.

"Eish! Rys siram nanti baru tau!" Jejaka tu melepaskan ketawa bebas dan baring di atas katil.

KING FATTAH : HIS PRINCIPESSA ✓حيث تعيش القصص. اكتشف الآن