Prologue + Characters

93 10 5
                                    

🌊

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌊

Ombak bergulung datang dan pergi, mengucapkan tanda perkenalan dan juga tanda perpisahan. Eva tersenyum menghadap ciptaan Tuhan yang terbentang hebat di hadapannya ini, tenang tak terkata mendengar gelora air. Dia pandang lelaki yang berdiri di sebelahnya, mengenakan seluar pendek berwarna hitam dan dipadankan dengan t-shirt putih.

Mereka hanyalah pelajar sekolah yang berkunjung kerap berkunjung ke sini. Bahkan tempat ini sudah menjadi seperti rumah kedua bagi mereka. Dia pandang rambut lelaki itu yang ditiup angin, kemudian matanya turun memandang wajah tenang lelaki itu.

"Suatu hari nanti, aku nak berlayar ke serata dunia. Aku nak semua kenali aku sebagai pelayar hebat dekat lautan sana." luah lelaki itu, mata penuh bercita-cita.

Bukannya Eva tak tahu, cinta lelaki ini kepada laut bukan lagi sebarang. Lelaki ini seolah-olah ingin sehidup dan semati bersama lautan di serata dunia.

"Kau nak tinggalkan aku dekat sini lah maknanya?" usik Eva.

Laju lelaki itu memandangnya, wajah tenang tadi bertukar serius. Eva masih memaparkan wajah tak berguraunya, seolah-olah soalan itu benar-benar dimaksudkannya.

"Aku takkan tinggalkan kau, Eva." ikhlas jawapan yang diberi. "Aku janji, mana pun aku pergi, kau tetap akan ada di sisi aku, walau tak ada di mata, selalu di hati."

Eva senyum, ketawa tiba-tiba. Apa lagi, mahu berkerut seribu dahi lelaki itu dibuatnya. Tadi bukan main sedih dan serius, ini ketawa pula. Apa yang lucu?

"Aku main-main je lah, Joong!" Eva ketawa lagi. "Aku tahu kau takkan tinggalkan aku. Aku pun takkan tinggalkan kau, Joong." senyum Eva, tawanya hilang.

Lelaki bernama Hongjoong itu pegang lembut tangan Eva, mata gadis itu mulai tertumpu kepadanya. Wajah Hongjoong di ketika itu tak senyum, tak juga sedih. Pandangan itu seolah-olah memberitahu bahawa, dia benar-benar takut.

Takutkan apa, dia pun tak tahu.

"Kau betul takkan tinggalkan aku, Eva?"

"Dah kenapa macam cerita Hindustan pula ni nak pegang-pegang tangan?" Eva tarik semula tangannya, menyembunyikan rasa debar dan getar di hati saat tangan mereka bersentuhan. "Aku nak tinggal kau, ke mana sangat aku nak pergi?" 

Eva buang pandangannya memandang lautan. Dia tak punya ibu bapa, hidup sebatang kara. Hongjoong satu-satunya sahabat yang dia punya, tak ada lain lagi. 

"Mungkin kau yang akan tinggalkan aku, Joong. Kau kan nak jadi pelayar hebat suatu hari nanti. Antara darat dan lautan, jauh perbezaannya." senyum Eva mulai bertukar sayu. "Aku tahu takkan ada yang dapat halang cita-cita kau tu, jadi aku akan sentiasa berpijak di darat, menunggu kau yang berlayar di lautan."

Hongjoong pandang wajah sayu Eva. Cantik. 

Eva memang cantik dimatanya.

"Tapi satu je permintaan aku." Eva mulai memandang wajahnya semula, membuatkan Hongjoong kembali fokus mendengar kata-kata gadis itu.

"Jangan pernah lupakan aku."

Hongjoong senyum. Lupakah dia kepada gadis yang sentiasa menunggu kepulangannya ini? Pergikah dia meninggalkan gadis yang sentiasa menginginkan dia di sisi? Pulangkah dia kepada gadis yang sentiasa menanti? 


Characters :

1. Kim Hongjoong @ Edward Kim

 Kim Hongjoong @ Edward Kim

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

2. Eva Park

 Eva Park

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

3. Grace Liu

 Grace Liu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

4. Mark Tuan

 Mark Tuan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

5. Ateez Members

 Ateez Members

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Pirate's QueenWhere stories live. Discover now