BAB 49

3.4K 219 17
                                    

Selepas kes Eva dua minggu lepas, Edrian mula mengawal penggunaan kad kredit Eva. Kad kredit itu asalnya dikawal oleh Dato Syukri namun Edrian meminta izin ayahnya itu untuk mengambil alih tugas itu. Dengan cara ini, Edrian dapat tahu jika Eva pergi ke mana2 club.

Selain itu, dalam masa terdekat ini, Edrian menyuruh Eva mencari perkara yang dia minat mahu buat sebagai kerjaya. Takkanlah gadis itu mahu berfoya-foya saja sepanjang hidupnya. Edrian mahu Eva hidup lebih matang memandangkan dia bukan budak2 lagi.

Pagi hujung minggu yang cerah itu, Eva sudah terpacak depan rumah Edrian. Jika bukan disebabkan Edrian memaksa untuk datang ke situ, memang taklah Eva akan datang.

"Where's my brother?" Soal Eva kepada Erina.

Sejak dia memasuki rumah itu, hanya Erina saja yang menyambutnya. Kelibat abangnya itu tidak kelihatan di mana2.

Erina yang baru lepas bersiap menoleh memandang Eva. "Dia ada kerja pulak tiba2. So, dia tak dapat ikut kita harini. So, it's just the two of us today."

Eva kerut kening. "Wait, kita nak pergi mana? Siap suruh I pakai baju longgar2 and labuh2 ni?" Soal Eva sambil memandang baju sweater lengan panjang dengan seluar slack putih yang dipakainya.

Erina tersenyum memandang Eva. Kemudian, dia menuju ke arah gadis itu sambil memegang sehelai selendang.

"Pakai ni."

Eva kerut kening. "What? Apa ni? Kenapa I kena pakai pulak?"

Erina mengeluh. "Aish, pakai je la dulu. Nah."

Ikutkan hati Eva mahu memprotes namun dia takut Erina naik angin pula. Kakak iparnya itu boleh tahan menakutkan. Maka, Eva mencapai selendang itu lalu dililit ala kadar di kepala.

"Siap bertudung bagai. Macam nak pergi masjid pulak." Keluh Eva.

"Memang pun."

Bulat mata Eva memandang Erina. "Haa??? Kita nak pergi masjid?? For real??"

Erina mengangguk. "Yup!"

"Eh, you nak I berubah jadi ustazah ke apa? Eee, tak nak la!"

Erina memandang Eva lama membuatkan Eva menutup mulut. "Takdelah sampai macam tu, aku nak kenalkan kau dengan kawan aku je. Bukannya aku nak ruqyah kau pun."

"Tapi--"

"Dah! Jangan banyak tanya. Jom."

Eva mahu memprotes namun dia membatalkan niat lalu menuruti saja arahan Erina dengan hati yang berat.

* * *

"Assalamualaikum."

Eva terkebil-kebil memandang gadis manis bertudung labuh di hadapannya itu. Sebaik saja Erina dan Eva tiba di perkarangan masjid itu, gadis manis itu sudah berada di situ untuk menyambut mereka.

"Waalaikumsalam, Hana."

Erina dan Hana berpelukan manakala Eva memandang sekeliling masjid itu yang terdapat ramai orang seperti sedang bergotong-royong.

"Terima kasih sudi datang tolong kami harini." Ucap Hana ikhlas.

Erina tersenyum. "Eh, takde apa la. Kitorang pun takde apa nak buat hujung minggu ni."

Hana merupakan adik kepada Khairi. Mereka sudah berkawan sejak kecil lagi memandangkan Hana selalu datang bermain dengan Erina di Mahligai Zaaba.

Minggu lepas Hana memberitahu Erina bahawa hujung minggu itu terdapat aktiviti di masjid bertujuan untuk membantu anak2 yatim yang memerlukan. Makanan, pakaian dan keperluan lain akan disusun dan dibungkus untuk diberikan kepada anak yatim.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now