BAB 47

5.8K 322 21
                                    

Erina menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas Dr Ros. Pejam celik saja mereka sudah berada di pertengahan semester yang merupakan semester terakhir mereka sebelum semuanya graduasi dan memulakan alam pekerjaan pula.

Tangan Erina sibuk mencatat nota dalam Ipad Pro miliknya. Gajet itu dihadiahkan Edrian sempena annivesary mereka beberapa bulan lepas. Sudah banyak kali Erina bagitau Edrian dia tidak memerlukan ipad kerana dia selesa menulis di atas kertas namun Edrian berkeras mahu memberikan ipad itu. Maka, dia guna sajalah. Rezeki jangan ditolak.

Selepas sesi kuliah tamat, Erina dan sahabatnya menuju ke kafeteria. Perut masing2 sudah berbunyi meminta untuk diisi.

"Huh...we're back to the hectic weeks everyone. Brace yourself."

Mendengar kata2 Blanca membuatkan Erina dan Nafisa juga turut mengeluh. Macam biasa. Mid sem, assignments melambak. Terpaksalah mereka harungi. Lagi beberapa bulan saja lagi.

"It's okayy. We're going to be fine. This semester will end soon. Cheer up, girls. Let me treat you girls today." Erina cuba menceriakan suasana.

"Really???" Blanca sudah mula teruja.

"Woah, is it okay, Erina?" Soal Nafisa.

"Of courseee! I just got some 'allowance' from my 'moving bank'." Balas Erina, merujuk kepada Edrian.

"Wowww, you lucky girl! I want a rich husband too huhu." Rungut Blanca.

"Yesss me tooo." Sambung Nafisa.

"It's fine. The right man will come to you sooner or later. So just enjoy your life okay. Enough chit chat. Let's eat, I'm so hungry right now." Erina memeluk bahu kedua sahabatnya.

"Let's go!"

*     *     *

Edrian membaca dokumen di tangannya dengan teliti. Dia sedang duduk bersandar pada kerusi kulitnya di dalam pejabat yang berpenghawa dingin itu. Aiman pula sedang duduk berhadapan dengannya sambil bersilang kaki.

"Is it just me or you're getting fatter?"

Soalan tiber Edrian itu membuatkan Aiman pejam mata. Mamat ni kalau sehari tak cari pasal dengan aku memang tak sah. Kalau tak disebabkan dia mahu berbincang tentang projek baru mereka, memang taklah Aiman mahu datang me pejabat Edrian itu.

"Just read the damn document and sign it so I can get lost. Please." Balas Aiman membuatkan Edrian ketawa.

"Alah, rileklah. Kau ni makin tua makin cepat marah la." Edrian mula meletakkan dokumen itu di atas meja. Dia mencapai pen untuk menanda tangan. "How's Ain and Aliya?"

"They are doing just fine."

"Aliya has start walking yet?" Soal Edrian lagi. Tangannya laju menurunkan tanda tangan.

"Yes. But she still falls sometimes."

"Aww, cute."

Edrian suka melihat anak buahnya itu. Baginya Aliya sangat comel. Setiap kali jumpa mesti Edrian akan memerhatikan tingkah laku si kecil itu. Apabila teringatkan Aliya, Edrian semakin teringin mempunyai anak.

"You're not planning to have one?" Soal Aiman. Saja mahu berbual kosong.

"Kids? Not yet. Erina still studying. Don't want to disturb her. We're just enjoying our 'sweet' time."

Aiman buat muka dengan ayat double meaning Edrian. "Eww, dude. C'mon."

Tiba2, interkom Edrian berbunyi. Kedengaran suara Stacy. "Boss, Datin Rosalina is here. She wants to meet you."

Mendengar saja nama Rosalina, mereka berdua mengeluh serentak. Kemudian, masing2 memandang satu sama lain.

"Yang kau mengeluh jugak ni kenapa? Kan mama kau tu?" Soal Aiman, pelik.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now