09

7.2K 698 34
                                    

               "Jade..." Panggil Zayyan perlahan. Badan Zander sedang menghadap dinding dan kepalanya disandarkan di dinding. Mata tertutup rapat. Marah, kecewa dan risau bercampur dalam satu perasaan yang sama.

Satu tangan Zander naik menumbuk dinding hospital. "Tak guna! Dia dengan Dragon selama ni?!" Membuak-buak amarahnya terhadap Keith setelah mendapat tahu penipuan lelaki itu.

"Aku... aku tak sangka yang dia sanggup nak bunuh Dree." Luah Harraz perlahan. Dia duduk di atas kerusi. Tidak sangka yang Keith sanggup mengkhianati mereka.

Keadaan semakin tegang. Zayyan cuba untuk masih berfikiran positif walaupun sebenarnya dia juga turut terkejut seperti yang lain. "Mungkin dia tak sengaja-"

"Oh please. Don't act dumb, he's a freaking doctor! Dia boleh je nak attack bahagian lain. Bahu or even lengan Dree. Tapi kenapa perut?" Zander masih tidak berpuas hati. Keith doktor. Sudah pasti dia tahu bahagian yang lebih berisiko tinggi untuk mati jika ditikam.

"Dia memang ada niat nak bunuh kita semua." Rafael mencelah. Kalah atau menang tadi tidak dipedulikan lagi. Semua kelihatan kecewa dan hampa apabila mendapat tahu yang Keith sebenarnya hanya berpura-pura selama ni.

"Zander." Semua berpaling ke punca suara. Adrian keluar dari bilik, satu tangan memegang bahagian yang ditikam tadi. Perlahan saja pergerakannya.

"Dree." Semua yang menunggu tadi terus ke Adrian.

"Kau okay? Doctor kata apa?" Tanya Zander sebaik saja Adrian berada dihadapannya.

"Okay. Lagipun sikit je ni. Tak ada benda pun."

"Tak ada benda?" Balasan dari Adrian itu sungguh membuatkan hati Zander bertambah panas mendengarnya. "Kau sedar tak apa yang kau cakap ni?" Kalau bukan kerana Keith, mereka semua tidak akan ada di hospital malam ni.

"Jom, balik." Tidak mengendahkan kata-kata Zander, Adrian terus menukar topik. Dia faham apa yang Zander cuba sampaikan.

"Pasal K-"

"Aku tak nak dengar nama dia." Laju saja Adrian memintas percakapan Hayyaz. Dia tidak mahu dengar apa pun berkaitan lelaki itu lagi.

"Titan." Adrian memanggil Zayyan dan dengan segera Zayyan ke arahnya. Bantu Adrian untuk berjalan.

Zander ikut jejak Adrian dan Zayyan sementara yang lain, mengeluh berat di belakang. Adrian kecewa. Sebab itu dengar nama Keith pun lelaki itu tidak mahu.

Zander pula? Sudah pasti mereka tahu yang Zander juga turut kecewa, sama seperti mereka. Namun, marah lelaki itu lebih dari perasaan sedih dan hampa.




               Dengan cepat, Keith memasukkan barang-barangnya ke dalam beg. Pistol, pisau berlati, baju semua main dicampak saja dalam beg. Dia perlu cepat meninggalkan tempat ini.

"Awal kemas beg. Nak ke mana?"

Perlahan-lahan tangan Keith berhenti bekerja saat sistem pendengarannya menangkap suara seseorang dari belakang.

Dengan perlahan dan segera, dia menzip begnya. Badan dipalingkan cuba berhadapan dengan lelaki itu.

Salah seorang konco Dragon tersenyum sinis melihat Keith. Tindakan Keith untuk melarikan diri langsung tidak mengejutkannya. Sudah boleh agak. "Betul kata Dragon. Kau memang ada-"

Belum sempat lelaki itu mahu menghabiskan ayatnya, Keith dengan cepat menumbuk wajah lelaki itu. Buatkan kepala lelaki itu terteleng ke tepi.

Keith gunakan masa yang ada untuk mengambil begnya namun pabila dia berpusing kembali, lelaki itu sudah mengacukan pistol ke arahnya.

Keith Aurora : His Fallen StarWhere stories live. Discover now