DUA

48 6 0
                                    

🌊

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌊

Sudah seminggu sejak kematian Mark, Eva tak pernah keluar daripada rumah. Keadaan rumah yang sudah persis rumah terbiar itu langsung tak dihiraukannya. Jika sebelum ini, ada saja yang nak digubah Eva supaya kediaman dia dan Mark ini sentiasa kelihatan cantik.

Namun kini tiada lagi. Bibirnya yang sentiasa berwarna merah jambu kini berubah pucat, tubuhnya juga sudah semakin kurus. Rambut kusut masai umpama sudah bertahun-tahun tersesat di dalam hutan. Bawah matanya juga sudah hitam kerana tidak cukup tidur dan keletihan.

Beratus kali pintu rumah itu dihentak, namun tak juga terbuka. Tak kisah siapa yang bertandang, mahu pengutip hutang bahkan malaikat maut, dia tak mahu ambil tahu.

Dia cuma ingin Mark kembali memeluk erat tubuhnya walaupun sudah jelas dan nyata lelaki itu tidak lagi bernyawa.

Tidak bernyawa.

Seksa sungguh mengakui kenyataan itu kerana insan yang dia cinta dan satu-satunya yang dia ada mati di pangkuan dia sendiri. Mengapa zalim sungguh manusia-manusia di zaman ini?

Apa salah kekasihnya?

Dia dengar lagi bunyi pintu dihentak kuat, namun dia tak mahu peduli. Pergi mati saja semua!

"Open the fucking door!"

"Just open it, damnit!"

Diam, Eva tak bergerak seinchi. Dia peluk erat bantal tidur Mark, kepalanya disandarkan di atas bantal tersebut. Pandangannya kosong, tak beremosi.

"I need you, Mark."

🌊

Hongjoong mengeluh berat. Masih tiada satu pun maklumat tentang gadis yang dia cari. Sudah seminggu mereka di sini, seorang pun tak tahu di mana keberadaan gadis itu. Mati akal Hongjoong dibuatnya, tambahan pula tiada saudara-mara di sini untuk bertanya, hanya mengharapkan jiran tetangga.

Jiran juga sudah berpindah, semakin susahlah dia.

"Dah seminggu kita cari, tak ada berita pun tentang dia. Aku rasa, dia tak tinggal sini lagi. Seoul ni besar, Joong. Tak semudah tu nak jumpa." selit Seonghwa, mengelap peluh di dahi.

Hongjoong diam, akur. Ada benar kata Seonghwa, mungkin Eva tak lagi tinggal di sini. 

"Daripada kita menghabiskan masa cuti kita dekat sini, baik kita pergi tempat menarik sikit. LA ke, Jepun ke, tengok macam kawan-kawan kita yang lain. Semua pergi melancong tempat menarik. Kita je-"

"Grace." Seonghwa cubit lengan Grace.

"Apa?!" Grace yang baru nak memberontak mulai diam apabila dia nampak riak wajah Hongjoong berubah sedih dan hampa. 

"Jagalah sikit hati Joong, kau yang nak sangat ikut dia ke sini. Jangan nak melebih pula." bisik Seonghwa.

"Kalau kauorang nak pergi, pergilah. Aku tak minta pun kauorang ikut." balas Hongjoong, terus dia beredar pergi.

Pirate's QueenWhere stories live. Discover now