TIGA

52 5 9
                                    

🌊

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌊

Eva perlahan-lahan membuka mata, mendengar esakan tangisan dan terasa seperti tangannya digenggam seseorang. Dia toleh ke kanan, baru dia nampak figura Hongjoong yang menangis meminta dia bangun.

Refleks, dia tarik tangannya daripada Hongjoong, terus palingkan wajahnya. Dia tak mahu memandang wajah lelaki yang sudah lama meninggalkannya ini.

Hongjoong yang tadinya menangis kini mengukir senyum. Dia cuba meraih tangan Eva sekali lagi namun yang dia dapat hanyalah pandangan benci. Gadis itu jelas sekali tak mahu dia di sini. Retak hatinya menerima kebencian daripada gadis yang dia tunggu sekian lama.

"Syukur kau dah sedar." senyum tawar diukir.

"Pergi."

Air mata lelaki itu gugur lagi. Lama dia tunggu Eva sedarkan diri, tapi apabila gadis itu telah sedar dia dihalau pula. Mungkin ini karma kerana dia juga pernah meninggalkan gadis itu tanpa kata putus.

"Eva.."

"Pergilah!" jerkah Eva, dipandang tajam wajah Hongjoong.

"Aku tak nak biarkan kau sendiri, kau nyaris mati! Apa kau fikir hah Eva? Aku tak nak!" tekad Hongjoong. "Kalau aku tinggalkan kau lagi, nanti aku jumpa mayat kau pula!" 

Eva ketawa sinis, seolah-olah dia baru saja mendengar satu lawak jenaka.

"Baru nak fikir ke? Dulu kau tinggalkan aku, selamba je." perli Eva, pedas.

"Eva.. aku boleh explain." jelas sekali lelaki itu terasa dengan perlian Eva.

"Tak perlu explain! Aku cuma nak kau pergi dari hidup aku. Aku tak perlukan kau dan aku tak perlukan sesiapa pun dalam hidup aku. Jadi kau boleh berambus dan pergi daripada sini. Aku nak hidup ke, aku nak mati ke, itu bukan urusan kau!"

Keluhan kecil Hongjoong keluarkan. Keras sungguh hati seorang Eva.

"Apa yang keluar daripada mulut kau tu bukan apa yang kau inginkan dan perlukan, Eva. Aku tahu kau baru kehilangan orang yang paling kau sayang dan kau perlukan bahu untuk bersandar. Biarlah aku jadi bahu kau, Eva."

Air mata Eva mengalir perlahan, namun wajahnya masih dingin.

"Berambus." katanya, gigi diketap geram. "Aku cakap pergi! Berambus!" tubuh Hongjoong ditolak kasar.

Entah benci entah kecawa.

"Aku takkan pergi!" 

"Aku cakap pergi!"

"Tak nak!" kedua-dua tangan Eva dipegangnya, menenangkan gadis itu. "Aku tak nak.." air mata Hongjoong mengalir, Eva pula masih meraung dalam pegangannya.

"Aku benci! Aku tak nak jumpa sesiapa pun! Terutamanya kau! Kau tinggalkan aku bila kau berjanji untuk sentiasa bersama aku. Kau tipu aku, kau tipu!!!!" 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 14, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pirate's QueenWhere stories live. Discover now