1. T O U C H

1K 13 0
                                    

꧁༒☬༒꧂
Don't forget that somewhere between hello and goodbye,there was love.
꧁༒☬༒꧂

SALISHA RAINE gadis yang berkacukan Melayu-pakistan.Kini, dia berumur 21 tahun dan bakal menamatkan diploma nya untuk beberapa bulan sahaja lagi.Dia gadis yang berambut hitam panjang yang beralun,berkulit putih,memiliki bulu mata yang lentik dan mata yang bundar.Kening nya pula tebal dan tersusun elok.Hidung nya mancung serta bibir plum nya yang menghiasi wajah nya yang cantik dan comel itu.

Dia merupakan anak tunggal dan mempunyai dua orang adik beradik tiri.Seorang abang nya yang bernama Yusuf Ilias dan adik angkat nya Yuhara Ilya.Ibu kandung nya berkahwin lagi setelah kematian ayah kandung nya beberapa tahun yang lalu disebabkan ayahnya mempunyai kanser paru-paru.

Arwah ayahnya merupakan seorang business man manakala ibunya pula seorang wanita yang mempunyai butik baju sendiri.

Pagi itu, Salisha bangun pada pukul 6 pagi.Dia mahu membasuh baju yang dipakainya semalam.Manakala kelas nya pula bermula pada pukul 9 pagi. Jadi dia harus pergi ke Fakulti lebih awal sebelum 9 pagi.

Selesai sahaja menjemur baju,Sasha bersiap siap untuk memakai blouse pink berlengan pendek bersama skirt putih yang berbunga halus.Selesai sahaja memakai baju,dia mencapai cekak berwarna pink untuk dikemas kan di rambut panjang nya yang berwarna hitam itu.

Salisha Raine mengemas buku buku nota nya ke dalam tote bag putih miliknya,memandangkan hari ini hanya ada kelas Financial Accounts sahaja jadi habis sahaja kelas dia rasa mahu ke Spring.

Masuk sahaja dewan kuliah dia duduk di tengah tengah,tidak dia sangka lelaki yang dicop sebagai buaya itu duduk disebelahnya.

Blake Darius

Lelaki tinggi lampai.Berambut hitam.Berkulit putih langsat.Kening yang tersusun elok dan tebal.Hidung mancung.Mempunyai jawline yang tajam.Memiliki lesung pipit.

Tersangat lah kacak si Blake ni tetapi apakan daya Salisha tidak tertarik kepada nya.Betul ke Sasha kau tertarik dengan dia? Kau pernah apa puji dia kacak dulu.

flashback 1 years ago...

Blake Darius menepuk bahu Rizky, yang merupakan sepupu sebelah bapa nya itu.
Petang itu mereka berdua mempunyai perlawanan bola sepak antara Politeknik Cassa dan Politeknik Frindom.

Blake Darius merupakan ketua bola sepak dari Politeknik Cassa.Baginya Rizky sangat handal bermain bola sepak daripada dirinya,tetapi dia juga yang dipilih sebagai ketua.

"Weh... Korang nampak tak lelaki hujung sana? Hensem betul lah!" Ujar Christina dengan menongkat dagu di meja Cafe.Memandangkan mereka bertiga tiada kelas petang ini, jadi nya mereka bertiga lepak sambil bergosip disitu.

Daphne mengangkat dagunya, buat seketika dia termenung jauh melihat ketampanan milik Blake.Manakala Salisha pula hanya menjeling perlahan Blake dan Rizky sebelum mata nya kembali kepada buku novel miliknya.

Hensem. Tapi Daphne sudah lama menyukai Blake

"Daphne, kau kalau suka pun takyah lah termenung sampai lalat dekat mulut pun kau tak kesah" ujar Christina dengan menolak bahu Daphne sehingga gadis muda berkacukan Bugis itu tersentak lalu tersipu sipu malu.

"Sasha, kau nak tak teman aku pergi tengok orang main bola?" soal Daphne kepada Salisha yang masih merenung buku diatas meja.

Salisha sekadar mengangguk, dia tidak dengar pun apa yang Daphne katakan sehingga apabila dia tersedar terbulat matanya.

"Kau tahu tak panas Daphne?" Soal Salisha dengan lembut

Christina hanya ketawa kecil melihat telatah Salisha Raine yang tidak suka dengan panas itu.Patut lah kulit putih melepak.

"Mana ada panas pukul 5 Sha, kau ni pun" Balas Daphne dan Christina serentak

Salisha sekadar mengangguk, terpaksa lah dia teman si Daphne dan Christina tengok lelaki main bola petang ni .

end of flashback ...

"Fuck Off"

Ujar Salisha saat Blake ingin menyentuh dan meraba lehernya.Blake memandang Salisha dengan penuh kehampaan.Salisha mengatur dudukan nya dan kembali duduk tenang di kerusi merah tersebut.

Dia sempat menjeling kearah Blake,classmate nya itu.Sangat tidak ramah kau Blake getus hatinya

"Salisha,please give me one chance to be your boyfriend" Sambung Blake lagi

Salisha memandang Blake dengan annoying dia harus awas untuk memilih sesiapa sahaja lelaki yang akan menjadi teman lelaki nya.Dia sudah berinjak ke 22 tahun dan otak nya hanya berfikir bahawa 'dating for marriage' dia tidak mahu bercinta sekadar suka suka apatah lagi sekadar buang bosan.

"I don't like you" balas Salisha tanpa nada

Tanpa mereka berdua sedar ada seseorang memasang telinga dengan kata kata yang mereka berdua berbicarakan.

Blake hanya mengeluh lemah,dia tidak tahu cara apa lagi nak mengambil hati Sasya yang keras itu.Sudahlah Salisha itu cantik,pasti bahagia hidup dia kalau gadis itu jadi isterinya.

"One day,you will become my baby girl" ulas Blake dengan lembut di telinga Salisha.Salisha hanya menjawap dengan deheman sebelum dia kembali focus dengan dibicarakan lecturer dihadapan kelas.

Habis sahaja kelas Salisha cepat cepat keluar dari Bilik Kuliah kerana Blake seperti mahu balik bersama nya.

"Yusuf!" laung Salisha dengan ramah.Sasya terus memeluk Yusuf dengan erat.Tubuh sasa lelaki berkulit sawo matang itu membalas kembali pelukan Salisha.Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Yusuf,iaitu abang angkatnya itu.Lebih kurang 3 tahun setengah disebabkan abang nya itu terlebih pandai sehingga masuk ke Oxford.

Tengahari tersebut Salisha dan Yusuf keluar bersama sama ke Spring untuk shopping memandangkan Abang nya sudah balit jadi dia boleh jadi pisau cukur.

Balik sahaja ke rumah ada sejambak bunga ros merah dihadapan pintu Salisha,dia ambil dan cepat cepat masuk kedalam rumah sewa nya.Sejak beberapa hari yang lepas,setiap kali dia balik ke rumah tentu ada yang mengirim bunga.Tetapi pada nota kecil yang ditinggalkan hanya tertulis "Te Amo" ya,bahasa spanish.

Sampaikan dia berfikir bahawa pengirim tersebut berasal dari Spanish.

Malas dia mahu tahu siapa pengirim,baginya kalau lelaki itu betul betul suka kan dirinya pasti dia akan beri sendiri dengan tangan sendiri.Bukan nya pengecut,malu untuk munculkan diri

Sasya terus berlalu ke dapur untuk menyedia kan kimbap sebagai lunch.Dia ingin menjaga badan nya kerana dia merasakan dia sudah gemuk sekarang walaupun beratnya hanya 44kg.

Tiba tiba telefon nya berdering,dengan pantas dia mengangkat panggilan telefon tersebut nama abangnya tertera di screen handphone

"Hello Salisha,ibu dengar kamu pergi cukur abang kamu tu kenapa? kamu tak tahu ke kamu dah belanja lebih dari seribu bulan ni? Kamu beli apa sampai beribu ribu sampai duit abang kamu habis,kamu tahu kan kamu tu masih nak sambung degree,jimat sikit belanja tu"

"Ibu ni membebel je kerja,Sasya beli stationery la"

"Stationery kepala hotak kamu,nasib setiap sem dekan kalau tidak memang ibu dah tarik rambut kamu"

"Abang ni kenapa bagitahu ibu?"

Tanya Salisha apabila dia mendengar di hujung corong telefon terdengar bunyi gelak tawa abang angkat nya.Dia menjulingkan bebola mata nya keatas.

"Abang tercakap,bukan sengaja pun.Sha,kita keluar malam ni nak tak?" Tanya Yusuf kepada Salisha

"Okay,bila? pukul berapa?"

"Sharp 8 p.m jangan lewat,nanti abang share location"

"Alright..Aba-"

Belum habis lagi kata kata yang ingin diutarakan oleh Salisha, Yusuf sudah menamatkan panggilan telefon tersebut.
Salisha mendengus kegeraman dengan sikap abang nya.Sesuka hati saje dia menamatkan panggilan tanpa salam dan adab!

Malam ini dia nak pakai baju apa ya?

Masih didalam dilemá

𝑶𝑮 | 𝑶𝑩𝑺𝑬𝑺𝑺𝑰𝑶𝑵Where stories live. Discover now