Stuck With You

906 62 0
                                    

Stuck With You
Naz Balqis
Mac 2022



Genre

Light Romance



Blurb

Amir Luthfan. Ara Adelia.

Daripada kecil sehingga ke besar, mereka tak pernah berpisah lama-lama. Hubungan persahabatan yang telah terbina selama 18 tahun itu tanpa sedar membuahkan perasaan suka di dalam hati kedua-dua remaja ini.

Sehinggalah suatu hari, Amir mendapat tawaran untuk menyambungkan pelajarannya di United Kingdom. Mahu tak mahu, mereka berdua harus berpisah demi masa depan masing-masing.

“Jaga diri dan jaga hati. Untuk aku... untuk kita.”

Itu apa yang Amir dan Ara janjikan. Alangkah indahnya jika ia dikotai. Namun, sayang… selepas 2 tahun Amir di United Kingdom, dia menghilangkan diri dan memutuskan hubungan dengan Ara.

10 tahun berlalu, akhirnya Amir pulang ke tanah air. Bagaimanakah kesudahan kisah Amir dan Ara? Apa jadi dengan janji mereka?



Asalnya, Stuck With You adalah free ebook tapi atas sebab-sebab tertentu, saya akan publish sepenuhnya di wattpad. Stuck With You memang short story sahaja. Saya ada planning untuk panjangkan tapi... itu nanti hshshs. Buat masa ni, baca dulu versi pendek okeyh. Selamat membaca!

Stuck With You ©Where stories live. Discover now